Isu Terkini

Oktober 2024

Personaliti / 22 April 2023

Pelumba Muda, Dharwin Lingam Lebih Semangat Harungi Musim Baru

Dharwin Lingam (23 Tahun) anak kelahiran Negeri Sembilan ini merupakan seorang pelumba muda berbakat besar serta beriltizam untuk memenuhi impiannya untuk bergelar juara dunia di sukan motocross.

Dharwin mula berjinak-jinak dan terlibat di dalam sukan motocross pada tahun 2008 dan telah memenangi beberapa siri kejuaraan. Minatnya dalam dunia motocross mendapat sokongan dan bimbingan ayahnya yang juga pencinta sukan lasak ini. Dengan semangat dan kegigihan, Dharwin berjaya mempertingkatkan kemampuannya saban hari untuk lebih maju dalam dunia yang diminatinya.

Menurut Dharwin, menunggang jentera motocross memerlukan skill yang tinggi terutamanya untuk membuat lompatan, mengambil selekoh, mendarat dan dengan kaedah yang betul. Pelumba muda ini telah menyertai 30 perlumbaan dan meraih tempat pertama sebanyak 12 kali. Dharwin juga mempunyai tahap pemahaman mekanikal yang tinggi dalam permotoran dan untuk mempertingkatkan prestasinya, dia telah menjalani latihan profesional di Thailand pada tahun 2017.

Pada tahun 2018, Dharwin telah memberi saingan hebat dalam pertandingan motocross di Thailand. Antara lokasi perlumbaan yang dikunjunginya ialah Yala, Phatthalung, Surat Thani dan Bangkok dengan kejayaan meraih tempat di tangga podium. Antara pencapaian terbaik beliau termasuk meraih tempat ke-4 pada Pusingan 1 dan Pusingan 2 di MMSC 2022 dan memenangi tempat ke-13 di peringkat antarabangsa di MX2 GP of Indonesia, Samota-Sumbawa.

Dalam perlumbaan yang diadakan di Bandar Tenggara tahun lepas, Dharwin berjaya meraih tempat kelima keseluruhan dalam kategori MX2. Kategori tersebut turut disertai oleh pelumba yang tidak asing lagi dalam sukan motocross kebangsaan iaitu Sdr. Zubir Hassan. Info: Perlumbaan pusingan akhir Malaysian Motocross Championship 2022 tersebut dianjurkan oleh TQMX Club yang terdiri daripada lima kategori iaitu 50cc, 65cc, 85cc, MX Novice dan MX2.

Untuk tahun 2023, Dharwin dan kelabnya Vector Motocross telah mendapat kepercayaan MM Century Sdn Bhd yang mengumumkan tajaan termasuk penyediaan dua buah motor berjenama GasGas MC250 seperti yang diumumkan oleh Presiden Kelab Vector Motocross, En. Ashok Kumar Rangayah.

Untuk memberikan pendedahan dan menarik minat generasi baru dalam dunia motocross, Vector Motocross bersedia untuk memberi latihan buat anak-anak yang berminat dalam sukan ini. Dharwin yang akan memberi tunjuk ajar berazam untuk memupuk semangat para pelumba muda ke arah persekitaran yang selamat.

Tahniah buat Dharwin dan semoga maju jaya dalam mengejar impiannya selama ini. RR

Isu Pada

Februari 2023

Popular

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

  • Warta Roda

    Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

  • Model Baru

    JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Artikel berkaitan

Cikgu Offroad, Mohd Halim "Yang Kental Pasti Sampai Pos Balar"

Uncle Chin - Gemar Pengembaraan Luar Bandar

Rewi Hamid Bugo - Usahawan & Pencinta Motosikal Sejati

Khairulamirin Yahaya - Pelumba Supermoto Negara

Md. Mikail Razlan - Terus Buru Kegemilangan

Bob Eden - Ingin Menabur Bakti Buat Pengguna Motosikal

Gary, Tina & Sam Sharman - Pencinta Motosikal Sejati

Azlan Shah Kamaruzaman: Semangat Juang Tidak Pernah Padam

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Warta Roda

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Polis sedang menjalankan siasatan melibatkan insiden seorang penunggang motosikal dipukul penunggang lain di persimpangan lampu isyarat di Tampoi, di sini kelmarin.

Warta Roda

MODENAS Lancar Kempen 'Mai Servis Motor Sambut Raya'

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, MODENAS telah melancarkan kempen "Mai Servis Motor Sambut Raya'.

Pandu Uji

Santai Bersama Yamaha: MT-09 Syok Ke Mana Sahaja!

Okay...sekarang masa untuk menikmati MT-09 V4 pula, Saya dan Redz bertukar-tukar motor, nanti boleh borak tentang perbezaan dan persamaan antara kami berdua. Tinggi Redz sekitar 168cm dan saya pula 179cm, mesti lah ada beza kan?