Isu Terkini

Julai 2024

Pandu Uji / 8 Oktober 2020

Royal Enfield Himalayan: Untuk Semua Tunggangan

Royal Enfield (RE) merupakan nama yang sudah cukup terkenal dan berprestij di dalam dunia motosikal dan semestinya menjadi satu kebanggaan buat mereka yang berkhidmat di dalam sebuah syarikat yang terus mekar di pasaran dunia dua roda sejak seratus tahun yang lalu. Model pertama jenama ini direka oleh R.W Smith dan Jules Gotiet pada tahun 1901 dengan memiliki enjin berkuasa 1½hp dan lapan tahun kemudian, RE sekali lagi mengejutkan dunia ketika itu dengan melahirkan sebuah jentera berenjin v-kembar yang menawarkan kuasa lebih tinggi, 2¼hp.

Tahun demi tahun, jentera-jentera RE semakin digilai dek kerana rekabentuknya yang mantap serta ketahanan enjinnya. Antara model lagenda yang diperkenalkan ialah Bullet (1932) yang telah mencipta kejutan pada perlumbaan Isle Of Man pada tahun 1935 selepas berjaya meraih tempat kelapan. RE bukan sahaja mendapat kepercayaan di kalangan para pencinta motosikal tetapi juga oleh pihak tentera ketika tercetusnya Perang Dunia I dan turut digunakan dalam Perang Dunia II.

Di Malaysia, RE juga sudah tidak asing lagi buat para penunggang motosikal. Ia telah pun berada di pasaran negara sejak puluhan tahun yang lalu dan masih dipasarkan hingga ke hari ini. Terkini, model ini diedarkan oleh RE Motorcycles Sdn Bhd yang terletak di Taman Perindustrian Tiong Nam, Shah Alam. Model pengembaraan yang cukup mantap dari RE ialah Himalayan yang didatangkan dengan enjin silinder tunggal, bersesaran 411cc dengan kuasa 24.5hp pada 6,500 rpm dan tork 32Nm pada 4,500rpm.

Ok... RE Himalayan ini berharga RM36,880 – tidaklah begitu mahal untuk sebuah jentera pengembaraan. Secara keseluruhannya, ia direka cukup ringkas tetapi tegap dan mantap. Seperti model-model RE yang lain, lampu utama model ini ringkas dengan rekabentuk bulat tetapi bahagian hadapannya dikemaskan dengan adanya panel meter serba baru, cermin pengadang udara serta bar pelindung. Ketegapan jentera ini juga datangnya dari kerangka dupleks split cradle yang bertegaran tinggi. Tidak lupa juga, sistem ekzos RE ini garang sekali!

Dengan tinggi pelana 800mm, sesiapa sahaja akan mendapati Himalayan ini senang ditunggang termasuklah yang bersaiz sederhana atau peminat wanita. Posisi menungggangnya? Ah... memang cukup selesa dengan sudut tubuh diedarkan oleh RE Motorcycles Sdn Bhd yang terletak di Taman Perindustrian Tiong Nam, Shah Alam. Model paling baru dilancarkan ialah Royal Enfield Himalayan dengan enjin silinder posisi penunggang dan pembonceng yang dikira cukup bijak.

Apabila suis utama dipulas, mata kami terus tertumpu pada panel meternya kini lebih moden. Bentuknya bulat. Meter terbesar ialah penunjuk bagi tahap kelajuan (dalam km/j & b/sj) serta turut dilengkapkan dengan penunjuk digital untuk posisi gear, masa, jarak perjalanan, trip dan suhu enjin. Tiga lagi meter bulat adalah penunjuk untuk tahap rpm, tahap bahan api dan kompas.

Sebaik sahaja kita menekan suis penghidupnya, deruman enjin RE yang terhasil cukup lembut dan senyap. Dengan tork 32Nm, hantaran kuasa di gear-gear awal tidak begitu kuat – ia lembut dan jika inginkan prestasi lebih 'nakal', pendikit dan penggunaan gear perlu dilakukan dengan lebih galak. Model yang diuji ini menggunakan sistem ekzos standard tetapi ketika di majlis pelancarannya, RE Motorcycles telah melengkapkan dua buah unit beserta sistem ekzos yang dimantapkan.

Menurut RE Motorcycles, pihaknya turut menawarkan pelbagai aksesori tambahan untuk model ini seperti lampu spot, tangki pada harga bermula dari RM300. Jadi... sila berkunjung ke pusat pameran mereka di Shah Alam ya! Berbalik kepada Himalayan ini. Pendikitnya yang lembut memberikan kami lebih teruja untuk melihat keunikan dan keseluruhan prestasinya.

Berita baik buat mereka yang memiliki Himalayan! Anda akan menerima 'pakej' terbaik untuk menjamin kestabilan dan kecekapan jentera ini di jalanan. Ia adalah tayar-tayar jenis Pirelli MT60 bersaiz 90/90-21M (depan) dan 120/90-17M (belakang) yang disempurnakan dengan brekbrek jenis Bybre (By Brembo). Tayar ini boleh didapati dengan mudah dengan adanya pengedar rasmi Pirelli di Malaysia iaitu SEA Auto Parts Sdn Bhd yang boleh dihubungi menerusi talian: 03- 6250 3411 atau email ke enquiry@ seaap.com.my.

