BMW R 310 GS: Sesuai Untuk Pengembara 'Muda'
Model ini adalah ahli terkecil dalam keluarga jentera lasak BMW GS. Ia bersesaran 313cc dengan kuasa hantaran 25kW pada 9,500rpm dan tork 28Nm pada 7,500 – Ya! Itulah dia BMW G 310 GS yang jujurnya, sebuah model adventure sederhana yang menyeronokkan. Kehadiran model ini bagaikan satu sinar baru dalam segmen motosikal lasak yang kini semakin diminati oleh para pengguna motosikal di Malaysia. Selain G 310 GS, terdapat dua lagi model seumpamanya dan juga saingannya iaitu Kawasaki Versys X250 dan KTNS RS3.
Bagi para pengguna motosikal yang seringkali atau pernah menunggang di negara-negara Asean, pastinya anda setuju jika dikatakan bahawa menunggang di sana adakalanya lebih sesuai untuk sebuah jentera pengembaraan yang bersaiz sederhana kerana ia ringan dan mudah dikendalikan. Mungkin tidak menjadi masalah buat mereka yang berpengalaman tetapi bagi pengembara baru, saiz dan berat sesebuah motosikal adalah satu perkara penting untuk seseorang itu terus kekal selamat di sepanjang perjalanan.
Itu cerita ‘si pengembara’, bagaimana pula buat mereka yang bekerja atau masih menuntut? Pastinya golongan ini juga menginginkan sebuah jentera yang selesa, mudah dikendalikan dan jimat untuk dimiliki. Barulah perjalanan ke tempat bertugas atau ke pusat pengajian akan lebih selamat dan menyeronokkan. Di sinilah BMW G 310 GS muncul untuk mengisi permintaan tersebut.
Dengan harga RM29,900 (termasuk GST), ramai kini mampu memiliki sebuah BMW. Ia adalah satu impian bagi kebanyakan peminat motosikal lasak untuk menunggang jenama ini Keistimewaan jentera ini pastinya datang dari saiznya. G 310 GS ini memang nampak besar dan gagah – sekali imbas seperti model F 650 GS atau F 800 GS. Bukan hanya kami berpandangan sedemikian ya... beberapa peminat motosikal lain yang kami jumpa di sepanjang sesi tunggang uji ini juga berkata hal yang sama.
Gabungan paruh (peak), fairing sisi, ruang kemasukan udara, fork hadapan dan tangki serta ketinggian pelananya (835mm) adalah penyumbang utama yang menjadikan jentera ini kelihatan cukup mantap. Bahagian belakang jentera ini dilengkapkan dengan carrier Gabungan paruh (peak), fairing sisi, ruang kemasukan udara, fork hadapan dan tangki serta ketinggian pelananya (835mm) adalah penyumbang utama yang menjadikan jentera ini kelihatan cukup mantap. kombinasi yang cukup sesuai untuk semua jenis tunggangan. untuk dipasang kotak barang. G 310 GS diperkemaskan dengan tayar hadapan bersaiz 110/80 R 19 dan belakang 150/70 R 17 – kombinasi yang cukup sesuai untuk semua jenis tunggangan. Tiga warna menarik iaitu Racing Red, Cosmic Black dan Pearl White Metallic menjadikan sama mewah dan sama hebat seperti abang-abangnya, F 800 GS, S 1000 XR, R 1200 GS dan R 1200 GSA.
Duduk di atas BMW ini memberikan kita rasa bangga dengan adanya logo BMW pada bahagian bar hendal direka cukup lebar untuk tujuan keselesaan. Panel meter berdigital dan mempunyai semua info penting untuk semua jentera pengembaraan. Cermin sisi agak kecil dan ia mungkin terlalu kecil untuk penunggang yang melebihi ketinggian 5’6” (1.67m). Posisi menunggang tidak banyak untuk diperkatakan m e l a i n k a n cukup selesa dan natural. Badan kita tidak membongkok manakala ruang lutut dan kaki yang luas memudahkan kita menukar posisi pada bila-bila masa.
Mungkin identiti suara enjin satu silinder, 4 lejang yang dimilikinya sahaja jauh berbeza berbanding saudaranya yang lain - lazimnya berdengung dengan garang sekali. Bunyi G 310 GS ini lembut sehinggalah kita memerah pendikit mencecah 6,500rpm – baru ada rasa! Dengan berbekalkan kuasa maksimum 25kW pada 9,500rpm dan tork 28Nm pada 7,500rpm, BMW ini mampu dipecut dengan tangkas dalam gear-gear pertengahan. Kuasanya cukup linear, tidak hadir secara mendadak dan mudah dikawal.
