Isu Terkini

Oktober 2024

Personaliti / 10 Mei 2014

Tatiana Vasilyera Menunggang Motosikal Membina Keyakinan

Tatiana Vasilyera atau lebih mesra dengan panggilan Tanya berasal dari Novokuznetsk, Siberia dan sememangnya seorang wanita yang meminati gaya hidup yang mencabar. Selain bermotosikal, dia juga suka menjelajah ke kawasan pergunungan, meluncur ais dan ke pulau-pulau indah.

Menurut Tanya, komuniti penunggang motosikal di negaranya amat kecil mungkin disebabkan keadaan cuaca sejuk dan corak kehidupan masyarakat di sana yang lebih cenderung untuk menggunakan kereta. Sebelum Malaysia, Tanya dan keluarga pernah menetap di Mumbai, India selama tiga tahun dan di sanalah dia mula meminati dunia motosikal. Yamaha R15 merupakan antara model paling diminati di India dan ia juga pilihan Tanya dan suaminya, En. Parel Vasilyer kerana kelancaran enjin dan pengendaliannya yang mudah.

"Jujurnya, sebelum ini saya kurang kenal dengan Malaysia. Oleh itu saya dan Parel membuat keputusan untuk 'menjenguk' negara ini sebelum dia mula bertugas di sini dalam bidang gas dan minyak. Kami dapati negara ini amat sesuai dengan cara hidup kami sekeluarga,” kata Tanya yang juga mempunyai seorang putera berumur 10 tahun.

Menikmati sinaran matahari di Malaysia.
Menikmati sinaran matahari di Malaysia.

Jika bercerita mengenai makanan, mereka memang menggemari makanan India seperti capati dan kari manakala juadah Malaysia kesukaannya ialah satay. Oleh kerana ingin selalu menikmati makanan India, mereka telah membawa bersama seorang pemasak dari India untuk tinggal bersama di Kuala Lumpur.

“Pada lawatan pertama itu, kami sempat pergi ke beberapa destinasi termasuklah Pulau Langkawi. Memang sesuai dengan jiwa saya. Kini hampir seluruh Malaysia telah saya lawati dan antara tempat yang paling saya sukai ialah Pulau Redang dan Kota Kinabalu.”

Walaupun berasal dari negara beriklim sejuk, Tanya akui dia kini cukup sukakan Malaysia kerana cuaca panasnya dan ingin terus berada di Malaysia selama mungkin. Tanya cukup teruja apabila mendapati Malaysia mempunyai ribuan pencinta motosikal tidak kira moped mahu pun yang berkuasa tinggi. Ini telah membakar semangatnya untuk meneruskan minat dalam dunia dua roda dan motosikal pertama miliknya (di Malaysia) ialah Kawasaki Ninja 250R. Tanya amat bertuah kerana suaminya juga peminat dua roda (Parel menunggang Kawasaki ZX6R), mereka berdua sering bermotor bersama-sama jika ada masa terluang.

Pada hari kelahiran Tanya, Parel telah membuat kejutan dengan menghadiahkan isteri tercintanya dengan sebuah MV Agusta Brutale 800 berwarna merah. Ternyata itulah hadiah yang paling istimewa buat Tanya. “Saya cukup sukakan Brutale ini kerana ia ringan, cukup berkuasa dan mudah dikendalikan tidak kira ketika di dalam bandar mahu pun di atas lebuhraya. Kini saya lebih kerap berada di atas jalan... memang menyeronokkan kerana Malaysia mempunyai lebuhraya yang besar, cantik dan selamat. Walaupun masih terdapat sebilangan kecil pemilik kenderaan empat roda yang memandu dengan bahaya tetapi saya tetap sukakan menunggang di sini.

Tanya menunggang Yamaha R15 ketika di India.
Tanya menunggang Yamaha R15 ketika di India.

Jalanan berselekoh seperti di Lebuhraya Karak atau di Genting Highlands juga kini menjadi pilihannya selepas semakin mahir dan selesa dengan mesinnya. Apa yang kini menjadi sasarannya ialah untuk menunggang di Litar Antarabangsa Sepang seperti mana yang sering dilakukan oleh suaminya. "Saya suka menunggang dari Kuala Lumpur ke Putrajaya menggunakan lebuhraya Maju Expressway (MEX) di sebelah petang kerana laluannya luas, selamat dan sangat menarik. Setiap kali melalui kawasan itu sewaktu matahari sedang terbenam, jiwa saya menjadi tenang dan itulah nikmatnya bermotor ini. Kelajuan paling tinggi pernah saya cuba ialah 170km/j dan memanglah masih tidak cukup laju."

