Personaliti RR kali ini cukup istimewa. Beliau bukan sahaja pencinta motosikal tetapi juga peminat setia RodaRoda sejak 30 tahun yang lalu. Abdul Jamil Hasan yang lebih mesra dengan panggilan Abang Jamil berasal dari Pulau Pinang yang kini merupakan seorang usahawan yang cukup berjaya dalam bidang logistik dan motosikal. Namun begitu kejayaan yang dimilikinya sekarang bukan datang bergolek... bukan dengan sekelip mata. Segala-galanya bermula dengan kesungguhan dan kesabaran.
Sukan lasak atau ekstrim yang dahulunya dikatakan sesuai untuk golongan lelaki tidak lagi relevan. Ramai wanita kini sudah mampu untuk memberi saingan dalam pelbagai lapangan tidak kira kerjaya mahu pun acara sukan. Dia.... adalah salah seorang daripadanya. Seorang wanita yang sentiasa menjaga perwatakan lemah lembut tetapi cukup garang apabila berada di atas jenteranya.
Bagi pencinta motosikal di Malaysia, nama Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain sudah cukup popular. Beliau dikenali sebagai pencinta motosikal sejak puluhan tahun yang lalu dan telah memiliki lebih daripada 100 buah motosikal hingga ke hari ini.
Bagi pencinta motosikal khususnya dalam dunia perlumbaan, Mohd Zaqhwan Zaidi bukanlah nama yang asing lagi. Pemuda dari Kajang ini baru berusia 21 tahun tetapi telah pun menunjukkan kehebatan dan prestasi tertinggi dalam arena sukan yang diceburinya. Zaqhwan merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik dan sememangnya cinta pada dunia motosikal sejak dia masih kecil lagi.