Banjaran kuasa sebeginilah yang kita perlukan sewaktu menunggang di dalam bandar, atas lebuhraya dan di kawasan dalaman yang mempunyai ruang serta jalan yang terhad. Kita (termasuk penunggang baru) tidak akan terasa asing dengan kadar putaran enjinnya yang mudah serasi dengan semua jenis tunggangan. Kami berani katakan, anda boleh melompat dari seorang penunggang skuter 110cc terus ke GS ini tanpa perlu takut atau risau akan hantaran kuasanya.
Kita juga pastinya akan berpuas hati dengan adanya sensor penukaran gear yang berkelip-kelip pada putaran 10,000rpm agar penambahan gear dapat dilakukan. Dengan adanya sistem ini, kita akan membuat penukaran gear pada saat dan tahap putaran enjin yang tepat seterusnya membantu mengoptimumkan kadar penggunaan bahan api dan penjagaan sistem transmisi.
Berat basah model ini ialah 169.5kg sahaja tidaklah terlalu berat, m e m u d a h k a n segala pergerakan kita di kawasan-kawasan terhad atau berbukit. Bagi penunggang baru dan berbadan sederhana (tidak terlalu tinggi), ‘pakej’ ini cukup sesuai untuk semua keadaan. Pemilik GS yang hanya menunggang dengan satu kotak barang (di belakang) akan mendapati jentera ini juga boleh cemerlang di dalam kawasan bandar. Saiz lebar G 310 GS ini ialah 880mm.
Ketegaran casis model ini sangat kami sukakan. Selain dirasa cukup tegap ketika memecut lebih daripada 140km/j di lebuhraya, kita juga dapat memiringkan jentera ini di setiap sudut selekoh dengan kemas dan meyakinkan . Ketiadaan gegaran pada bahagian hendal dan tubuh badannya membolehkan kita mengekalkan kelajuan sekitar 120km/j dalam suatu masa yang lama tanpa rasa kebas pada bahagian tapak tangan. Ini amat-amat penting demi mencapai keselesaan optimum bagi mereka yang akan memacu G 310 GS ini ke destinasi yang berjarak jauh. Cuma dirasakan cermin pengadang udaranya sahaja agak kecil khususnya buat mereka yang agak tinggi.
BMW sentiasa mementingkan para pemiliknya dengan mempersiapkan setiap produknya menerusi adanya sistem-sistem keselamatan yang baik dan GS ini tidak terkecuali. Seperti siri-siri GS yang lain, model 313cc ini juga dilengkapkan dengan sistem ABS yang memberi lebih keyakinan sewaktu kita menggunakan sistem brekbreknya terutama sekali ketika berada di dalam hujan. Model ini menggunakan fork hadapan jenis terbalik 41mm dan lengan ayun aluminium untuk penyerapan bebanan di bahagian belakang.
Ketika menunggang di jalanan berbatu dan di tanah merah keras, sistem saspensinya benar-benar menyerap segala hentakan dengan baik. Kita dapat melalui kawasankawasan sukar dengan selamat dan itulah keinginan BMW, untuk memberikan kepuasan optimum buat setiap penunggangnya.
Sememangnya BMW G 310 GS ini sesuai untuk “Value for Money” atas karaktor, keselesaan dan kualiti pembikinannya. Ia dihasil berasaskan modelmodel GS yang lebih besar dan sudah semestinya memiliki keistimewaan tersendiri. Ia tampak mewah dengan warna-warna hebat, ia tangkas mengharungi pelbagai jenis perjalanan dan ia juga memiliki tahap keselamatan yang seiring dengan kekuatan enjinnya.
Untuk mendapatkan info teknikal yang lebih terperinci mengenai model ini, sila dapatkan di ruangan Pandu Uji RR November 2017 # Bilangan 373. RR
Spesifikasi
Enjin: | silinder tunggal, 4 lejang, sistem penyejuk cecair |
Gerek x lejang: | 80 x 62.1mm |
Kuasa maksimum: | 34Ps pada 9,500rpm |
Tork maksimum: | 28Nm pada 7,500rpm |
Saspensi hadapan: | fork jenis terbalik USD 41mm |
Saspensi belakang: | lengan ayun aluminium |
Tayar hadapan: | 110/80 R19 |
Tayar belakang: | 150/70 R17 |
Brek hadapan / Brek belakang: | cakera 300 BMW Motorrad ABS / cakera 240mm BMW Motorrad ABS |
Isi tangki: | 11 liter |
Popular