Kemantapan casis RE ini benar-benar dapat terasa sewaktu berada di lebuhraya. Kita dapat melayarkan Himalayan ke setiap sudut selekoh tanpa rasa risau dan dengan sistem transmisi lima kelajuan yang lancar, penukaran gear dapat dilakukan dengan mudah.

Sudah tentu Himalayan ini bukan jentera untuk memecut. Walaupun dapat 'dilarikan' sepantas 130km/j, kelajuan paling ideal ialah sekitar 110-120km/j dan lebih mengagumkan, RE ini hampir tiada gegaran pada bar hendal mahu pun di tempat pemijak – sangat penting untuk keselesaan dalam perjalanan jauh. Cermin pengadang udaranya dirasakan agak kecil buat penunggang berketinggian 5'8” dan ke atas. Terasa juga ditampar dalam kelajuan tinggi!

Dengan tubuh badan yang ramping, Himalayan langsung tidak memberi kita kesulitan untuk meredah kesesakan di kotaraya. Sistem suntikan bahan apinya mengawal hantaran kuasa dengan stabil sewaktu berasakasak dengan jentera lain dan sebaik sahaja jalan kembali lancar – pulas sahaja, RE akan meluru pantas ke hadapan meninggalkan jentera lain di belakang. Apabila menunggang di dalam bandar, kami mendapati Himalayan berjaya menari kperhatian ramai tidak kira bangsa atau peringkat umur. Ramai di antaranya cukup kagum apabila mendapati ia adalah sebuah jentera Royal Enfield. Melihat daripada komen-komen positif yang kami terima, apa yang penting buat RE Motorcycles ialah untuk mempertingkatkan promosi, mengekalkan momentum kemunculannya di khalayak ramai serta menjaga khidmat lepasan jualan. Customer first!

Kami membawa Himalayan di sebuah kawasan offroad yang jalannya tidaklah terlalu sukar. Dengan kelegaan tanah yang tinggi, jentera ini dengan mudah melepasi halanganhalangan di kawasan hutan seperti akar kayu, batu dan permukaan yang tidak rata.

Ketinggian bar hendal dan posisi tempat pemijak yang baik membolehkan kita mengawal segala pergerakan dengan kemas walaupun sambil berdiri. Himalayan turut membuktikan bahawa menunggang sebuah jentera tanpa mod tunggangan di laluan sukar juga memberikan kepuasan dan keterujaan. Bak kata mereka, Himalayan Built For All Roads. Built For No Roads.

Ketangkasan Himalayan di laluan-laluan sukar turut disebabkan oleh sistem saspensi hadapan 41mm dan penyerap hentak mono di belakang yang bertindak cukup cemerlang, lebih-lebih lagi apabila melanggar lubang-lubang bersaiz kecil atau sederhana yang banyak terdapat di dalam hutan. Apa pun, selepas sejam di dalam laluan offroad, kami rasakan Himalayan perlu ditambah sedikit lagi kuasa agar dapat menarik jentera seberat 191kg ini.

RE menyifatkan jentera pengembaraan ini juga menawarkan penjimatan bahan api. Apa yang dapat kami catatkan ialah sejauh 360 kilometer untuk tangki sebesar 15 liter itu. Pihak RE menegaskan bahawa jarak keseluruhan yang mereka dapatkan ialah sekitar 450 kilometer. Apa yang dapat disimpulkan, kadar penggunaan bahan api bergantung kepada banyak faktor seperti lokasi yang dikunjung, muka buminya, saiz penunggang dan gaya tunggangannya.

Tahniah buat Royal Enfield atas kebijaksaan dan kecintaan mereka dalam penghasilan motosikal selama ratusan tahun ini. Dengan Himalayan, RE telah berjaya melahirkan sesuatu yang serba baru untuk dinikmati oleh semua peminat motosikal di seluruh dunia. Ternyata dunia kini semakin luas untuk RE. RR

Isu Pada

Julai 2018

Spesifikasi

Enjin:satu silinder, 4 lejang, SOHC
Sistem bahan api:suntikan bahan api
Kuasa maksimum:24.5Nm pada 6,500rpm
Tork maksimum:32Nm pada 4,000-4,500rpm
Saspensi hadapan: fork teleskopik 41 mm
Saspensi belakang:lengan ayun dengan penyerap hentak mono
Tayar hadapan:90/90-21M Pirelli MT60
Tayar belakang: 120/90-17M Pirelli MT60
Brek hadapan & belakangcakera 300 mm jenis Bybre & cakera 240mm jenis Bybre
Isi tangki:15 liter

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

BMW R 1300 GS - Ia Satu Revolusi, Bukan Evolusi

Suzuki GIXXER 250 - Lincah & Padu

CFMOTO 700CL-X Sport: Model Akhir 3 Beradik

Scrambler Ducati Full Throttle - Buatkan Perjalanan Lebih Seronok

Harley-Davidson Vance & Hines KoB Racer - Juara Mutlak 2023

Ducati Hypermotard 950 RVE - Aura Fesyen & Teknologi

Aveta Ranger Max Explorer - Prestasi Luar Jangkaan

Aprilia SR GT 200 Sport - Sensasi, Unik & Gaya Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.

Warta Roda

Lebih 100 Buah Motosikal Terbakar Di Depoh Simpanan DBKL

Sebanyak 130 buah motosikal yang diletakkan di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Connaught telah terbakar.