Isu Terkini

Julai 2024

Personaliti / 10 April 2015

Tengku Amirul Terus Capai Impian

Orangnya putih…senyumannya menawan, tuturannya lembut tetapi apabila di atas motosikal, dia bertukar menjadi seorang pelumba yang cukup garang dan bersemangat. Itulah dia, Tengku Amirul Haffirudin bin Tengku Hanafi, seorang pelumba yang sedang mencipta nama dari pasukan Motul Yamaha YY Pang.

Berasal dari Dungun, Terengganu, Tengku Amirul berumur 18 tahun mula menceburkan diri dalam dunia perlumbaan ketika usianya baru sembilan tahun. “Emaklah yang sukakan sukan motosikal dan pendedahan pertama saya ialah dalam sukan minibike yang ketika itu turut disertai oleh para pelumba lain seperti Hafizh Syahrin, Ramdan, Afiq Azmi dan Zaqhwan,” cerita Tengku, anak sulung daripada 11 orang adik beradik.

“Selepas itu semangat saya untuk terus bergelar pelumba semakin membara dan amat berterima kasih kepada ayah saya yang memberi sokongan kuat. Ketika berumur 13 tahun, saya dapat menyertai sessi ujian kelayakan untuk perlumbaan Aprilia Cup tetapi sayangnya masalah umur yang terlalu muda menyebabkan saya tidak layak.”

Tengku akhirnya diterima untuk bersama para pelumba berbakat dalam kategori Cabaran Yamaha LC135. Prestasi dan keupayaannya mengejutkan banyak pihak dengan muncul juara selepas berentap hebat dengan tiga lagi pelumba muda iaitu Md Hafiza Rofa, Mohd Ramzal dan Nur Ahmad. Dengan kecemerlangan yang ditunjukkan, Tengku Amirul berjaya mewakili negara dalam perlumbaan Yamaha Asean Cup dalam Kelas Novice yang memberikan takhta juara untuk Malaysia di Litar Melaka pada tanggal 12 Disember 2010.Prestasi baik Tengku ketika itu mendapat perhatian banyak pihak terutamanya para pengurus pasukan yang ingin mendapatkan pelumba terbaik untuk pasukan masing-masing. Dari seorang pelumba biasa, Tengku kini lebih dikenali di kalangan ‘keluarga’ cub prix dan antara pasukan yang pernah diwakilinya ialah Yamaha Raceline dan Pasukan Pennzoil.

“Saya mula bersama pasukan Motul YY Pang pada tahun 2012 dan amat bersyukur kerana ia adalah pasukan yang cukup bagus. Sifu (En. Pang YokeYu) seorang pengurus yang tenang, penuh pengalaman dan bertimbang rasa. Cara dia memberi tunjuk ajar memang efektif dan rakan-rakan sepasukan juga memberi panduan dan tips yang cukup baik. Pasukan Motul YY Pang sentiasa memberikan jentera yang ditala dengan sempurna dan inilah yang menjadikan kami para pelumba lebih yakin dan bersemangat untuk bersaing di pentas akhir.”

Walaupun terpaksa berulang alik dari Dungun ke Kuala Lumpur, minatnya yang sangat mendalam pada dunia perlumbaan telah mengatasi segalanya. Apa yang perit untuk dia telani ialah perasaan ibunya setiap kali melihat dia beraksi. “Saya tahu emak memang takut akan keselamatan saya setiap kali turun bersaing. Saya pasti akan ikut segala nasihatnya dan mencuba sebaik mungkin untuk membanggakannya. Saya juga tidak akan lupa segala sokongan dan susah payah ayah demi meneruskan minat anaknya ini. Ayah menjalankan perusahaan bengkel kereta dan saya akan sentiasa membantu ayah setiap kali selesai perlumbaan atau pulang ke rumah.”

Dengan bimbingan dan sokongan daripada seluruh pasukan Yamaha YY Pang, Tengku berjaya menamatkan cabarannya pada tahun 2012 sebagai pemenang tempat ketiga dalam kelas Wira. Dari Wira, Tengku beralih ke kelas CP115 dan memulakan perlumbaan pusingan pertama dengan mencapai kemenangan. “Melihat akan keupayaan saya semakin baik, saya cuba mendapatkan posisi terbaik di setiap pusingan tetapi sikap tidak sabar saya ketika itu menyebabkan banyak peluang tercicir.”

