Isu Terkini

Julai 2024

Personaliti / 21 Ogos 2020

Impian Kini Jadi Kenyataan

Saya merupakan pencinta jentera Harley Davidson (HD) dan sejak melihatnya di sebuah majalah terbitan luar negara, saya telah menyimpan satu impian untuk memilikinya satu hari nanti. Saya juga sedar bahawa segalanya tidak mustahil asal bekerja keras demi impian tersebut. Syukur... ianya kini menjadi kenyataan,” kata Faizal Reza berumur 42 tahun dan seorang pereka motosikal custom dari Petaling Jaya.


Selepas tamat sekolah menengah, Faizal bertugas di restoran makanan segera untuk dua hingga tiga tahun dan ketika inilah dia benar-benar jatuh cinta dengan HD. “Saya pergi ke kedai motosikal berkuasa tinggi untuk melihat harganya dan ternyata HD merupakan antara motosikal yang sangat mahal untuk dimiliki. Harganya ketika itu (1990an) ialah sekitar RM70,000-80,000 dan menyedari bahawa dengan gaji yang tidak seberapa, memang sukar untuk memilikinya.”

Ini memberikannya semangat untuk menyambung pelajaran dan Faizal cukup bertuah apabila kedua ibu bapanya bersetuju untuk membantu. Faizal seorang yang cukup kreatif malah sentiasa mendapat markah antara yang tertinggi dalam mata pelajaran seni. Oleh itu, dia melangkah setapak ke hadapan dengan meneruskan minatnya dalam dunia seni di Malaysian Institute of Art (MIA) yang terletak di Taman Melawati.

“Saya tetap bertugas di restoran tersebut sebagai kakitangan part-time kerana memerlukan wang untuk membeli peralatan lukisan untuk tujuan pembelajaran. Tiga tahun saya di MIA dan ketika itu, dunia rekabentuk laman web dan dunia internet masih baru di Malaysia dan saya terus menggunakan idea dan kreativiti untuk menghasilkan pelbagai jenis rekaan dan meletakkannya di laman web.”

Pada tahun 1999, Faizal mendapat email daripada seorang editor majalah online dari New York dikenali sebagai Bolt.com yang menyukai rekaan dan sentuhannya yang berkonsepkan Grunge Design. Faizal menerima tawaran kerja tersebut tanpa perlu berpindah ke sana. Syarikat ini akan menyediakan artikel dan berpandukan itu, Faizal dikehendaki merekacipta ruangan tersebut dengan bayaran beberapa ratus USD untuk satu-satu rekaan.

“Secara kebetulan, abang saya bekerja di sana (USA) dan meminta syarikat Bolt.com untuk menghantar cek gaji saya dalam akaun abang. Abang saya memang orang yang jujur dan dia menyimpan kesemua gaji saya sehingga pulang ke Malaysia pada tahun 2000. Duit yang terkumpul selama saya bekerja dengan syarikat US itu hampir mencecah RM50,000. Memang terkejut lah!”

Dengan duit inilah Faizal membeli HD pertamanya iaitu model Springer. Memang ramai orang ingat saya anak orang kaya kerana menunggang dan memiliki sebuah HD pada usia yang muda.

“Bila dah berjaya memilik apa yang diidamkan, sudah pasti banyak masa yang terluang akan digunakan untuk menunggang. Dari utara tanahair hinggalah ke Singapura saya bermotor dan sememangnya ia adalah sangat-sangat menyeronokkan. Selain menunggang solo, saya juga sering mengunjungi ke beberapa tempat menarik bersama kekasih saya (kini isteri – Pn Zaikha Zainal). Saya juga bernasib baik kerana isteri juga seorang yang sentiasa menyokong minat saya pada dunia motosikal.”


“Saya sukakan dunia rekaan (design) dan pada saya sesuatu rekaan itu tidak terbatas pada paparan atau kertas sahaja. Ia lebih luas termasuk dunia motosikal. Sebagai pencinta rekaan, saya juga mahukan motosikal milik saya itu unik. Oleh kerana ketika itu (sekitar tahun 2000) saya belum banyak tahu tentang dunia aksesori dan pengubahsuaian, saya asyik beli aksesori dari HD sahaja yang nilainya hampir mencecah RM30,000.”

Selepas hampir semua bahagian telah dipasang dengan aksesori, Faizal masih tidak berpuas hati dan inginkan suatu kelainan. Dia mulakan dengan menukar bahagian tangki yang didapati ketika bercuti di luar negara. Oleh kerana ketika itu tidak ramai fabricator seperti sekarang dan ini menyebabkan Faizal memberanikan diri menggunakan kreativitinya untuk mula mengubahsuai motosikal seperti mana yang diinginkan.


Dari model Springer, Faizal membeli pula sebuah model Suzuki GS1000, HD Shovelhead, HD Panhead dan Triumph Bonneville dan ada juga ketikanya dia membeli bahagian motosikal sedikit demi sedikit untuk diubahsuai menjadi jentera custom yang lain daripada yang lain. Antara model paling disukainya ialah HD Panhead yang dikeluarkan pada tahun 1949 yang kini harganya melebihi RM100 ribu ringgit. Faizal mencarinya di laman web, blog dan forum yang akhirnya mengambil masa kira-kira enam bulan sebelum motor tersebut sampai ke tangannya.

