Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 28 Mei 2023

WMOTO XDV250i - Motor Eksklusif, Harga Marhean

WMOTO RT3 dan WMOTO ES250i merupakan antara model automatik yang semakin popular di pasaran negara sekarang ini. Kedua-dua model ini memiliki karaktor dan sifat yang menepati citarasa para peminat skuter khususnya. Pada pertengahan Disember lalu, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd sekali lagi 'menggemparkan' segmen skuter tanahair apabila memperkenalkan skuter urban adventure terbaru iaitu XDV250i.

Lebih mengejutkan apabila Ketua Pengawai Operasi (COO), En. Asri Ahmad mengumumkan harga untuk kedua-dua varian yang memang berbaloi. Bagi varian Standard, harganya cuma RM18,888 manakala harga untuk varian Project-X ialah RM21,888. Mampu milikkan?

Dengan menggunakan tagline "Ketangkasan Sebenar,” XDV250i memiliki rekabentuk yang cukup sporty dan maskulin. Terdapat dua varian iaitu Standard dan Project-X. Varian Project-X hadir dengan aksesori tambahan dan berbeza seperti cermin penghadang angin yang lebih tinggi, spoke rim tanpa tiub serta terdapat tiga kotak barangan jenama YH Pro di bahagian sisi dan belakang.

Selepas saja selesai majlis pelancaran model ini, pihak Mforce telah memberikan setiap media yang hadir seunit XDV untuk diuji selama seminggu. RR dapat XDV Project-X atau kami pendekkan kepada PX!

Ok... seperti yang dikongsikan tadi, versi PX ini dilengkapi dengan kotak barang tepi (kiri kanan) dan top (belakang). Memang agak susah juga nak menyelit dalam kesesakan lalulintas. Ketika itu kami dari Sunway menuju Puchong. Kawan-kawan di KL memang tahulah keadaan trafik di kawasan ini pada jam 6.00 petang. 'Pishang' dibuatnya.

Oleh kerana 'jem' terlalu dahsyat ditambah pula hujan yang lebat, kami terpaksa berhenti di R&R. Walaupun XDV ini baru pertama kali dibawa ke jalan raya biasa, rupa-rupanya ramai yang sudah kenal... sudah menunggu ketibaannya di pasaran. Menarik ni!

Antara komen mereka yang baru melihatnya buat pertama kali ialah rekabentuk lampu (jenis LED) yang moden dan sangat cerah, cermin pengadang angin boleh laras, panel meter digital dan kotak barang yang luas.

Betul apa yang mereka katakan tu. XDV dipadankan dengan pakej lampu-lampu LED yang sangat terang. Ini termasuk lampu projektor, lampu kabus dan lampu DRL. Memang kami dah 'cuba try test' waktu malam, sangat terang! Turut menjadikan skuter ini menarik hati ialah suis-suis pada bar hendalnya yang mempunyai lampu latar belakang atau Backlight Control Housing (berwarna biru) yang membantu kita dapat melihat setiap suis dengan lebih jelas ketika menunggang di waktu malam.

Pelananya setinggi 800mm – sesuai untuk semua jenis penunggang dan hanya seberat 159kg. Senang sekali untuk dikawal, baik dalam kelajuan rendah mahupun ketika memecut.

Dengan saiz yang sempurna, bebanan yang dibawa dalam kotak-kotak barang langsung tidak mengganggu pergerakan. Tidak terasa terhoyong hayang ketika memecut cuma bila sampai tempat 'jem' memang susahlah nak mencelah. Tapi tak mengapa, kotak sisinya sangat mudah untuk ditanggalkan. Bila ada plan nak masuk bandar, pakai 'top box' saja ye.

Ahh.... empuk sungguh pelananya. Oleh kerana malam sebelumnya kami 'berjuang' untuk melalui jalan yang sesak teruk, tak sempat nak nikmati skuter ini. Hari ini barulah kami kembali duduk di atasnya. Kami juga baru dapat tahu (ketika itu) bahawa bar hendalnya juga boleh dilaras dengan tujuan untuk membolehkan pemiliknya memilih posisi menunggang dengan selesa.

Panel meter digitalnya memaparkan pelbagai info standard seperti tahap kelajuan, jarak perjalanan, tahap bahan api, putaran rpm, suhu, jam dan lain-lain. Ada satu keistimewaan WMoto ni, ia ada paparan TPMS atau Tyre Pressure Monitory System yang akan memberi amaran kepada kita (menyala) apabila tahap tekanan tayar semakin berkurangan iaitu di bawah 200Kps atau melebihi 320Kps. Rasanya belum ada sebarang model motosikal di bawah 250cc yang ada sistem ini.

