Selain model-model moped, skuter turut menjadi pilihan utama para pencinta dua roda. Hari demi hari model skuter semakin mendapat sambutan di Malaysia. Motosikal skuter sentiasa memberikan tunggang santai, mempunyai ruang simpanan bawah pelana yang luas, menjimatkan petrol dan yang paling penting mudah untuk dikendalikan.
Versi Hybrid memang lebih lancar dan pantas lebih-lebih lagi apabila kita menggunakan mod S berbanding model biasa. Dari segi pengendalian, laju maksimum, sistem keselamatan dan kawalan ketika menunggang dirasakan hampir tidak ada bezanya walaupun versi Hybrid lebih berat.