Isu Terkini

Julai 2024

Pandu Uji / 4 April 2024

CFMOTO 700CL-X Sport: Model Akhir 3 Beradik

CFMOTO memperkenalkan siri 700CL-X sekitar dua tahun yang lalu. Model ini hadir dalam tiga varian berbeza iaitu Heritage, Sport dan Adventure tetapi berkongsikan saiz enjin yang sama iaitu 693cc, 2 silinder parallel, 4 lejang, DOHC dengan sistem penyejuk cecair.

CFMOTO meletakkan model 700CL-X ini sebagai jentera ‘Power Cruise’ dan ini merupakan kejayaan para jurutera serta pereka CFMOTO yang ingin cetusan evolusi pemikiran dan kemodenan di peringkat global. Ini terbukti apabila jenama ini semakin agresif 'menyerang' pasaran global termasuk di Amerika Syarikat. Kemasukan model-model yang cun, cc besar dan mampu milik sedikit sebanyak menggugat pasaran jenama 'besar' di US.

Ok... kita sambung. Heritage merupakan varian pertama yang kami uji dan memang cukup mudah buatkan kita jatuh hati. Mungkin ketika itu (2022), CFMOTO tidak sepopular seperti sekarang ini maka hampir semua peminat motosikal yang kami temui sepanjang seminggu menunggang uji jentera ini memberikan respon yang positif terhadap jentera yang kami naiki itu.
Bentuk lampu depan LED 'X', posisi menunggang yang menegak, bunyi yang mantap membuatkan CL-X ini cukup sesuai buat mereka yang minat dengan jentera naked. Harganya juga tidak begitu mahal, RM30,300.

Tahun lepas kami diberi peluang oleh pihak CFMOTO Malaysia menunggang uji 700CL-X Adventure di Darlik, sebuah wilayah dan cukup nyaman yang terletak di Turki. Walaupun perjalanan itu tidaklah begitu jauh tetapi jujurnya varian Adv memang kena betul dengan jiwa.

Perbezaan untuk varian ini sangat jelas, dapat dilihat menerusi beberapa spesifikasi antaranya pemasangan skrin depan, tinggi pelana, berat, saiz/profil tayar, saiz brek dan banyak lagi. Dengan jentera itu, laluan berselekoh dapat diratah dengan cukup selesa dan meyakinkan. Pengendalian di ruang yang sempit dan permukaan mencabar juga tidak memberikan kerisauan. Harga untuk varian Adventure ialah RM35,888.

Paling baru, kami menunggang varian terakhir dalam senarai iaitu Sport turut memiliki spesifikasi enjin yang sama. Kalau dalam senarai harga jualan, model Sport berada di tengah-tengah iaitu RM33,800.

Nama pun 'Sport' kan, bererti varian ini hadir dengan pelana setinggi 795mm jenis 'single' dengan posisi menunggang yang sedikit menunduk. Kalau dulu, ramai yang hanya 'pandang sebelah mata' dengan motosikal buatan China terutamanya dari sudut rekabentuk atau kualiti binaan – kini pendapat itu memerlukan pemikiran semula kerana untuk CL-X Sport ini kelihatan sangat bagus.

Model ini nampak elegan... nampak mahal dengan terdapat kemasan ala 'carbon fibre' di beberapa bahagian seperti atas tangki, panel meter, tepi sistem penyejuk, dan bahagian tepi kiri dan kanannya.

Enjin Euro 5 yang berkuasa 70hp dan 61Nm tork ini memberikan tenaga pecutan yang cukup mantap lebih-lebih lagi jika kita CFMOTO 700CL-X Adventure yang diuji di Turki tahun lalu.
menggunakan mod Sport. Ya... ada dua mod tunggangan iaitu Eco dan Sport yang mempunyai perbezaan dari segi kuasa cukup ketara. Kami guna mod Sport di sepanjang perjalanan kerana sangat memuaskan hati!

Bar hendal jenis clip-on disediakan untuk varian ini dan dipadankan pula dengan cermin sisi jenis 'bar end'. Memang cun betul dan sesuai sekali.... nampak macam cafe racer pun ada.
Kalau nak kritik, ada satu iaitu panel meternya yang masih menggunakan paparan digital. Harapnya akan ada pembaharuan menukarkannya dengan panel meter TFT berwarna penuh beserta sistem sambungan media/navigasi.

Sistem transmisi 6 kelajuan pada siri CL-X (ketiga-tiga varian) dilengkapkan dengan sistem Slipper Clutch. Kalau 'next' model tambah dengan sistem Quick Shifter mesti lebih padu dan mantap! Menunggang di laluan berselekoh juga tidak menghampakan.

