Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 9 Mac 2024

Aveta Ranger Max Explorer - Prestasi Luar Jangkaan

Jika ada pengguna motosikal yang memandang rendah pada model Aveta Ranger Max Explorer tanpa mengujinya maka dia sudah tersilap besar. Kemampuan dan prestasi jentera cub kembara yang diperkenalkan ke pasaran negara November tahun lalu dengan nilai pasaran sekitar RM7,000 sahaja.

Dari segi saiz, motor ini memang kecil molek. Panjangnya 1,920mm, tapak roda pula hanya 1,280mm, tinggi tempat duduk pula 760mm dan ia seberat 115kg sahaja. Ini menjadikan Aveta Ranger Max Explorer cukup mudah untuk ditunggang dan dikawal terutamanya oleh peminat jentera lasak baru termasuk wanita. Boleh dikatakan model ini adalah pilihan baru buat mereka yang berjiwa adventure sama ada sebagai motosikal kedua bagi rider otai (nak santai-santai) atau sebagai jentera latihan asas buat penunggang-penunggang baru.

Buat salah seorang dari kami memang terasa kecil sangat pun ada. Dia hampir 6 kaki dengan kasut bersaiz 13 (inci), memang kurang sesuai lah untuk ke hulu hilir dengan Aveta ini. Bukan tak boleh ye (sebab dia dah try, memang takde masalah)... cuma dirasakan tidak begitu sesuai.

Aveta direka unik dengan menggabungkan citarasa retro dan nilai kembara lasak yang membuatkan ramai sudah mula jatuh hati. Mungkin mula-mula orang kurang pasti dengan konsep sebegini tetapi apabila melihatnya lebih dekat, ya... memang berbaloi untuk dijadikan kenderaan harian. Ranger ini juga bukanlah sebuah motosikal pilihan buat mereka yang inginkan kelajuan. Kalau untuk ke kebun, memancing, berkhemah atau layan off road biasa memang terbaiklah.

Ranger Max Explorer dikuasakan oleh enjin 127cc, sistem penyejuk udara, 4 lejang, SOHC yang memberikan hantaran kuasa setinggi 7.5k pada 8,000rpm dan tork 10.5Nm pada 5,500rpm. Boleh dihidupkan dengan dua cara iaitu tendang dan elektrik.

Saiznya yang cute menarik minat penunggang muda dan tua, lelaki mahupun wanita. Sistem pencahayaan adalah jenis LED yang cukup terang tetapi bila tekan suis 'High Beam', nah.... suluhan lampu unit yang kami uji ini dah nak sampai ke atas pokok. Tinggi sangat! Panel meternya jenis digital – jelas betul bila di waktu malam! Selain daripada itu, haba panas yang terhasil daripada sistem ekzos tingginya mengganggu tunggangan ketika bersantai di tengah-tengah kota. Pakai jeans pun terasa ya!

Ketika menunggangnya di lebuhraya, laju maksimumnya sekitar 115-117km/j. Ada sedikit masalah yang telah kami kongsikan dengan pihak Aveta. Terjadi 'semput-semput' bagaikan bahan api tak sampai sepenuhnya – kelajuan ketika itu 90km/j. Ia berlaku ketika tangki bahan api kurang daripada separuh. Bila isi penuh tangkinya (8.5 liter), masalah tadi tidak lagi berulang. Kami rasa ia berkaitan dengan 'fuel pump' dan pastinya pihak Aveta dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera.

Kami berkumpul di Moto Maniac Dirt Bike Rental & Tours Malaysia. Masing-masing dah teruja untuk melihat kemampuan sebenar Aveta. Okay sebelum tu, jemput datanglah ke Moto Maniac dan rasai sendiri keseronokan menunggang off road yang ditawarkan. Ada macam-macam pakej (Novice, Intermediate, Advance & Tour 2H1M) dengan berbagai motor lasak menarik yang boleh anda pilih pada harga berpatutan.

Kalau berminat, jemput ke Moto Maniac Travel Adventures Sdn Bhd, No. 57, Jalan Bayu Permai 5, 48000 Rawang, Selangor. Dibuka setiap hari (Isnin hingga Ahad) dari jam 7.00 pagi – 9.00 malam. Telefon: +6011-5401 6002 atau email: [email protected].

Aveta akan dibawa ke laluan off road yang tidaklah terlalu sukar – sesuai dengan saiz dan isipadu enjin serta sistem breknya (cakera depan, gelendong belakang). Perjalanan bermula dengan laluan jalan raya biasa yang sejauh 8 kilometer. Setiap kali tiba di lampu isyarat, ramai yang memandang satu-satunya motosikal cub cross kecil berwarna kuning berada seiring de-ngan model-model motocross lain yang tinggi-tinggi belaka. 'Depa' pandang rendah la tu!

Sebaik sahaja tiba di laluan lasak, masing-masing menarik kekuatan enjin jentera masing-masing untuk dapatkan momentum di kawasan yang curam. Rider paling depan naik 450cc, memang 'celah gigi' sahajalah laluan macam ni! Tayar standard Ranger Max Explorer jenis knobby atau jagung bersaiz 18-inci depan dan 16-inci belakang sudah cukup 'syiok' di laluan-laluan lasak, becak, berlopak dalam dan berpasir. Tapi kalau pakai tayar 'dadu' mesti lagi ummph!

