Isu Terkini

Julai 2024

Sudut RR / 12 Ogos 2021

Tak Sabar Bermotor? Jom Kita Lawan Covid-19!

Selepas pihak kerajaan meluluskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tahun lalu, ia bagaikan pemberian hadiah istimewa buat seluruh warga negara termasuklah penunggang motosikal. Ketika itu, kita dapat menghilangkan stress selepas beberapa bulan terperap di rumah. Ada yang ke utara, ada yang ke selatan dan ramai juga ke pantai timur tanahair. Syukurnya ketika itu, tidak ada kluster-kluster baru 'tumbuh' dan ini bermakna kita hampir berjaya.

Ekonomi sektor pelancongan domestik mula bernafas dan walaupun terpaksa merangkak, kehidupan bagaikan bersinar kembali. Konvoi mula diatur semula dengan penjagaan SOP di kalangan para penunggang dan jalan raya kembali meriah dengan deruman enjin-enjin motosikal. Lokasi-lokasi menarik kembali menjadi tumpuan termasuklah restoran dan gerai-gerai makanan. Ini amat membantu khususnya peniaga-peniaga kecil yang benar-benar bergantung kepada penjualan harian.

Penguatkuasaan sekatan perjalanan ketat dari beberapa buah negara untuk membendung kes import ketika itu juga menjadi penyumbang kepada penurunan kes ketika itu. Sayangnya 'langit tak selalu cerah', kes positif Covid-19 kembali meningkat ke tahap membimbangkan bermula bulan Disember 2020 iaitu dari sekitar 1,500 kes harian kepada lebih daripada 3,000 kes menjelang Februari 2021. Pada akhir Mac 2021, kes baharu yang dicatatkan di seluruh negara turun kepada sekitar 900 hingga 1,000 kes. Namun, pada hari ini (12hb Ogos 2021) kes positif Covid-19 di negara kita mencatatkan lebih 21 ribu kes.

Kita masih dapat bermotosikal tetapi lama kelamaan perjalanan dipendekkan apabila PKP kembali dilaksanakan di beberapa buah negeri yang mencatatkan peningkatan kes jangkitan dan kematian yang mendadak terutamanya apabila terdapatnya pengesanan beberapa varian virus Covid-19 dari luar negara yang lebih berbahaya.

Pada 24 Februari 2021, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula yang dijalankan secara berfasa dengan menyasarkan pencapaian keimunan berkelompok pada Februari tahun hadapan. Ini adalah satu usaha penting bagi menangani penularan wabak yang sedang kita perangi ini.

Sudah tentu pelaksanaan PKP dan peningkatan kes positif amat membimbangkan. Ia sudah mengakibatkan jutaan warga negara hilang punca pendapatan dan ribuan syarikat terpaksa gulung tikar. Untuk itu ayuhlah kita bekerjasama dan berkorban demi memutuskan rantaian wabak ini. Ya.., memang benar ia menyakitkan tetapi biarlah “Bersusah-susah dahulu dan bersenang-senang kemudian” daripada kita terus menerus berada di dalam zon bahaya yang pastinya lebih burukkan keadaan untuk jangka masa panjang.

Sememangnya kita diuji dengan berat sehinggakan benar-benar boleh berputus asa tetapi yakinlah, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya dan setiap penyakit itu ada ubatnya. Pelbagai pihak sedang mencuba sehabis baik untuk meredakan kebimbangan dan paling utama memutuskan rantaian tetapi ia perlu mengambil sedikit masa. Semoga kita dijauhi dengan penularan wabak yang gagal dibendung hanya kerana teguh dengan pendirian yang kurang tepat.

Kita semua pasti rindukan kampung halaman, rindu kembara/konvoi motosikal, rindu camp & ride dan rindukan sahabat handai. Jika kita benar-benar berdisiplin dan mematuhi segala (SOP), tidak mustahil kita akan menang seperti mana yang pernah kita lakukan setahun yang lalu.

Didoakan kita semua dapat bersabar dan terhindar daripada jangkitan wabak ini. Kita plan dulu perjalanan dan diharap pendikit motor-motor kita dapat dipulas semula dalam jangka masa terdekat. Bagi rakan-rakan yang masih bermotosikal ke tempat kerja, hati-hati dan patuhi undang-undang jalan raya. Akhir kata, “Selamat menunggang dan kita jaga kita.” RR

Isu Pada

Julai 2021

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambahm Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Mforce Bike Holding selaku pengedar rasmi jenama Moto Morini di Malaysia dengan bangganya melancarkan model ketiga hari ini iaitu Calibro 700.

Model Baru

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Model baru ini menyasarkan para peminat dua roda muda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden.

Dari Litar

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

Gelaran juara keseluruhan CP125 buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Syamil Amsyar semakin cerah.

Warta Roda

Penunggang motosikal berkuasa tinggi terlibat dalam kemalangan maut...

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu warga emas maut selepas kedua-dua kenderaan tersebut bertembung dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Pan Borneo, di sini pada hari Ahad yang lalu.