Setiap kali menunggang, Tanya memilih untuk menyembunyikan rambut panjangnya yang berwarna perang kerana ia menarik perhatian pengguna jalan raya yang lain. Ada yang cuba memintasnya, membunyikan hon dan merapatkan kenderaan untuk mengambil gambar dan sebagainya. Perbuatan ini agak berbahaya dan boleh mengundang padah jika tidak berhati-hati tetapi kini ianya tidak berlaku lagi. Apabila sesiapa pun tidak mengenalinya, barulah dia dapat membelah angin dengan pantas dan menggembirakan.

Motosikal pertamanya sejak berada di Malaysia, Kawasaki Ninja 250R.
Motosikal pertamanya sejak berada di Malaysia, Kawasaki Ninja 250R.

Tanya sekeluarga telah ke Himalaya pada tahun lepas dan ketika itu sempat melihat beberapa pengembara bermotosikal sedang membuat pendakian dengan menunggang motosikal keluaran India iaitu Royal Enfield. Walaupun amat mengagumi para pengembara itu, Tanya lebih sukakan penjelajah di atas lebuhraya kerana dapat memecut dengan selamat. Antara destinasi bermotor idamannya ialah di lebuhraya terkemuka dunia yang terletak di Jerman iaitu Autobahn.

“Saya cukup bertuah kerana memiliki Brutale 800 ini kerana selain ia sebuah motosikal hebat, khidmat lepasan jualan yang ditawarkan oleh Chear Motor cukup bagus. Saya juga akan dikenalkan dengan sekumpulan motosikal wanita iaitu Lady Bikers yang sememangnya cukup aktif dalam dunia motosikal. Saya tidak sabar untuk bertemu dengan mereka kerana dirasakan ia lebih sesuai.”

“Sememangnya dunia motosikal di Malaysia sudah cukup mengujakan dan saya amat menyokong setiap wanita yang ingin bermotor kerana ia bukan sahaja amat menyeronokkan, paling penting motosikal boleh menjadikan kita seorang yang lebih berkeyakinan,” kata Tanya menutup bicara. RR

Isu Pada

Mei 2014

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Cikgu Offroad, Mohd Halim "Yang Kental Pasti Sampai Pos Balar"

Uncle Chin - Gemar Pengembaraan Luar Bandar

Pelumba Muda, Dharwin Lingam Lebih Semangat Harungi Musim Baru

Rewi Hamid Bugo - Usahawan & Pencinta Motosikal Sejati

Khairulamirin Yahaya - Pelumba Supermoto Negara

Md. Mikail Razlan - Terus Buru Kegemilangan

Bob Eden - Ingin Menabur Bakti Buat Pengguna Motosikal

Gary, Tina & Sam Sharman - Pencinta Motosikal Sejati

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

Marc Marquez sekali lagi mencipta sejarah dengan meriah kemenangan yang ke-64 dan yang ke-4 di litar Termas de Rio Hondo selepas tahun 2024, 2016 dan 2019. Kemenangan ini juga membolehkannya menyamai Legenda MotoGP Angel Nieto.

Model Baru

X-Wedge Sedia 'Gegarkan' Pasaran Cruiser Negara. Cadang Buka 4 Cawangan Pengedar

X-Wedge merupakan jenama premium di China yang menawarkan motosikal berkonsepkan Cruiser. Ya...Berbanding dengan kebanyakan jenama lain yang memberi fokus pada jentera-jentera skuter maksi, kembara dan sportbike, X-Wedge menceburi pasaran yang berbeza sama sekali.

Warta Roda

Nahas Dua Motosikal Dirempuh Kereta, Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia

Seorang lagi mangsa kemalangan tiga buah kenderaan yang melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta

Dari Litar

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Pelumba negara, Qabil Irfan kini telah mendapat persetujuan sebagai atlet Alpinestars.