Isu Terkini

Julai 2024

Pandu Uji / 10 November 2020

Yamaha XMax 250: Prestasi Yang Mengagumkan

Setiap orang mempunyai kehendak dan citarasa yang berbeza. Ada yang minat jenis bertransmisi dan ada juga jenis automatik. Jentera skuter sehingga sekarang sentiasa dapat menambat hati seseorang untuk menunggangnya. Ia popular bukan sahaja di kawasan bandar malah di persekitaran kampung juga dapat sambutan yang hangat. Untuk mengendalikan motosikal skuter ini mudah, ia tidak memerlukan penukaran gear dan penggunaan klac.

Yamaha XMax 250, itulah skuter yang terbaru dari Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM). Model ini mewarisi ciri-ciri dalam keluarga Max yang terdapat pada model seperti TMax dan NMax. Dengan sisi badan yang besar, lihat sahaja dari depan ternyata XMax mempunyai rekabentuk yang cantik, sporty dan agresif. Memang patutlah XMax dapat memikat hati seseorang pengemar jentera skuter, terutama pada golongan senior.

Enjin silinder tunggal, empat lejang, SOHC yang berisipadu 250cc menawarkan tunggangan yang mengasyikkan dengan kuasa maksimum 16.8kW pada 7,000rpm dan tork 24.3Nm pada 5,5000rpm. Jentera skuter ini meluncur laju dengan sekali pulas sahaja. Jangan terkejut apabila kita antara yang berupaya memecut meninggalkan kenderaan lain. Skuter ini turut dikuasai dengan teknologi Blue Core.

Teknologi ini dihasilkan untuk memberi prestasi terbaik dan penjimatan bahan api di setiap motosikal yang menggunakannya. Kaedahnya menurunkan kadar kehilangan kuasa, memberikan pembakaran yang optimum serta pengawalan bahan api.

Bagaimana di lebuhraya? Jangan pandang rendah dengan skuter sebegini. Mesin 250cc ini mampu memecut pada kelajuan maksimum 155kmj tanpa sebarang gegaran, ketidakstabilan dan bergoyang-goyang. Pasti memberikan kepuasan dan senyuman lebar buat pemilik Yamaha ini. Walau bagaimanapun kelajuan yang sesuai dan selamat adalah 110-120kmj kerana pelbagai perkara yang boleh terjadi sewaktu menunggang kenderaan yang sangat laju.

Sistem kunci yang terdapat pada model ini sama seperti Yamaha NVX. Untuk menggunakannya, perlu menekan suis kunci terlebih dahulu. Apabila sudah berbunyi ‘tik’ baru boleh dipusing (smart key perlu berdekatan dengan motosikal). Jika tidak ada sebarang bunyi yang keluar daripada suis kunci maka kita tidak dapat memusingkannya.

Yamaha XMax 2019
Yamaha XMax 2019

Apabila posisi kunci tidak ditetapkan pada penunjuk “Off,” alarm pada skuter ini akan berbunyi selepas alat kawalan jauh (remote) melebihi 10 meter daripada motor. Ini memperingatkan kepada pengguna supaya menutup kunci dengan sempurna. Terdapat satu butang pada remote ini yang memudahkan kita untuk mengesan skuter XMax bila di kawasan letak kenderaan.

XMax 250 dilengkapi dengan ruang berkunci yang cukup luas untuk kita menyimpan dompet, telefon dan barangan peribadi yang terletak di kedua-dua sisi bawah pemegang hendal. Di sebelah kiri terdapat soket kuasa 12V, ciri sebegini membolehkan kita mengecas telefon pintar dan peranti lain semasa menggunakan skuter ini.

Ruang simpan barang bawah pelana yang luas dan berlampu kecil jenis LED memang sesuai untuk pelbagai tujuan. Ia turut dapat menyesuaikan dua buah topi keledar bersaiz XL. Bagi yang suka mengembara memang ruang barangan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Ia memudahkan penyimpanan beg atau komputer riba ke dalamnya. Ini menjadikan skuter automatik ini lebih praktikal serta sesuai untuk perjalanan jauh.

Cermin pengadang XMax 250 boleh diubah mengikut keselesaan dan keseronokan penunggang. Kita boleh mengubah secara manual mengikut keperluan yang diingini untuk perjalanan yang lebih baik dan lancar. Tetapi ada sedikit yang agak menyusahkan untuk mengubah kedudukannya. Ia memerlukan penggunaan ‘allen key’ untuk membuka beberapa skru bagi menggerakkan kedudukan cermin mengikut posisi yang sesuai.

Walaupun jentera ini merupakan skuter maksi dengan saiz yang besar, ia sangat mengagumkan ketika berada dalam bandar. XMax seberat 179kg dengan tapak roda 1540mm mempunyai hemburan kuasa yang mampu beraksi dengan lincah seperti skuter lain.

Kecerahan lampu pada motosikal amat penting ketika menunggang di persekitaran gelap. Penunggang dapat dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain.XMax 250 dihadirkan dengan lampu hadapan jenis LED bersama Daytime Running Light (DRL). Cukup terang… tiada masalah! Rekabentuk yang bergaya dan penuh kuasa pada lampu LED ini mampu mengeluarkan cahaya terang untuk pandangan hadapan serta membolehkan kita melihat keseluruhan jalan raya.