Mengganggu emosi betul bila ruang tuas gear yang sempit menyukarkan kami yang berkaki besar menukar kedudukan gear dengan cepat bila tiba waktunya. Ada kala tertekan sampai gear satu, ada pula ketikanya masih cuba menambah gear walaupun sudah di posisi gear keempat. Haru jugalah bila dalam keadaan mengelak lubang, akar, batu...

Brek enjin model ini agak ringan dan sistem klac memperlahankan sedikit pendakian khusus di cerun bukit berbatu jika dibandingkan jentera motocross biasa. Bukan tak boleh naik tapi payah sikitlah! Perlu guna lebih tenaga dan skil pengendalian. Laluan yang disediakan oleh pihak Moto Maniac memang best! Aveta ini dikerahkan ke laluan sukar, tanah merah, ladang kelapa sawit dan menaiki jambatan tinggi kayu yang menggerunkan hati buat sesiapa yang ada akrofobia atau fobia di tempat-tempat tinggi.

Yang ini kami puji! Walaupun hanya moped kembara 125cc, pecutannya memang tidak menghampakan. Salah seorang dari kami memang 'selamber' je mengekori dua buah jentera 250cc dengan jarak yang agak dekat. Kawalan lebih mudah khususnya di kawasan-kawasan yang sempit.

Model ini dipadankan dengan fork teleskopik di hadapan dan penyerap hentak berkembar (dengan tabung gas) di belakang yang memiliki kadar penyerapan cukup baik. Disebabkan tidak arif dengan selok belok laluan yang dipilih, beberapa kali juga Aveta ini terjun masuk ke dalam 'kolam' yang agak dalam tetapi mujurlah ia mudah sekali untuk dikawal.

Bagi mereka yang suka berkhemah, terdapat rack depan dan belakang yang boleh kita ikatkan khemah, kerusi lipat, sleeping bag, kotak barang, dan beg pakaian. Ruang barang di tengah-tengah pun cukup luas bagi mereka yang ingin menambah lagi barangan jika mengembara jauh.

Lihat sahaja kenalan RR iaitu saudara Eirwan Ahmad yang mengembara ke sempadan Myanmar selama 11 hari menggunakan Ranger Max Explorer ini dengan jarak perjalanan lebih daripada 4,500 kilometer. Layari Youtube/Tik Tok - Eirwan Ahmad untuk perkongsian perjalanannya. Ini bererti, model ini juga bukan setakat untuk 'healing' dalam hutan sahaja, nak kembara ribuan kilometer pun boleh!

Dikhabarkan jentera ini mendapat permintaan cukup tinggi di Sabah dan kini sudah 'merebak' ke negeri-negeri di semenanjung, bermula dengan Selangor. Hasil gabungan bijak dua rekacipta dan karaktor untuk sebuah moped mampu milik, maka Aveta seharusnya terus memberi pendedahan mengenai model ini kerana ramai yang akan menyukainya. RR

Isu Pada

Mac 2024

Spesifikasi

Enjinsistem penyejuk udara, 4 lejang, SOHC
Isipadu127cc
Kuasa maksimum7.5kW pada 8,000rpm
Tork maksimum10.5Nm pada 5,500rpm
Brekcakera (depan) & gelendong (belakang)
Saspensifork teleskopik (depan) & penyerap hentak berkembar + tabung gas (belakang)
P x L x T1,920mm x 720mm x 1,150mm
Tinggi pelana760mm
Berat kering115kg
Isi Tangki8.5 liter

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Suzuki V-Strom 800DE: Sesuai Untuk Perjalanan Jauh & Dekat

Santai Bersama Yamaha: MT-09 Syok Ke Mana Sahaja!

Honda XL750 Transalp: Antara Jentera Kembara 'Middle Weight' Yang Terbaik?

Bajaj Freedom 125 CNG: Bukti Bahan Api 'Gas' Lebih Praktikal

MODENAS Z250 ABS – Senang, Selesa, Sempoi!

Honda NX500: Lebih Padu... Lebih Syok...

Kemunculan Semula Moto Morini Cukup Mantap Dengan Calibro & Calibro Bagger 700

KYMCO AK550: Mewah, Elegan & Praktikal

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.

Model Baru

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya memperkenalkan skuter adventure generasi terbaru untuk pasaran negara iaitu Honda X-ADV 750 2025.

Model Baru

Produksi Ducati XDiavel V4 bermula. Akan dipasarkan ke Eropah terlebih dahulu bermula Mei ini.

Ducati memaklumkan bahawa pengeluaran untuk jentera 'Sport Cruiser' XDiavel V4 baru telah pun bermula.

Pandu Uji

Santai Bersama Yamaha: MT-09 Syok Ke Mana Sahaja!

Okay...sekarang masa untuk menikmati MT-09 V4 pula, Saya dan Redz bertukar-tukar motor, nanti boleh borak tentang perbezaan dan persamaan antara kami berdua. Tinggi Redz sekitar 168cm dan saya pula 179cm, mesti lah ada beza kan?