Sebagai panduan, G/S merujuk kepada Gelände/Straße (dalam bahasa Jerman untuk jalan biasa/jalan lasak) atau Gelände Sport. Berbanding model BMW yang lain, GS dikenali dengan fork hadapan yang tinggi, posisi menunggang tegak dan tayar hadapan bersaiz besar iaitu sekitar 19” hingga 21”.
Model yang diuji ini adalah V-Strom generasi ketiga yang menepati piawaian Euro 4. Jentera pengembaraan ini disempurnakan dengan enjin V-kembar, DOHC, bersesaran 645cc yang menawarkan kuasa maksimum sekitar 69hp pada 8,800rpm dan tork 49ft-lbs pada 6,500rpm.
Qianjiang (cara ia disebut ialah 'Chin-jung) atau dipanggil QJ oleh para petugasnya merupakan sebuah syarikat China yang kini pemilik jenama motosikal tertua Itali iaitu Benelli. QJ ternyata memiliki keupayaan yang mantap untuk memasuki pasaran Eropah dengan produk-produk yang dihasilkan di China tetapi menggunakan lambang Benelli.
Skuter - mesin praktikal dan lebih mudah. Motosikal pula lebih menyeronokkan dan mengujakan. Apa jadi jika kita gabungkan kedua-duanya? Itulah yang ditawarkan kira-kira 14 tahun yang lalu menerusi model skuter maksinya iaitu TMax dengan enjin kembar parallel berkuasa 500cc.