Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 3 Mac 2024

Aprilia SR GT 200 Sport - Sensasi, Unik & Gaya Moden

Setuju atau tidak jika kami katakan jenama Aprilia sering dikaitkan dengan motosikal yang memiliki hantaran kuasa tinggi, tangkas di selekoh dan kemampuan memecut dengan pantas. Kalau menghasilkan skuter pun, kita pernah diperkenalkan dengan SRV850 yang memang besar dan laju ‘ya amat!’ Selain daripada itu, antara model-model skuter Aprilia lain yang pernah dihasilkan ialah Area 51, Mojito, Scarabeo, SXR, SR dan Sportcity.

Apabila Aprilia kini berada di bawah payung besar Piaggio, sudah pasti siri skuter kembali aktif dan diperkenalkan semula untuk memberi saingan dalam segmen ini. Aprilia SR GT 200 Sport adalah model yang kami telah uji dengan jarak perjalanan mencapai 800 kilometer. Ya... dengan skuter ini kami merayap jauh.

Asasnya, sebuah skuter direka untuk kegunaan kawasan bandar kerana ia mudah dikawal, tidak kecoh dengan proses penukaran gear, ada ruang simpanan barang dan santai. Namun begitu, sedikit berbeza dengan SR GT 200 ini yang hadir dengan rekabentuk yang sedikit mirip dengan jentera kembara.

Lihat sahaja kepada rekaan fork hadapannya yang panjang, bar hendal yang agak tinggi (berbeza dengan kebanyakan skuter) dan solid, skrin pengadang angin yang tinggi, kelegaan tanah setinggi 175mm, dan tayar-tayar knobby yang saiznya juga tidak sekecil skuter biasa.

Namun begitu, rekabentuk lampu dan fairing pula cukup aerodinamik. Siap ada ‘winglet’ macam MotoGP lagi di bahagian sisinya. Bentuk lampu depan memang ‘A’ – macam superbike, pendek kata bahagian depan memang sporty. Jadi… ia menggabungkan di antara jentera sporty dan kembara? Sememangnya betul, SR GT 'hadiah' buat mereka yang ingin menikmati perjalanan lebih jauh, menjangkaui sifat asal sebuah skuter yang selalunya untuk kegunaan bandar.

Pelananya setinggi 799mm, agak tinggi untuk sebuah skuter dan itu memang kesukaan kami, mudah nak tengok keadaan trafik di depan. Seperti yang disebut di atas, saiz tayarnya agak berbeza iaitu 110/80-14 (depan) dan 130/70-13 di belakang. Terdapat ruang simpanan bawah pelana yang boleh memuatkan satu topi keledar diikuti ruang simpanan barang di depan yang hanya boleh kita isi barang-barang bersaiz kecil sahaja.

Kemantapan pecutan Aprilia ini datangnya dari enjin 174cc, silinder tunggal, Euro 5, 4 lejang yang kini disempurnakan dengan sistem i-get berserta Start&Stop bagi tujuan penjimatan bahan api. Apa itu i-get dan Start&Stop?

Sistem i-Get ini adalah singkatan bagi Italian Green Experience Technology yang dihasilkan bertujuan untuk enjin lebih bersih dan pengeluaran karbon yang selamat untuk persekitaran. Sistem Start&Stop pula adalah untuk penjimatan bahan api. Bila kita tekan /On suisnya, maka enjin akan 'dimatikan' secara automatik apabila jentera dalam keadaan melahu (seperti di lampu isyarat) dan jika ingin kembali bergerak, pulas saja pendikitnya.

Dengan enjin yang menjanakan hantaran kuasa 17.4hp pada 8,500rpm dan tork 16.5Nm pada 7,000rpm, memecut dari 0km/j-80km/j memang best. Laju maksimum yang dapat dicapai oleh Aprilia ini ialah 130km/j tetapi mungkin disebabkan profil tayar yang tidak 100% untuk kegunaan jalanan biasa, terasa juga sedikit gegaran pada bahagian hendal bila berada dalam kelajuan 110km/j.

Lantai pemijak juga cukup luas dengan dua posisi untuk kaki kita termasuk bahagian depan yang bersudut agak tinggi - membolehkan kita melunjurkan kaki dan mendapatkan kedudukan lebih selesa untuk perjalanan jauh. Dengan berat yang hanya 145kg, skuter ini cukup mudah untuk ditunggang atau dialihkan pada bila-bila masa.

Lampu-lampu LED yang disempurnakan pada Aprilia ini sangat membantu khususnya dari segi visual oleh kenderaan lain. Dari jauh kita sudah nampak SR GT bergerak menghampiri kenderaan dengan pantas. Suluhan di waktu malam tak payah cakaplah, memang terang habis!

