Isu Terkini

Julai 2024

Sudut RR / 10 Julai 2016

Semoga Perjalanan Selamat

Musim perayaan tiba kembali! Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi, dianggarkan lebih daripada 1 juta warga kota akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Semestinya perjalanan ke Utara, Selatan dan Pantai Timur akan sesak dan padat dengan pelbagai jenis kenderaan seperti motosikal, kereta, MPV, SUV dan bas ekspress.

Dengan statistik kemalangan yang bagaikan tidak pernah surut maka kita perlu terus bersama-sama berusaha sebaik mungkin untuk tidak terlibat dalam sebarang insiden kemalangan. Usaha untuk mengurangkan kadar kecelakaan ini tidak wajar diletakkan seratus peratus di bahu pihak berkuasa untuk menanganinya. Ia adalah tanggungjawab anda, saya, dia, mereka, kami.... KITA SEMUA!

Perancangan rapi wajib dilakukan demi memastikan kenderaan berada di dalam tahap yang terbaik. Penunggang dan pemandu yang bijak sentiasa memastikan beberapa titik penting seperti tayar, brek, minyak enjin, sistem penyejuk enjin, minyak stereng, kabel-kabel, lampu utama, lampu brek dan lampu isyarat berada dalam keadaan sempurna. Jangan ambil mudah.... segalanya mungkin boleh menjadi penyebab berlaku kemalangan. Laburkan sedikit wang untuk berkunjung ke pusat servis bagi membuat pemeriksaan.

Bagi syarikat pengangkutan awam seperti bas ekspress dan teksi, janganlah pula diletakkan segala tanggungjawab keselamatan para penumpang kepada pemandu sahaja. Pihak pengurusan perlu sentiasa mengenal pasti dan memeriksa setiap bas yang dijadualkan untuk membawa penumpang lebih awal dan lebih terperinci. Jangan hanya sekadar memikirkan soal keuntungan semata-mata. Selain itu, jumlah pemandu juga perlu dipertimbangkan semula. Bagi suatu perjalanan jauh digandakan pula dengan kesesakan jalan raya, syarikat bas ini sebaik-baiknya menyediakan dua orang pemandu dan waktu rehat berjadual.

Sebelum memulakan perjalanan, kita perlu rehat dengan secukupnya. Letih dan kekenyangan... itu adalah dua sebab utama yang mudah menyebabkan kita mengantuk dan ia adalah sesuatu yang perlu ditakuti. Ini kerana jika memaksa mata daripada terlelap, ia pasti tidak akan bertahan lama malah menyebabkan kualiti tunggangan atau pemanduan semakin merosot. Apabila terlelap... akibatnya amat buruk.

Emosi juga perlu dijaga! Kita perlu tahu dan bersedia dengan keadaan jalan raya dan lebuhraya yang semestinya sangat-sangat sesak di musim perayaan seperti ini. Tidak kira sebaik mana kita merancang perjalanan, orang lain juga begitu maka keadaan tetap sesak. Oleh itu janganlah kita melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kemalangan atau pergaduhan.

Antara sikap negatif yang tidak layak untuk kita contohi ialah dengan memotong barisan, menukar laluan sesuka hati dan paling penting... jangan masuk lorong kecemasan. Tindakan ini akan menghalang laluan ambulans, pihak polis, peronda lebuhraya dan bomba.

Menurusi laman rasmi themalaymailonline bertarikh 10 Jun lalu, dilaporkan bahawa pihak JPJ kini tidak akan berkompromi dan akan mengheret pengguna jalan raya yang menggunakan lorong kecemasan ke mahkamah. Dalam laporan tersebut, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad turut berkata mereka yang masih berdegil akan dihadapkan ke mahkamah mengikut Kaedah 9 dan 53 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 yang membawa kepada denda tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun.

Sama-samalah kita menjaga keharmonian terutamanya antara kita yang berbilang kaum agar tidak tercetusnya pergaduhan di jalanan. Kesempatan ini juga RR ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua ahli kelab, pembaca, peminat, pengiklan, pembekal dan pengedar RR. Semoga perjalanan kita diberkati. RR

Salam Mesra,
Khairil Azuan
Ketua Pengarang

Popular

  • Model Baru

    Rieju Xplora 557 dan 707, Model 'Crossover' Baru dari Sepanyol.

  • Dari Litar

    WorldSBK: Yamaha Pertingkatkan Prestasi Jentera, Jonathan Rea Dapat Ketua Krew Baru!

  • Warta Roda

    Lelaki Lemas, Motosikal Dihanyut Banjir

  • Model Baru

    Suzuki Malaysia Perkenalkan GSX-8R Baru. Harga asas RM53,800

  • Model Baru

    BENDA NAPOLEON BOB 500 - Sudah Berada di Pasaran, Harga Bermula RM27,888

Artikel berkaitan

Silau Akibat Lampu LED? Ramai Luahkan Perasaan yang Sama

5 Sebab Kenapa Tayar Slick tidak Sesuai untuk Jalanraya

Kematian Penunggang Jalan Raya Kian Bertambahm Salah Siapa?

Motosikal Kian Moden, Tabiat Menunggang Kekal Tak Berubah

Menghadapi Hari Dengan Penuh Cekal... Selamat Tahun Baru 2023!

Hukuman Lebih Berat Menanti Pelumba Haram

Hasrat Mengurangkan Kadar Kemalangan Motosikal Perlu Kesedaran

Saranan Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi - Ketua Polis Negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Benelli Tampilkan Leoncino Bobber 400 Serba Baru

Terbaru, Benelli Eropah telah melancarkan Leoncino Bobber 400 serba baru dan ia adalah model sulung yang berkonsepkan 'cruiser' yang memang cukup lawa!

Model Baru

KTM 390 Adventure 2025 dengan berorientasikan dunia lasak

KTM 390 Adventure R 2025 bakal hadir ke pasaran global dengan 'wajah' baru yang sama sekali berbeza dengan varian 390 Adventure yang berada di pasaran sekarang ini.

Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.