Sebelum pasaran negara dipenuhi dengan jentera-jentera 600cc-650cc seperti sekarang ini, terus terang kami katakan, hanya terdapat dua model sahaja yang ketika itu menguasai jalan-jalan di seluruh negara dengan megahnya iaitu Kawasaki ER6n dan Versys 650.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2003, Suzuki Smash 110 mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para pengguna pada waktu itu. Kemudian diikuti dengan model klac manual, Smash Pro 110 yang dilancarkan pada tahun 2005. Pada tahun 2010 diperkenalkan pula model Smash V115 dan sejak itu ia mengalami perubahan rekacorak grafik sehinggalah sekarang. Setelah 12 tahun model ini berada di jalan raya di setiap pelusuk negara, kini ia kembali dengan rupa bentuk baru yang lebih segar dan moden. Malah, turut dilengkapi dengan sistem pancitan bahan api menggantikan sistem karburetor yang lebih menjimatkan petrol - Suzuki Smash Fi 115.
Untuk sekian lama para pemilik MV Agusta sering kali membawa bersama ….sejarah jenama ini. Warisan perlumbaan yang bermula pada tahun-tahun 1950an membuahkan model-model MV Agusta yang mempunyai tindak balas yang tepat dan tajam apabila berbicara mengenai pengendalian, kuasa dan kelajuan. Malah, sebelum model Stradale 800 diperkenalkan, memang agak sukar untuk kita berhadapan atau berjumpa dengan model-model MV Agusta yang boleh kita kaitkan dengan perkataan ‘praktikal.’