Isu Terkini

Julai 2024

Personaliti / 10 Disember 2016

Zaqhwan Zaidi : Displin Prinsip Diri

Bagi pencinta motosikal khususnya dalam dunia perlumbaan, Mohd Zaqhwan Zaidi bukanlah nama yang asing lagi. Pemuda dari Kajang ini baru berusia 21 tahun tetapi telah pun menunjukkan kehebatan dan prestasi tertinggi dalam arena sukan yang diceburinya. Zaqhwan merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik dan sememangnya cinta pada dunia motosikal sejak dia masih kecil lagi.

Zaqhwan memulakan langkahnya dalam dunia perlumbaan motosikal ketika berumur 10 tahun menerusi perlumbaan pocket bike. Turut berlumba dengannya di waktu itu dan meneruskan karier dalam dunia yang sama ialah Hafizh Syahrin, Sasitharen, Azhar Jalil dan ramai lagi. Daripada situ, dia dipilih untuk menyertai perlumbaan cub prix dalam kelas Aprilia Junior Cup dan inilah detik permulaan kariernya.


Selepas menjuarai kelas Aprilia Junior Cup, Zaqhwan mendapat kepercayaan bekas pelumba negara iaitu Shahrol Yuzy untuk bersama dengan pasukannya. Yuzy ternyata memainkan peranan yang sangat penting dalam proses membentuk Zaqhwan menjadi seorang pelumba yang berjaya. Pada tahun 2010, dia menyertai CP115 tetapi apabila menjelang pertengahan musim, Zaqhwan terus memberi cabaran dalam persaingan CP130.


Kemantapan dan kehebatan Zaqhwan dalam perlumbaan cub prix mula terserlah pada tahun 2012 dan 2013 apabila mampu bersaing di dalam kelompok hadapan. Zaqhwan juga telah terpilih untuk mewakili negara bersama Emir Firdaus Hassan dalam perlumbaan Honda 4 Hours Endurance Race dan berjaya menjadi juara.

Untuk mengekalkan kecergasannya, Zaqhwan banyak menghabiskan masanya dengan bersenam, berlatih, menunggang jentera motocross dan ke gimnasium. Disiplin diri juga amat penting jika inginkan pencapaian terbaik dan jati diri yang tinggi. Zaqhwan juga banyak berkomunikasi bersama rakan sepasukan dan pengurusnya bagi mendapatkan petua untuk berlumba dengan lebih berjaya.


Kemenangan demi kemenangan banyak membantunya menjadi lebih yakin dan bersemangat untuk mengejar impiannya menjadi pelumba yang disegani. Keupayaan Zaqhwan memuncak pada musim 2014 dengan kemampuan untuk mencatatkan masa terpantas hampir di setiap pusingan dan selepas mengharungi 10 litar mencabar, Zaqhwan akhirnya telah dinobatkan sebagai Juara CP130. Prestasi yang cemerlangnya itu turut memberinya peluang beraksi di dalam perlumbaan World Super Sport (WSS) sebagai pelumba wildcard ketika Malaysia menjadi tuan rumah WSBK pada tahun 2014.

“Sememangnya ia adalah kenangan paling indah buat saya kerana pada tahun itu juga saya dinobatkan sebagai juara kelas Supersport 600 dalam perlumbaan Asia Road Racing (ARRC). Inilah hasil kerja keras saya dan semestinya amat berterima kasih dengan guru saya iaitu Shahrol Yuzy yang sentiasa bersama,” komen Zaqhwan.


“Walaupun sudah lama berlumba, saya akan terasa sedikit tekanan sebelum perlumbaan bermula. Shahrol Yuzy akan memberi panduan dan nasihat yang akan menenangkan saya. Inilah yang amat saya perlukan sebelum berlumba,” tambahnya lagi.

Tahun 2015 Zaqhwan disunting oleh JPMoto Racing bagi berlumba dalam Moto2 tetapi hanya untuk separuh musim. Selepas itu, Zaqhwan kembali ke perlumbaan cub prix dan ARRC untuk meneruskan cabarannya. Dalam cub prix, dia hanya mampu berada di tangga ke 14 manakala pencapaiannya di ARRC pula di tangga ke-10.


Musim 2016 ternyata memberikan harapan baru buat Zaqhwan yang kini sudah enam tahun bersama pasukan Yuzy Pachi. Prestasinya dalam persaingan cub prix dan ARRC ternyata lebih baik dan membanggakan. Zaqhwan merupakan antara lima pelumba terbaik dalam CP130 manakala amat berpeluang untuk muncul juara Supersport 600 dalam perlumbaan ARRC sekali lagi kerana hanya tujuh mata ketinggalan pendahulu carta, Tomoyoshi Koyama (150 mata) dari Honda.

“Sememangnya harapan saya ialah untuk mewakili negara ke perlumbaan peringkat dunia. Saya akan terus berusaha dan bekerja keras untuk itu,” komen Zaqhwan menutup bicara. RR

Isu Pada

Disember 2016

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Cikgu Offroad, Mohd Halim "Yang Kental Pasti Sampai Pos Balar"

Uncle Chin - Gemar Pengembaraan Luar Bandar

Pelumba Muda, Dharwin Lingam Lebih Semangat Harungi Musim Baru

Rewi Hamid Bugo - Usahawan & Pencinta Motosikal Sejati

Khairulamirin Yahaya - Pelumba Supermoto Negara

Md. Mikail Razlan - Terus Buru Kegemilangan

Bob Eden - Ingin Menabur Bakti Buat Pengguna Motosikal

Gary, Tina & Sam Sharman - Pencinta Motosikal Sejati

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.

Model Baru

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R.

Model Baru

Scrambler Ducati Edisi 10° Anniversario Rizoma

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 jentera Scrambler, Ducati telah berkolaborasi dengan pengeluar aksesori motosikal Rizoma untuk memperkenalkan Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.