“Apa yang penting bagi mereka yang ingin membeli jentera-jentera lama HD dari luar negara, ambillah masa untuk belajar model-model tersebut agar dapat membelinya pada harga yang bersesuaian dengan keadaan motor itu dan tahun ia dikeluarkan.”

Faizal membuat fabrikasi dan pengubahsuaian di rumahnya sendiri dan oleh kerana hasil seni tangannya digemari, Faizal mula membuat pengubahsuaian pada HD milik kawannya, Daniel. Tidak lama selepas itu, seorang lagi pemilik HD memintanya melakukan fabrikasi. “Kebanyakan para pelanggan mengenali saya menerusi gambar-gambar kenangan dan ride yang saya kongsikan di laman Facebook dan Instagram. Sedikit demi sedikit nama Gimme Shelter mula terkenal.”


“Sebelum digunakan sebagai nama syarikat dan kedai fabrikasi motosikal ini, nama Gimme Shelter ini asalnya saya dan isteri gunakan untuk mempromosi perniagaan Private Kitchen yang kami usahakan. Private Kitchen ini kami usahakan di rumah hanya pada hujung minggu. Konsep private kitchen ini ialah para pelanggan akan menempah makanan dan masa mengikut menu yang kami tentukan.”

Gimme Shelter asalnya merupakan lagu dari kumpulan The Rolling Stones dan pernah beberapa kali ketika menganjurkan konsert, para penunggang HD dari kumpulan Hells Angel digunakan sebagai pengawal keselamatan di acara tersebut.

Pada tahun 2015, berikutkan kemelesetan ekonomi yang melanda negara, Faizal yang ketika itu bertugas sebagai Pengarah Kreatif Digital di sebuah agensi pengiklanan bertaraf antarabangsa telah diberhentikan kerja dan ini menyebabkan dia terpaksa bekerja lebih keras demi keluarganya. “Memang agak sukar ketika itu kerana sudah biasa dengan kehidupan yang agak mewah. Kalau keluar jalan-jalan dengan keluarga, keinginan anak-anak terpaksalah dikurangkan. Apa pun, saya sentiasa percaya pada hikmah yang ada di sebalik apa jua musibah yang melanda.”


Kenalan Faizal, Jeffrey Kidd dari The Gasket Alley yang sudah kenal dengan kebolehannya menawarkan sebuah tempat (bengkel) di Cheras dengan segala peralatan disediakan mengikut kehendak Faizal. Inilah saat keemasan buat Faizal untuk melakukan sesuatu yang kena dengan minat dan kemahirannya. Dari Cheras, kini Gimme Shelter dan ibu pejabat Gasket Alley beroperasi di Seksyen 13, Petaling Jaya. Untuk memantapkan proses pengubahsuaian, Faizal kini dibantu oleh Hero, Zaim, Awang dan Harry.

Kini Gimme Shelter ternyata semakin berkembang maju dengan tempahan-tempahan pelbagai jenis motosikal untuk diubahsuai. Antara kejayaan yang telah dikecapi oleh Faizal ialah dengan menerima anugerah Best Chopper di Art Of Speed (AOS) 2013 untuk model 1966 HD Shovelhead, Best Chopper Pick oleh Noisecycle USA di AOS 2015 (1966 HD Shovelhead), Invited Builder's Pick oleh Jason ATR dari USA di AOS 2016 (1966 HD Shovelhead), Invited Builder's Pick oleh The Wretched Hive dari USA di AOS 2016 (1998 HD Evo) dan finalis kategori Invitational di AOS 2017 dengan model 1966 HD Shovelhead.

Impian terbukti boleh menjadi kenyataan dengan syarat sering bekerja keras, jujur dan tidak pernah menyerah kalah. Itulah yang berjaya dibuktikan oleh Faizal untuk terus cemerlang dalam dunianya. RR

Isu Pada

November 2017

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Cikgu Offroad, Mohd Halim "Yang Kental Pasti Sampai Pos Balar"

Uncle Chin - Gemar Pengembaraan Luar Bandar

Pelumba Muda, Dharwin Lingam Lebih Semangat Harungi Musim Baru

Rewi Hamid Bugo - Usahawan & Pencinta Motosikal Sejati

Khairulamirin Yahaya - Pelumba Supermoto Negara

Md. Mikail Razlan - Terus Buru Kegemilangan

Bob Eden - Ingin Menabur Bakti Buat Pengguna Motosikal

Gary, Tina & Sam Sharman - Pencinta Motosikal Sejati

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini telah melancarkan Alltrhike 450 baru di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024

Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Warta Roda

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Sekalung tahniah buat Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) di atas pencapaian pengeluaran motosikal mereka yang ke- 6,000,000 unit. Bersempena dengan hari bersejarah itu, pihak HLYM telah merasmikan muzium motosikal pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Space Y.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.