Isu Terkini

Oktober 2024

Sudut RR / 1 Mac 2022

Keselamatan Jalan Raya Tanggung Jawab Bersama

Saban tahun atau lebih 'direct' kita katakan hari-hari pastinya ada sahaja kemalangan maut yang melibatkan penunggang motosikal. Ia umpama mimpi ngeri yang bagaikan tidak ada langsung tanda noktah. Sudahlah kita lemas dengan angka kes Covid 19 yang tiba-tiba melonjak tinggi, jumlah kematian di kalangan penunggang motosikal juga terus membimbangkan.

Sudah hampir tiga bulan kita melangkah masuk ke tahun 2022. Apabila melihat kepada pembangunan positif dari sudut teknologi pembinaan motosikal dan pemikiran majoriti masyakarat terhadap keselamatan jalan raya, harapan untuk menurunkan angka statistik kemalangan maut motosikal memang tinggi. Perdebatan atas nama keselamatan untuk jentera dua roda itu kini kebanyakannya berlangsung atau berlaku di media sosial. Komen, saranan, cadangan dan pandangan kawan-kawan di alam maya memang bernas dan boleh membantu.

Apa yang menyedihkan, apabila berada di alam nyata, terdapat di kalangan kita yang masih gagal menunggang dengan selamat. Masih banyak yang 'selamber' melanggar lampu isyarat, tak kurang juga yang berani tak pakai topi keledar, berapa ramai orang berani menunggang tanpa lesen dan banyak lagi. Sedih sungguh bila mengenangkan nasib orang tersayang yang ditinggalkan suami/isteri/adik/kakak/abang.

Selain segala ilmu yang dipelajari di sekolah dan di institusi memandu, para penunggang muda khususnya wajar diberi pendedahan serta tunjuk ajar oleh mereka yang lebih pengalaman, contohnya ayah, abang, bapa saudara atau kawan sekali pun (pastikan dia sudah biasa dan lama menunggang motosikal).

Mulakan sejak di usia kecil. Dedahkan mereka dengan undang-undang jalan raya, akibat melanggar undang-undang dan betapa bahayanya jika berlaku kemalangan. Boleh saja kita borak-borak dalam kereta ketika bersiar-siar di bandar. Lebih baik kita beri pendedahan begini daripada membiarkan mereka leka dengan telefon pintar masing-masing.

Apabila sudah berlesen, kita teman mereka (jadi leader) menunggang di bandar-bandar berdekatan terlebih dahulu. Lama-kelamaan baru makin jauh. Biar mereka faham akan cara mengawal motosikal dan memahami situasi sebenar menunggang di bandaraya besar, bandar kecil dan di kawasan kampung.

Ajar mereka tentang merancang perjalanan, posisi sebaiknya di persimpangan, posisi di atas jalan raya atau di lebuhraya, melihat pergerakan kenderaan dengan pantas dan lain-lain. Gunakan pengalaman kita sebaik-baiknya untuk memberi pendedahan buat anak atau adik agar mereka lebih cepat faham. Ini amat penting sahabat-sahabat semua.

Adakan masa untuk mengenal dan memeriksa motosikal yang ditunggang. Antara yang paling penting ialah keadaan lampu, brek, tekanan angin tayar, isian petrol, cermin sisi ketat atau longgar dan lain-lain. Ingatkan semula apa yang dia sudah belajar semasa di sekolah memandu dulu. Ramai yang lupa atau buat-buat lupa!

Kenalkan mereka dengan beberapa bahagian teknikal seperti pelaras tangki simpanan petrol (bagi motosikal menggunakan sistem karburetor), cara-cara pelarasan rantai, kaedah penggunaan penampal tayar segera (cacing atau rubber sealer), jenis palam pencucuh dan sambil itu bolehlah mengajar anak-anak didik kita cara untuk menukar tayar atau tiub tayar jika perlu.

Lakukanlah apa saja demi keselamatan nyawa orang yang anda sayang. Memang benar 'Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya' tapi bila sudah jadi rebung pun, kita perlu sentiasa saling ingat mengingati. Ilmu tidak pernah tamat untuk dipelajari.

Selamat menunggang. RR

Isu Pada

Mac 2022

Popular

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

  • Warta Roda

    Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

  • Model Baru

    JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambahm Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Santai Bersama Yamaha: MT-09 Syok Ke Mana Sahaja!

Okay...sekarang masa untuk menikmati MT-09 V4 pula, Saya dan Redz bertukar-tukar motor, nanti boleh borak tentang perbezaan dan persamaan antara kami berdua. Tinggi Redz sekitar 168cm dan saya pula 179cm, mesti lah ada beza kan?

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Umum Harga Rasmi R 12 Baru - RM119,500

BMW Motorrad secara rasminya mengumumkan harga untuk model Heritage mereka iaitu BMW R 12.

Model Baru

Triumph Tiger Sport 800 Serba Baharu Diperkenalkan

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Triumph di Malaysia telah memperkenalkan Tiger Sport 800 serba baharu.

Dari Litar

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Pelumba negara, Qabil Irfan kini telah mendapat persetujuan sebagai atlet Alpinestars.