Sekali lagi Sifu dan rakan sepasukan memberi nasihat agar lebih matang dalam saingan. “Saya amat bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang amat prihatin. Adib, Azhar dan Zaidy memang selalu tegur saya agar lebih banyak bersabar dan tenang. Tahun 2013 juga saya terlibat dengan kemalangan yang agak serius iaitu ketika di saingan Asian Road Racing. Saya terbabas di selekoh dua, terhempas menyebabkan bahu saya patah. Saya masuk hospital empat hari kemudian terus ke Terengganu untuk perlumbaan cub prix pula. Minat punya pasal.”

Sifu (kanan) sentiasa memberi bimbingan kepada Tengku Amirul

Tahun 2014 ternyata mematangkan anak muda ini. Berada di dalam pasukan yang mempunyai para pelumba yang hebat dan kompetitif ternyata mempertingkatkan kemahirannya dalam masa yang singkat. Ternyata dia dan rakan-rakan lain dari pasukan ini memberikan banyak kemenangan di setiap pusingan dengan pencapaian akhir musim yang cukup membanggakan apabila tiga tempat teratas CP115 diungguli oleh Md Izzat Zaidi, Zaidy Zaifaizal dan dia sendiri – semuanya dari pasukan Yamaha Motul YY Pang.

Dalam perlumbaan Yamaha Asean Cup, Tengku Amirul kini antara pelumba paling banyak sertai Asean Cup dengan tiga kali penampilan iaitu pada tahun 2010, 2013 dan 2014. Sememangnya bersaing di peringkat antarabangsa mempertingkatkan kemahiran dan ketangkasan sewaktu berentap. Ini juga masa yang sesuai untuk para pelumba negara memperbaiki cara berinteraksi dengan pihak media dari luar negara.

“Sudah pasti tahun ini saya akan cuba sedaya upaya untuk berada di kelompok paling hadapan. Sasaran untuk musim 2015 ialah mendapatkan podium dan mata sebanyak mungkin di setiap pusingan. Dengan kemenangan demi kemenangan mungkin suatu hari nanti saya mampu membawa ibu bapa saya bercuti ke Paris. Saya sangat suka dan kagumi bandar ini kerana ia moden, cantik dan bersih dan pastinya merupakan destinasi pelancongan yang paling saya ingin lawati. Saya juga berharap akan dapat mewakili negara dalam kelas yang lebih tinggi,” komen Tengku yang menjadi juara CP 115 dalam pusingan pertama Petronas Cub Prix di Temerloh baru-baru ini. RR

Isu Pada

April 2015

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Cikgu Offroad, Mohd Halim "Yang Kental Pasti Sampai Pos Balar"

Uncle Chin - Gemar Pengembaraan Luar Bandar

Pelumba Muda, Dharwin Lingam Lebih Semangat Harungi Musim Baru

Rewi Hamid Bugo - Usahawan & Pencinta Motosikal Sejati

Khairulamirin Yahaya - Pelumba Supermoto Negara

Md. Mikail Razlan - Terus Buru Kegemilangan

Bob Eden - Ingin Menabur Bakti Buat Pengguna Motosikal

Gary, Tina & Sam Sharman - Pencinta Motosikal Sejati

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Warta Roda

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Sekalung tahniah buat Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) di atas pencapaian pengeluaran motosikal mereka yang ke- 6,000,000 unit. Bersempena dengan hari bersejarah itu, pihak HLYM telah merasmikan muzium motosikal pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Space Y.

Warta Roda

Ops Khas Motosikal Hari-4, Lebih 11,000 Saman Sudah Dikeluarkan

Baru empat hari Ops Khas Motosikal diadakan di seluruh negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna motosikal.

Dari Litar

Pasukan Repsol Honda Tiba Di Buriram. Joan Mir Perlu Buat 'Come Back'!

Selepas gagal menamatkan perlumbaan (DNF) sudah ketiga berturut-turut, Joan Mir perlu kembalikan prestasinya ke tahap terbaik sempena perlumbaan yang akan berlangsung di Litar Buriram, Thailand minggu ini.