Yamaha XMax 2019
Yamaha XMax 2019

Brek hadapan dan belakang jenis cakera dilengkapi dengan sistem ABS sebagai ciri standard untuk cengkaman yang lebih tepat. Kita tidak perlu risau membrek secara mengejut, cengkaman akan berfungsi secara lembut dan selamat.

Apa yang menarik pada Yamaha XMax ini? Sistem Traction Control (TCS) turut ada pada skuter bersesaran 250. TCS akan menghalang tayar belakang daripada kehilangan daya tarikan pada permukaan tar dengan mengurangkan pemacu roda apabila sensor elektronik pada skuter ini mengesan sebarang slip, memberikan kepercayaan menunggang lebih besar terutama pada permukaan licin.

Panel meternya kemas dan moden. Dua meter bulat memaparkan latar belakang hitam dengan angka putih untuk tahap kelajuan dan putaran rpm. Kadar bahan api, suhu, jam dan jarak perjalanan ditunjukkan pada paparan pusat jenis digital yang terang dan jelas untuk menerangi setiap perjalanan.

Jangan kata skuter ini tidak boleh melayan selekoh. Dengan saiz tayar hadapan 120/70- 15 dan 120/40-14 (belakang) sangat stabil membuat selekoh tanpa sebarang masalah. Memang cukup mantap! Gerakkan sedikit posisi badan untuk membuat miringan pada skuter ini dan kekuatan tork amat berguna untuk keluar daripada selekoh. Tidak kira menunggang berseorangan atau berdua, setiap selekoh dapat dilakukan dengan selamat.

Skuter ini langsung tidak mengecewakan. Saspensi hadapan XMax adalah jenis fork teleskopik dan ia bertindak dengan cukup kemas sekali walaupun ketika kita membrek dengan keras. XMax dilengkapi dengan brek cakera hidraulik 267mm di depan dan 245mm di belakang yang cukup hebat.

Dengan isian penuh tangki 13 liter, kami dapat melakukan perjalanan sejauh 300 kilometer dalam pelbagai jenis tunggangan. Sememangnya ia adalah sebuah skuter yang sangat menjimatkan petrol.

Terdapat dua pilihan warna ketika diperkenalkan iaitu Metallic White dan Rusty Bronze. Ia ditawarkan pada harga bermula RM22,498.50 (termasuk GST). Dengan harga sebegini adakah berbaloi untuk dimiliki? Sangat berbaloi…. tetapi bergantung kepada kemampuan masing-masing. Secara keseluruhan untuk tawaran kuasa, penjimatan bahan api dan rupabentuk yang agresif memang XMax 250 antara terbaik dalam kelasnya.

Semasa menghadiri sesi uji tayar Pirelli di Taiwan tahun lalu, RR telah pun berkesempatan menguji Yamaha XMax yang besesaran 300cc. Dari segi hantaran kuasanya memang terdapat sedikit perbezaan tetapi untuk pengendalian, penyerapan sistem saspensi dan sistem brek ternyata sama mantap dengan model 250cc ini. Walaupun ketika itu kami belum pernah menunggang di litar Taiwan tersebut, XMax memang mudah untuk kita mendapat keserasian dan memahami segala karaktornya. RR

Isu Pada

Mei 2018

Spesifikasi

Enjin:silinder tunggal, 4 lejang, SOHC, sistem penyejuk cecaie
Gerek x lejang:70.0 x 64.9 mm
Kuasa maksimum:16.8kW pada 7,000rpm
Tork maksimum:24.3Nm pada 5,500rpm
Saspensi hadapan:fork teleskopik
Saspensi belakang: lengan ayun
Tatar hadapan: 120/70- 15
Tayar belakang:120/40-14
Brek hadapan & belakangcakera hidraulik 267 mm / cakera hidraulik 245 mm
Isi tangki:13 liter

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

BMW R 1300 GS - Ia Satu Revolusi, Bukan Evolusi

Suzuki GIXXER 250 - Lincah & Padu

CFMOTO 700CL-X Sport: Model Akhir 3 Beradik

Scrambler Ducati Full Throttle - Buatkan Perjalanan Lebih Seronok

Harley-Davidson Vance & Hines KoB Racer - Juara Mutlak 2023

Ducati Hypermotard 950 RVE - Aura Fesyen & Teknologi

Aveta Ranger Max Explorer - Prestasi Luar Jangkaan

Aprilia SR GT 200 Sport - Sensasi, Unik & Gaya Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

RXZ Twin Boss V2 yang menang di AOS2024 dalam pertandingan Art Of Speed Invitational Bike Build Off akan dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.

Dari Litar

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

Gelaran juara keseluruhan CP125 buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Syamil Amsyar semakin cerah.

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.

Model Baru

Scrambler Ducati Edisi 10° Anniversario Rizoma

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 jentera Scrambler, Ducati telah berkolaborasi dengan pengeluar aksesori motosikal Rizoma untuk memperkenalkan Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.