Isu Terkini

Oktober 2024

Sudut RR / 2 Februari 2022

Hikmah Disebalik Ujian

Disember lalu, sekurang-kurangnya sembilan buah negeri di negara kita seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak dan Sabah telah diuji dengan bencana banjir yang dianggap antara yang terburuk dalam sejarah. Bagi negeri-negeri yang amat jarang berdepan dengan situasi banjir besar seperti di Shah Alam contohnya, ia amat menyedihkan kerana hampir semua penduduk tidak pernah berdepan dengan dugaan sehebat ini.

Di sesetengah kawasan, kemusnahan yang terpaksa ditanggung memang cukup menyayat hati. Paling menyedihkan bencana banjir ini telah mengorbankan hampir 50 nyawa. Dalam kekalutan itu, kita dapat menyaksikan perpaduan rakyat di negara yang turun membantu tanpa mengira bangsa dan agama. Semangat ini memperlihatkan keprihatinan serta betapa perlunya kita rakyat Malaysia bersatu padu dalam usaha membantu mangsa banjir.

Memahami atas keperitan yang dihadapi oleh setiap mangsa, bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO), kumpulan serta individu bersama-sama menghulurkan bantuan. Adalah satu kebanggaan melihat rakan-rakan motosikal yang turun ke lapangan, menganjurkan Misi Bantuan Banjir dalam pelbagai cara. Menerusi perkongsian di laman sosial, kita dapat melihat rakan-rakan motosikal sanggup berkonvoi jauh semata-mata untuk tujuan ini.

Ada yang mengumpul dana bersama-sama rakan sekerja untuk membeli barangan bantuan seterusnya berkonvoi ke lokasi untuk membuat serahan agar bantuan sampai terus kepada mangsa banjir. Ada pula yang bukan setakat memberi bantuan kewangan malah turut membantu kerja-kerja pembersihan di beberapa lokasi yang terjejas teruk.

Berkongsi kisah dengan RR ialah Sdr Eirwan Ahmad, seorang Grabfood rider dan Youtuber yang membuat posting di FBnya mengatakan bantuan amat diperlukan dari sahabat-sahabat penghantar makanan dan bikers selepas mendapati ada mangsa di sesetengah kawasan tidak dapat keluar disebabkan jalan yang sangat teruk khususnya di Hulu Langat.

Posting tersebut telah menerima maklum balas yang positif dengan penyertaan seramai 70-80 orang rider yang kebanyakannya datang dari Lembah Klang, Selangor termasuk dari utara dan selatan tanahair. Lebih mengharukan ada di antara mereka saling tidak mengenali tetapi dalam situasi ini, semua seperti keluarga. Walaupun menghadapi kesukaran, para peserta misi berjaya masuk dan sampai ke tempat yang dituju. Misi tersebut berjalan hampir selama dua minggu. (Youtube: Eirwan Ahmad).

Ada juga rakan-rakan mekanik yangsnggup datang dari jauh untuk membuat servis secara percuma di lokasi yang terlibat dengan banjir. Tahniah dan terima kasih diucapkan.

Nasib yang sama menimpa ramai lagi keluarga di negeri-negeri yang terlibat. Ada yang hilang sekelip mata harta benda yang dikumpul seumur hidup. Ramai yang tinggal sehelai sepinggang dan di sinilah nilai prihatin dan kasih sayang sesama rakyat amat diperlukan bak kata pepatah, “Cubit peha kanan, peha kiri terasa.”

Pengeluar motosikal seperti Honda, Mforce, Yamaha dan lain-lain turut mengadakan kempen servis percuma yang menawarkan pemeriksaan terhadap motosikal yang terkesan akibat banjir. Antara yang ditawarkan ialah pemeriksaan percuma, proses pembersihan percuma, caj upah pekerja percuma dan potongan harga menarik untuk komponen.

Sememangnya sukar bagi mereka yang terkesan dengan ujian ini untuk kembali seperti sedia kala tetapi percayalah, ada hikmah di sebalik setiap ujian itu. Kita dapat melihat bantuan yang dihulurkan tanpa ada perbezaan warna kulit, agama atau bangsa. Kita ibarat keluarga besar dan semoga ujian ini menjadikan diri kita lebih tabah, lebih sabar dan lebih mengenali antara satu sama lain. “Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk.”

Namun begitu, dalam apa juga usaha dan tujuan perjalanan kita, keselamatan jangan dilupa dan undang-undang jalan raya usah dilanggar. Selamat menunggang! RR

Salam Mesra,
Khairi Azuan
Ketua Pengarang

Isu Pada

Februari 2022

Popular

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

  • Warta Roda

    Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

  • Model Baru

    JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambahm Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Zynergys dan Helios telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pasukan yang bersaing di MCP, ARRC dan MSF Superbike.

Model Baru

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Boon Siew Honda turut memperkenalkan versi skuter terkini iaitu Honda NSS250 bagi tahun 2025.

Warta Roda

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!

Model Baru

Zonsen lancarkan 4 model terbaru - Cyclone RX650, RA600, RE600 & RT3E

Zongshen melancarkan 4 model terbaru iaitu CX650, RA600, RE600 & RT3E.