Segmen motosikal 150cc di Malaysia sangat popular di kalangan para pencinta dua roda. Jika kita lihat jentera-jentera yang berkapasiti 150cc telah mendapat sambutan yang hangat di negara ini. Selain kelajuan, rekabentuk yang menarik juga amat memainkan peranan untuk menarik minat para pengguna.
Yamaha NVX 155 merupakan sebuah skuter yang telah ditunggu-tunggu pengguna di luar sana. Ramai pengguna jatuh hati sebaik sahaja melihat jentera ini mula-mula dipamerkan di Sepang International Circuit pada tahun lepas. Jentera skuter mula mendapat perhatian di kalangan pengguna motosikal di seluruh dunia termasuk Malaysia kerana ianya mudah untuk dikendalikan.