Melarikan sesebuah motosikal selaju 180km/j dan ke atas memang seronok. Semua 'rider' suka pecut dan kami juga tidak berkecuali tambah-tambah pula CL-X ini dilengkapkan dengan Cruise Control, memang lagi syioklah! Namun begitu, kita juga perlu memikirkan apakah ia juga dapat berhenti dengan cepat? Kalau kurang yakin, baik jangan laju-laju sangat.

CFMOTO yang kami uji ini didatangkan dengan tayar-tayar gemuk bersaiz 120/70-17 di depan dan 180/55-17 di belakang yang dikawal dengan cemerlang oleh brek cakera jenis Brembo Stylema. Betul… Brembo Stylema. Saiz brek hadapan untuk ketiga-tiga varian adalah sama iaitu 300mm tetapi hanya Sport yang didatangkan dengan brek belakang bersaiz 300mm manakala yang lain menggunakan brek cakera 245mm. Oh ya... sistem ABS juga tidak dilupakan!

Pelana varian Sport sedikit keras berbanding Adventure dan Heritage tetapi jujurnya sistem ekzos berbunyi seperti terlalu manja. Mungkin sesuai untuk Adventure tetapi kalau tanya kami, Sport kena lebih garang... lebih kuat bunyinya!

Ketika menunggang varian Adventure, saya secara peribadi cukup selesa dan memuji sistem saspensinya. Namun begitu untuk Sport ini ada sedikit kekeliruan. Tak ada 'komplen' pada kadar penyerapan bahagian depan (fork USD KYB 41mm) tetapi saspensi belakang (Cantilever, pra-beban & redaman boleh laras) agak keras sehingga terasa melompat-lompat di beberapa tempat yang kami lalui. Mungkin pihak CFMOTO dapat memberi tumpuan pada bahagian ini untuk varian Sport.

Selain dari itu, pengendalian 700CL-X Sport ini memang menyeronokkan. Ini termasuk pengalaman membawa motosikal seberat 205kg ini di dalam bandar. Nota: Varian Sport paling berat berbanding Heritage 196kg dan Adventure 203kg. Mula-mula tu risau juga takut cermin sisi 'bar end' akan sangkut ketika mencelah tetapi itu semua tidak berlaku – cermin sisi ini tidak terlalu menonjol keluar menjadikan kawalan di laluan sesak tidak terganggu.

Lampu-lampu jenis LED pada CL-X ini masih cantik bentuknya, tidak lagi rasa ketinggalan zaman lebih-lebih lagi pada bentuk 'X' lampu utamanya. Lampu belakang dan isyarat belakangnya juga jenis LED tetapi posisi lampu isyarat diletakkan bersepadu dengan madgad belakang (ketiga-tiga varian menggunakan rekabentuk ini).

Secara keseluruhannya, pengeluar motosikal kini makin bijak. Dengan hanya menawarkan satu enjin asas, kita diberi beberapa pilihan iaitu varian yang sesuai dengan karaktor, minat dan penggunaannya. CFMOTO 700CL-X Sport adalah satu daripada tiga varian yang kesemuanya berbaloi untuk dimiliki atas sebab spesifikasi dan nilai harganya. RM33,800 untuk sebuah motosikal secantik ini? Siapa ada 'bajet' memang patut milikinya. RR

Oleh: Khairil Azuan

Isu Pada

April 2024

Spesifikasi

Enjin2 silinder berkembar, 4 lejang, DOHC, sistem penyejuk cecair, Euro5
Isipadu693cc
Kuasa maksimum69.7hp pada 8,750rpm
Tork maksimum61.0Nm pada 6,500rpm
Brekcakera berkembar 300mm (depan) & cakera tunggal 300mm (belakang)
Tayar120/70-17 (depan) & 180/55-17 (belakang)
Tinggi pelana795mm
Berat205kg
Isi tangki13 liter
PengeluarCFMOTO Malaysia

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

BMW R 1300 GS - Ia Satu Revolusi, Bukan Evolusi

Suzuki GIXXER 250 - Lincah & Padu

Scrambler Ducati Full Throttle - Buatkan Perjalanan Lebih Seronok

Harley-Davidson Vance & Hines KoB Racer - Juara Mutlak 2023

Ducati Hypermotard 950 RVE - Aura Fesyen & Teknologi

Aveta Ranger Max Explorer - Prestasi Luar Jangkaan

Aprilia SR GT 200 Sport - Sensasi, Unik & Gaya Moden

Nikmati Gaya & Keseronokan Royal Alloy GP250S Youth Edition

Disyorkan untuk anda
Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.

Dari Litar

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa buah bandar di Utara Sepanyol yang turut melibatkan komuniti di Valancia, pihak Dorna telah mengumumkan bahawa GP Valencia yang dijadualkan berlangsung pada 15-17 November nanti telah dibatalkan.