Apabila masuk ke bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Ipoh dan George Town, kelincahan SR GT ini memang mengasyikkan. Ia ringan, tangkas dan ramping. Sup… sap... sup... sap... dah lepas ke depan. Seperti dijangka, ramai yang terpesona dengan model ini. Amat jarang sekali skuter Aprilia dilihat di sesetengah daerah maka macam-macam soalan kami ditanya.

Dari laluan lurus luas di lebuhraya, kami menukar laluan masuk ke kawasan luar bandar yang sudah pastinya lebih nyaman dan relaks. Tayar-tayar yang gemuk, sistem saspensi hadapan jenis teleskopik hidraulik yang digabungkan dengan penyerap hentak belakang juga jenis hidraulik menyumbang kepada 'keenakan' meratah laluan-laluan berliku.

Tayar-tayar SR GT ini dilengkapkan dengan brek cakera paling besar dalam kelasnya iaitu 260mm (jenis berpetak) beserta ABS yang cukup padu khususnya bila ditunggang dalam cuaca yang kurang baik. Jenis tayar dan jarak kelegaan tanahnya yang baik (175mm) membolehkan kita menikmati laluan-laluan luar bandar dengan lancar.

Berbual dengan orang-orang kampung di gerai tepian jalan memang sangat seronok. Masing-masing buka kisah motosikal dari zaman dulu hingga kini dan ramai juga yang tahu jenama Aprilia, tapi model-model superbike lah. Bila melihat SR GT dari dekat, memang dapat pujian sebab lawa dan menyerlah warnanya!

Menunggang skuter ini di waktu malam juga tidak merisaukan kerana suluhan daripada lampu-lampunya cukup terang dan syok pula tengok rekabentuk lampu belakangnya yang moden. Panel meter digital skuter memaparkan maklumat-maklumat penting seperti tahap kelajuan, putaran RPM, jam, jarak perjalanan, suhu enjin dan tahap bahan api dengan jelas sekali.

Tak sangka, kembara bersama SR GT ini bukan sahaja tidak memenatkan tetapi cukup seronok asalkan jangan terkejar-kejar. Posisi menunggangnya yang menegak, pelana yang empuk, ruang kaki yang luas dan tahap penyerapan sistem saspensi depannya yang baik telah mempertingkatkan tahap keselesaannya. RR

Oleh: Khairil Azuan

Isu Pada

Mac 2024

Spesifikasi

EnjinSilinder tunggal, 4 lejang, 4 injap, SOHC, siste, i-get, Euro5
Isipadu174cc
Kuasa maksimum17.4hp pada 8,500rpm
Tork maksimum16.5Nm pada 7,000rpm
Tayar110/80-14 (depan) & 130/70-13 (belakang)
Saspensifork teleskopik (depan) & penyerap hentak berkembar (belakang)
Brekcakera 260mm, ABS (depan) & cakera 220mm (belakang)
P x L1,920mm x 765mm
Tinggi pelana799mm
Isi tangki9 liter

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Suzuki V-Strom 800DE: Sesuai Untuk Perjalanan Jauh & Dekat

Santai Bersama Yamaha: MT-09 Syok Ke Mana Sahaja!

Honda XL750 Transalp: Antara Jentera Kembara 'Middle Weight' Yang Terbaik?

Bajaj Freedom 125 CNG: Bukti Bahan Api 'Gas' Lebih Praktikal

MODENAS Z250 ABS – Senang, Selesa, Sempoi!

Honda NX500: Lebih Padu... Lebih Syok...

Kemunculan Semula Moto Morini Cukup Mantap Dengan Calibro & Calibro Bagger 700

KYMCO AK550: Mewah, Elegan & Praktikal

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.

Dari Litar

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Perlumbaan MotoGP pusingan 2 di Argentina baru-baru ini ternyata memberikan kenangan manis buat pasangan adik beradik Marc dan Alex Marquez yang memenangi perlumbaan masing-masing di tempat pertama dan kedua. Platform media sosial 'meletup' dengan pelbagai video aksi kedua-dua pelumba tersebut.

Model Baru

X-Wedge Sedia 'Gegarkan' Pasaran Cruiser Negara. Cadang Buka 4 Cawangan Pengedar

X-Wedge merupakan jenama premium di China yang menawarkan motosikal berkonsepkan Cruiser. Ya...Berbanding dengan kebanyakan jenama lain yang memberi fokus pada jentera-jentera skuter maksi, kembara dan sportbike, X-Wedge menceburi pasaran yang berbeza sama sekali.