Seperti yang sedia maklum, Honda telah berjaya melahirkan jentera pengembaraan mereka sejak dari dulu lagi dan antara model paling popular ialah Honda Africa Twin yang diperkenalkan pada tahun 1988 dengan enjin bersesaran 650cc. Dua tahun kemudian, model 750cc diperkenalkan dan beberapa lagi versi 750cc dilancarkan lagi hinggalah pada tahun 2003 sebelum tiada lagi model baru Africa Twin ditampilkan.
Ke mana sahaja ia dibawa... Di mana sahaja ia diletak... pasti ada mata yang menjelingnya. Itulah aura yang dimiliki oleh jentera kecil molek ataupun funbike keluaran Benelli, TnT135. Jujurnya.... jika dilihat dari jauh, rupabentuk Benelli ini mirip dengan jentera-jentera jalanan (streetbike) yang menawarkan rekabentuk luaran yang cukup memukau.
Jentera yang dinikmati untuk ruangan Bike Test kali ini memang cukup memuaskan hati. Tiap kali berhenti... buka helmet... semua tersenyum sambil 'lontarkan' kata-kata pujian padanya. Oh ya... model yang kami maksudkan ialah jentera automatik BMW C 400 X dan C 400 GT.
Walaupun secara statik, ia nampak seperti sebuah skuter biasa, sebenarnya ia bukan sebuah skuter… X-ADV jauh berbeza! Dengan penggunaan sistem Dual Clutch Transmission (DCT), enjin 745cc, jentera ini menawarkan tunggangan yang berkualiti dan sangat menyeronokkan.
Kawasaki Versys boleh kami katakan satu nama yang sangat popular di kalangan pengembara motosikal. Model yang didatangkan dalam dua versi iaitu 650cc dan 1000cc ini telah terbukti ketahanannya dengan kemampuan mengembara ribuan kilometer ke seluruh pelusuk dunia.