Isu Terkini

Julai 2024

Pandu Uji / 7 November 2020

KEEWAY K-Light 202 Jentera Cruiser Mampu Milik

Bila imbas kembali pada era 50an dan 60an, motosikal pada zaman tersebut kebanyakannya terdiri daripada jentera retro. Ternyata pada masa kini banyak pengeluar motosikal di dunia tetap mengeluarkan jentera-jentera seperti ini tetapi telah disempurnakan dengan sentuhan lebih moden untuk menarik minat para penunggang dua roda. Ini kerana jentera klasik masih lagi mendapat perhatian ramai terutamanya dari golongan veteran dan muda.

Keeway K-Light 202 merupakan sebuah jentera cruiser yang mengekalkan ciri-ciri retro moden dengan menawarkan tunggangan yang santai dan penuh bergaya. Selain kelihatan cukup anggun di atas jalan, sebuah mesin cruiser juga adalah pilihan utama buat mereka yang gemar mengembara kerana ia amat menjimatkan, posisi tunggangan yang selesa dan mudah untuk dikendalikan.

K-Light boleh dihidupkan dengan dua cara, iaitu elektrik dan tendang. Jika ingin merasa seperti menunggang jentera lama gunakanlah penghidup kaki. Kalau nak cepat dan mudah, tekan sahaja suis di panel bar hendal sebelah kanan. Sebaik sahaja enjin bersesaran 197cc berputar, bunyi yang terhasil menerusi corong ekzosnya ternyata senyap dan merdu untuk didengar.

Panel meternya telah direka berbentuk bulat untuk mengekalkan ciri-ciri jentera cruiser retro. Dengan pengedaran masa, ianya telah disempurnakan dengan paparan digital yang ringkas sahaja tetapi cukup informasi seperti kadar kelajuan, putaran rpm, tahap bahan api dan jarak perjalanan. Manakala pada simbol yang berwarna di bawah meter terdiri daripada lampu tinggi, lampu isyarat dan penunjuk kedudukan gear neutral.

Oleh kerana ia merupakan sebuah motosikal cruiser, tidak menjadi satu masalah buat sesiapa pun untuk menaikinya. Ketinggian pelana cuma 715mm, ia membolehkan golongan yang rendah untuk memanjat ke atasnya dengan mudah sekali. Walaupun jentera ini memiliki berat 143.5kg, ia mudah untuk digerakkan. Pada pendapat kami, penunggang wanita juga tidak mengalami masalah untuk memacunya kerana jentera ini rendah.

Sebaik sahaja bergerak, kami dapat rasakan enjin silinder tunggal, empat lejang dengan sistem penyejuk cecair dapat berputar dengan lancar. Dengan kuasa maksimum 9.6kW pada 7,500rpm dan tork 13Nm pada 6,000rpm, respons di antara pendikit dengan enjin membuatkan kami sentiasa ingin memulas pendikitnya lebih lagi. Sistem transmisi 5 kelajuan cukup lancar. Penukaran setiap kedudukan gear dapat dilakukan tanpa ia tersangkut-sangkut.

Kami memacu jentera ini di kawasan lebuhraya. Ya! K-Light bukan dibina untuk pecutan. Sudah jadi tujuan utama bahawa mesin-mesin cruiser dibuat demi menawarkan tunggangan yang santai. Maka, kelajuan yang paling ideal adalah sekitar 110 km/j sahaja.

Apa yang perlu diketengahkan adalah ketika memecut dengan laju, kami dapat rasakan gegaran kuat dari bahagian bawah sehingga atas. Dengan gegaran sebegini bahagian kaki dan lengan akan cepat lenguh. Mujurlah posisi tunggangan cukup selesa dan didatangkan pula dengan pelananya yang empuk, penunggang dapat melupakan seketika gegaran tersebut.

Walau bagaimanapun, harap masalah sebegini dapat diatasi oleh pihak pengeluar.

Kami meninggalkan lebuhraya untuk bersiar-siar pula dalam kawasan bandar. Dengan pengendalian yang mudah, K-Light memiliki panjang (2,120mm) dan lebar (800mm) juga amat sesuai untuk tunggangan dalam kawasan bandar. Mencelah di jalan-jalan yang sesak dengan trafik juga sangat mudah menggunakan jentera ini. Keyakinan dalam diri perlu ada untuk menempuh segala cabaran di hadapan. Apa yang penting, tungganglah berhati-hati jangan tergesa-gesa seperti mengejarkan sesuatu.

Apabila berada di laluan berselekoh, K-Light ini tidak mengecewakan kerana dibekal dengan set tayar bersaiz 90/9017 (hadapan) dan 130/90-15 (belakang). Kami dapat mengambil selekoh dengan yakin bersama jentera ini. Permukaan tayar pada mesin ini menggigit dengan cukup baik sekali tetapi ketika berada di laluan yang basah, tungganglah dengan berhatihati.

