Isu Terkini

Oktober 2024

Personaliti / 29 Julai 2021

Md. Mikail Razlan - Terus Buru Kegemilangan

Ayahnya seorang pencinta motosikal dan seringkali membawa anaknya menyaksikan kemantapan para pelumba di litar memecut laju mencari kemenangan. Sejak berusia lima tahun lagi, Muhammad Mikail bin Razlan sudah jatuh cinta dengan dunia perlumbaan motosikal dan paling menggembirakannya apabila minatnya itu disokong penuh oleh ayahnya. En. Razlan telah memberinya peluang untuk berlatih di Litar Elite Speedway dengan menggunakan jentera pocketbike.

Mikail berumur 17 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak yang sedang menuntut di SMK Anderson, Ipoh. Di sekolah, Mikail disifatkan oleh guru-gurunya sebagai seorang pelajar yang berdisiplin, berdikari. Abangnya, Muhamad Khailfah turut berkongsi minat yang sama tetapi kini terpaksa 'berhenti' seketika dari dunia motosikal kerana menumpukan perhatian dalam pelajaran.

Pada tahun 2015 dan 2016, Mikail mencari pengalaman dan keyakinan diri dengan menyertai saingan Minibike/Pocketbike. Pada tahun 2016, Mikail lebih berani dan yakin untuk mencuba kategori lain pula iaitu Kayo MiniGP dan Honda Future. Mikail memiliki pakej cukup lengkap. Dia sememangnya amat meminati dunia motosikal dan bersemangat tinggi untuk mencipta nama dalam kejuaraan dua roda.

Pada tahun 2017, Mikail sertai lebih banyak saingan demi memperbaiki tahap tunggangan dan mencari pengalaman berharga. Selain minibike/pocketbike, Mikail ketika itu turut mengasah bakatnya dalam saingan One Make Race, Honda Future, Yamaha Lagenda 115ZR. Latihan bersama Kawasaki Ninja 250cc dan berpeluang untuk sertai pemilihan Asia Talent Cup dengan menunggang jentera Honda CBR250R.

Untuk mendapatkan rentak dan mengemaskan lagi tunggangannya, Mikail tidak melepaskan peluang untuk berlatih bersama-sama para pelumba senior yang lebih berpengalaman dan mendapatkan tips menunggang daripada lagenda Cub Prix kebangsaan, Tuan Haji Wazi Abdul Hamid.

Tahun 2018 adalah tahun paling menarik buat Mikail. Dia mendapat peluang untuk menyertai sesi pemilihan di Asia Talent Cup dan di saingan satu jenama iaitu Honda Wave Alpha dan Yamaha Lagenda. Tahun ini juga merupakan detik awal Mikail memulakan 'kariernya' sebagai pelumba dalam perlumbaan Petronas Cub Prix dalam kategori Cabaran Honda One Make Race.

Md. Mikail Razlan -kedua dari kanan- bersama rakan-rakan seperjuangan dalam Program KBS MINIGP Academy 2019.
Md. Mikail Razlan -kedua dari kanan- bersama rakan-rakan seperjuangan dalam Program KBS MINIGP Academy 2019.

Prestasi Mikail bertambah baik dengan keputusan membanggakan yang dicapai pada tahun 2019. Dengan kutipan 15 mata, Mikail menamatkan saingan Cabaran Yamaha Super Series di tangga ke-15. Antara saingan lain yang telah dia sertai pada tahun tersebut ialah VFIER Trackday, King of 2T dan KBS MiniGP Academy.

Untuk kekal cergas, Mikail amalkan pemakanan yang seimbang dan latihan yang konsisten. Walaupun ketika pelaksanaan PKP, Mikail akan menyusun jadual latihan untuk kekalkan stamina. Pelumba berbakat ini akan lakukan latihan kecergasan selama 10 minit dalam tiga sesi dan jika tiada sebarang acara perlumbaan, Mikail akan berbasikal untuk jarak sekurang-kurangnya 20 kilometer.

Md. Mikail Razlan -kiri- di tempat kelima dalam Junior Cup 120cc 2T/4T (pusingan 2) 2019.

Perlumbaan Cabaran Yamaha NVX yang dijalankan pada tahun 2020 ternyata cukup sengit dan Mikail dilihat amat serasi dengan jenteranya. Setiap pusingan dia semakin selesa dan mendapatkan catatan masa yang membanggakan. Mikail berjaya menamatkan musim 2020 di tangga keenam keseluruhan dengan 62 mata. Tahniah!

Mikail turut meraih keputusan yang baik dalam saingan VFIER Trackday yang dijalankan sebanyak lima pusingan. Dalam kategori Wiramuda (Honda Wave 110), Mikail menyempurna kelima-lima pusingan dengan baik untuk meraih tangga kesembilan keseluruhan.

Kenangan paling indah buatnya ialah ketika meraih podium buat pertama kalinya di saingan Yamaha NVX pada tahun lalu. Melihat keluarga gembira dengan kejayaan itu adalah suatu kepuasan dan membanggakan. Kenangan pahit buat seorang pelumba tentulah apabila terbabas/terjatuh ketika berada di dalam kelompok hadapan. Mikail juga menerima nasib yang sama suatu ketika dulu.

Impian Mikail ialah untuk menjadi seorang pelumba profesional yang mampu memberi cabaran hingga ke peringkat antarabangsa. Pelumba idolanya ialah Hafizh Syahrin kerana beliau merupakan pelumba pertama negara yang berjaya melangkah ke dunia perlumbaan MotoGP.

Anak muda dari Perak ini sudah membuat perancangan yang rapi untuk empat tahun akan datang yang bermula dengan penyertaannya dalam Kejuaraan Malaysian Superbike, Petronas Cub Prix dalam kategori baru termasuklah usaha keras untuk berada di Kejuaraan FIM CEV (Kategori European Talent Cup). Dengan semangat juang yang tinggi dan usaha yang gigih, segala impian pasti tercapai. RR

Isu Pada

Jun 2021

Popular

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

  • Warta Roda

    Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

  • Model Baru

    JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Artikel berkaitan

Cikgu Offroad, Mohd Halim "Yang Kental Pasti Sampai Pos Balar"

Uncle Chin - Gemar Pengembaraan Luar Bandar

Pelumba Muda, Dharwin Lingam Lebih Semangat Harungi Musim Baru

Rewi Hamid Bugo - Usahawan & Pencinta Motosikal Sejati

Khairulamirin Yahaya - Pelumba Supermoto Negara

Bob Eden - Ingin Menabur Bakti Buat Pengguna Motosikal

Gary, Tina & Sam Sharman - Pencinta Motosikal Sejati

Azlan Shah Kamaruzaman: Semangat Juang Tidak Pernah Padam

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.

Warta Roda

Honda CBR150R Hadir Dengan Warna Serba Baru!

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. dengan bangganya memperkenalkan Honda CBR150R dengan skema warna baharu lebih menarik. Warna serba menawan ini adalah inspirasi daripada DNA Honda Racing ikonik seperti mana yang dilihat pada model lagenda CBR1000RR-R, CBR650R dan CBR250RR.

Model Baru

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

CFMOTO Malaysia telah melancarkan model Adventure Touring iaitu 700MT.

Model Baru

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Aveta Malaysia telah memperkenalkan model terbaru untuk pasaran negara iaitu DY115.