Isu Terkini

Oktober 2024

Sudut RR / 18 Ogos 2021

Jadikan Media Sosial Wadah Penyampaian Hal Bermanfaat

Kepesatan teknologi maklumat dan sistem komunikasi telah berkembang dengan sangat pesat. Ia telah memberi kesan terhadap corak kehidupan dan pemikiran masyarakat di seluruh dunia. Bagi yang bijaksana, ia adalah satu platform untuk menyalurkan maklumat terkini, mengembangkan empayar perniagaan, perkongsian hal tugasan kerja, pembelajaran dan hobi.

Apabila dunia dilanda dengan serangan wabak dan pelaksanaan ‘Lockdown’ hampir di seluruh dunia, sudah tentu penggunaan masa akan lebih terjurus kepada laman sosial ini. Tidak kira tua atau muda, kita sekarang ini akan luangkan lebih masa di media sosial berbanding sebelum ini. Jaringan hubungan alam maya ini membolehkan kita berinteraksi dengan manusia di seluruh dunia tanpa halangan mahu pun sempadan.

Dunia internet telah berjaya mengubah cara manusia berfikir dan mencorak kehidupan masing-masing. Tetapi, adakah ia satu perbuatan yang salah? Sudah tentu tidak jika digunakan dengan berhemah.

Apa yang kian merisaukan ialah ia kini menjadi lubuk untuk menyemarakkan kebencian, konflik dan api kemarahan yang boleh meruntuhkan moral dan nilai kemasyarakatan. Janganlah kita sekali-kali memandang rendah pada impak daripada masalah ini.

Semakin banyak kes pergaduhan dan pertelingkahan yang kerap kita saksikan sekarang ini walaupun berkaitan hal-hal kecil. Makian dan cacian sudah menjadi perkara biasa sehinggakan semakin tinggi jumlah netizen yang berani menyentuh perihal bangsa dan agama. Bagi mereka yang sedang bermasalah, mental akan cepat ‘koyak’ dan paling sedih, ia menyebabkannya stress serta kemurungan. Jika gagal diawasi dan dirawati, risiko bunuh diri akan berlaku.

Menurut laporan dari BH Online pada 1 Julai 2021 lalu, kes bunuh diri di Malaysia kian meningkat. Jumlah kes bunuh diri untuk tahun 2020 mencecah 631 kes berbanding 609 kes pada tahun 2019. Terkini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 468 kes bunuh diri dalam tempoh Januari hingga Mei 2021. Dalam laporan tersebut menyatakan terdapat tiga punca utama yang menyebabkan kejadian bunuh diri adalah mangsa menghadapi masalah keluarga, tekanan perasaan dan kewangan. Berdasarkan statistik yang dinyatakan, kaedah bunuh diri yang dilakukan adalah gantung diri 75.1 peratus, terjun bangunan 13.6 peratus dan minum racun 5.7 peratus.

Ia adalah berita yang amat menyedihkan. Oleh itu, semua pihak wajib mengambil berat tentang hal ini. Kita perlu bekerjasama mengenal pasti mereka yang bermasalah dan berikan bantuan dengan sebaik-baiknya. Antaranya ialah menghubungi Mental Health Psychosocial Support Service (03-2935 9935 @ 014322 3392), Talian Kasih (15999 @ WhatsApp 01926159990, Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim (WhatsApp 0111-9598214) atau Befrienders Kuala Lumpur (03-76272929).

Sebagai warga yang prihatin, kita juga wajar mengambil iktibar atas segala yang berlaku dengan membuat perubahan sebaik-baiknya. Kita perangi dan melawan segala perkongsian yang negatif, hasutan kemasyarakatan atau isu berkaitan sentimen perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat. Jangan jadikan polemik politik medan semaian kebencian. Kita perlu bersatu ketika menghadapi waktu sukar ini. Usah biarkan kemodenan menjadi perangkap jiwa kita. Gunakan dengan bijaksana.

Hakikatnya, hanya segelintir di antara kita yang hidup dalam kebencian sedangkan jutaan lagi warga Malaysiaku yang saling membantu, hormat menghormati dan bertoleransi antara satu sama lain. Masih ramai jiran-jiran yang sentiasa sudi memberi pertolongan, masih ramai pengguna jalan raya yang saling bertolak ansur, masih ramai rakyat Malaysia yang terus berjuang melawan wabak ini dan semestinya masih ramai yang inginkan Malaysia kekal harmoni sampai bila-bila.

Apa yang penting, gunakanlah sebaik-baiknya media sosial ini. Jadikannya medium atau wadah untuk kita membantu mereka yang dalam kesukaran, menyampaikan motivasi, dorongan serta kata-kata semangat, kongsikan sebanyak mungkin kisah atau video yang menjurus kepada kebaikan. Ingatlah peribahasa indah ini:

“Serumpun Bak Serai, Sesusun Bak Sirih” yang membawa erti pentingnya sifat kemuafakatan serta perpaduan sesama masyarakat dan usahlah berpecah belah.

Terus lakukan hal kebaikan walaupun sekecil mana sekalipun kerana ia akan menyuburkan hati menjadi lebih lembut. Bagi ibu bapa yang kini terpaksa ‘Kerja Dari Rumah’ atau ‘Work From Home’ (WFH), ambillah peluang ini untuk mendekati dan menyantuni keluarga anda. Kenalkan anak-anak dengan nilai-nilai murni tentang bermasyarakatan dan pantaulah mereka dalam penglibatan di dunia maya agar bentuk pemikiran mereka tidak ‘dicabuli’ oleh kuasa negatif.

Sabar dalam ujian dan selamat maju jaya. Kita Jaga Kita. RR

Isu Pada

Ogos 2021

Popular

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

  • Warta Roda

    Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

  • Model Baru

    JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambahm Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya memperkenalkan skuter adventure generasi terbaru untuk pasaran negara iaitu Honda X-ADV 750 2025.

Warta Roda

Kembara 60,000km ke Eropah Bersama Ducati Multistrada

'The Multistrada 60,000 km European Tour' telah berakhir dengan jayanya. Ia merupakan pengembaraan epik bermula dari Perancis yang menyaksikan jentera Ducati Multistrada Rally V4 ditunggangan secara berganti-ganti (relay) merentasi lapan buah negara di Eropah dan berakhir di Borgo Panigale.

Pandu Uji

Santai Bersama Yamaha: MT-09 Syok Ke Mana Sahaja!

Okay...sekarang masa untuk menikmati MT-09 V4 pula, Saya dan Redz bertukar-tukar motor, nanti boleh borak tentang perbezaan dan persamaan antara kami berdua. Tinggi Redz sekitar 168cm dan saya pula 179cm, mesti lah ada beza kan?

Model Baru

Triumph Tiger Sport 800 Serba Baharu Diperkenalkan

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Triumph di Malaysia telah memperkenalkan Tiger Sport 800 serba baharu.