Ini amatlah penting, terutama buat penunggang yang baru. Terlalu banyak kes kemalangan melibatkan penunggang gagal mengambil selekoh dengan baik, kita sebagai penunggang perlu peka dengan keadaan sekeliling. Untuk menampakkan K-Light lebih menarik, rim pada jentera ini telah diperkemaskan dengan kemasan berwarna krom pada jejarinya.

Sistem saspensi yang baik amat diperlukan ketika melalui di jalan-jalan berliku. Saspensi hadapan teleskopik dengan lengan ayun berspring yang disempurnakan pada model K-Light ini boleh dipuji. Kami tidak terasa melompat-lompat ketika melalui jalan-jalan yang tidak menyenangkan. Proses hentakannya dapat bekerja dengan cukup baik. Walaupun menunggang berdua, sistem saspensi belakangnya berjaya menyerap setiap hentakan dan bentuk muka bumi dengan cukup sempurna. Ia dapat memberikan keselesaan buat penunggang dan pembonceng. Sayang sekali ruang pelana untuk pembonceng sangat terhad, terutama bagi yang berbadan besar, jika kecil tiada masalah.

Ada permukaan jalan raya di negara ini tidak selamat khususnya di kawasan luar bandar. Perkara sebegini amat membahayakan buat penunggang motosikal mahupun empat roda. Kadang-kadang bila melalui di laluan gelap, secara tiba-tiba ada jalan yang mempunyai lubang dalam dan besar akan menyebabkan penunggang perlu membrek secara mengejut. Betapa pentingnya sistem brek pada sesebuah motosikal tidak kira ianya bersesaran kecil atau besar. Dengan memiliki brek cakera hadapan 280mm dan belakang 240mm, kami dapat memberhentikan K-Light dengan selamat sekali. Jika ada penggunaan sistem ABS lagi menarik!

Apa yang merisaukan kami, brek belakangnya terlalu mencengkam sehingga boleh menyebabkan tayar belakang mudah tergelincir di laluan yang kering walaupun hanya ditekan sedikit. Bagi yang tidak biasa pasti akan hilang kawalan sewaktu membrek dengan keras. Masalah ini harus diteliti dan diperbaiki oleh pihak pengeluar atas faktor keselamatan untuk pemiliknya.

Bagi mereka yang gemarkan menunggang pada waktu malam, jentera ini amat sesuai kerana lampu utamanya berbentuk bulat mampu memberikan pencahayaan cukup terang untuk penunggang mudah melihat segala bahaya yang ada di hadapan. Lampu belakangnya jenis LED disusun dengan kemas malah memudahkan penunggang dilihat dari belakang oleh kenderaan lain.

K-Light dikuasakan oleh sistem bahan api jenis karburetor, tahap penjimatan bahan apinya sangat memuaskan. Dengan isian penuh 11.8 liter, jentera ini mampu membawa kami bersiar-siar sehingga 260 kilometer. Ia bukanlah sebuah mesin yang pantas tetapi cukuplah mampu membawa kami ke mana sahaja yang ingin dituju.

Jentera ini didatangkang dalam dua pilihan warna iaitu merah dan hitam. K-Light boleh dimiliki pada harga R M 8,588. Ayuh ke pusat pengedarsah Keeway untuk mendapatkan sebuah unit. RR

Isu Pada

Oktober 2019

Spesifikasi

Enjin4 lejang, silinder tunggal, sistem penyejuk cecair
Isipadu197 cc
Gerek x Lejang63.5 x 62.2 mm
Nisbah mampatan8.3:1
Kuasa maksimum9.6kW pada 7,500 rpm
Tork maksimum13Nm pada 6,000 rpm
Tinggi pelana715 mm
Isi tangki11.8 liter
Berat 143.5 kg
PengedarMforce Bike Sdn Bhd

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

BMW R 1300 GS - Ia Satu Revolusi, Bukan Evolusi

Suzuki GIXXER 250 - Lincah & Padu

CFMOTO 700CL-X Sport: Model Akhir 3 Beradik

Scrambler Ducati Full Throttle - Buatkan Perjalanan Lebih Seronok

Harley-Davidson Vance & Hines KoB Racer - Juara Mutlak 2023

Ducati Hypermotard 950 RVE - Aura Fesyen & Teknologi

Aveta Ranger Max Explorer - Prestasi Luar Jangkaan

Aprilia SR GT 200 Sport - Sensasi, Unik & Gaya Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) sehingga kini telah pun menyerahkan sejumlah 1,092 unit motosikal elektrik iaitu MEV-1 Pro khusus kegunaan pihak Pos Malaysia Berhad.

Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.

Model Baru

Aprilia RS457 Dilancarkan. Harga dari RM33,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model 'superbike' terbaru iaitu Aprilia RS457.