Ruang lantai untuk kaki bersaiz 10” dan ke atas memang dirasakan agak kecil sedikit tapi boleh je kita nak adjust kedudukan kaki. Bahagian lantai dikemaskan dengan pad Aluminium Alloy Anti-Skid yang direka untuk menambah cengkaman kaki apabila menunggang di dalam hujan. Di bawah tempat pemijak, terdapat brace bar yang disepadukan dengan kerangka untuk tujuan ketegaran dan mengelak calar pada bahagian cover set ketika kita 'layap lap'!

Model ini menggunakan sistem kunci pintar dengan alat kawalan jauh yang kita boleh gunakan untuk Mencari Lokasi Motor, Penggera Anti-Kecurian dan Hidup/Matikan sistem utama.

Deruman enjin 244cc, SOHC, 4 injap, sistem penyejuk cecair, EFI memang cukup segar dan stabil. Bila rpm ditinggikan lagi, barulah keluar bunyi garangnya. Tenaga XDV mula dirasa hadir dengan mantap apabila putaran rpm melebihi 4,000rpm dan ia dapat dipecut pada kelajuan maksimum sekitar 140km/j tetapi paling ideal tentulah pada 110km/j.

Dengan kuasa maksimum setinggi 24hp pada 8,750rpm dan tork 23Nm pada 6,750rpm, kita mudah memotong dan meninggalkan kenderaan lain – terutama sekali bas atau lori. Ketegaran kerangkanya juga memberi kestabilan tinggi apabila kita memulas pendikit di laluan lurus dan juga apabila dipintas oleh kenderaan besar seperti 4X4 yang memecut di lebuhraya dengan 'kelajuan cahaya!’

Banyak kes kemalangan di negara kita melibatkan penunggang motosikal, angka itu kita tidak nafikan tetapi adakah adil kesalahan itu diletakkan pada bahu penunggang motosikal sahaja? Dengan adanya rakaman yang ditularkan di media sosial, kita boleh lihat dan nilai sendiri salah silap siapa.

Berapa banyak kes kereta atau lori yang melawan arus? Berapa banyak kereta, bas, van, lori yang menukar lorong sesuka hati? Berapa ramai pemandu yang lalai akibat menggunakan telefon pintar? Berapa ribu pemandu yang berada di jalan raya dalam pengaruh alkohol/dadah. Jadi, tungganglah dengan selamat, bijak, peka dan jangan lupa doa agar kita dilindungiNya.

Okay, kembali ke XDV. Cermin pengadang anginnya boleh dilaras pada tiga ketinggian berbeza – sesuai untuk tunggangan di kawasan urban dan selesa ketika menunggang laju. Pendek kata, memang baguslah ada cermin boleh laras macam ni.

WMoto XDV250i didatangkan dengan sistem fork hadapan jenis terbalik dan penyerap hentak boleh laras di bahagian belakang dari KYB. Pakej ini memang sesuai dengannya yang direka untuk tunggangan santai dan pengembaraan. Cengkaman tayar-tayar bersaiz 110/70-13 (depan) dan 130/70-13 (belakang) tidak menghampakan. Setiap kawasan berselekoh dapat diratah tanpa rasa ragu-ragu. Cuma kalau ada 'power' lebih sikit mesti lebih ummph!

Dengan menunggang varian Project-X, kita memang boleh mengembara ribuan kilometer tanpa masalah. Ruang barang yang sangat luas, posisi menunggang yang selesa dan enjin yang memuaskan hati.

Bagi mereka yang memilih varian standard, ruang simpanan bawah pelana juga tidak mengecewakan langsung. Ia bersaiz 26 liter dan sudah cukup luas untuk kita simpan topi keledar pun. Terdapat dua suis untuk membuka pelana XDV ini, satu di bahagian kunci utama dan satu lagi terletak pada bar hendal. Terdapat juga ruang simpanan bersaiz kecil di depan yang turut dilengkapi dengan port pengecas.

Kami menunggang lebih daripada 240 kilometer dengan isian penuh tangkinya yang bersaiz 13.5 liter. Jalan basah... jalan kering... selekoh kecil... selekoh lebar... dah kami lalui. Sistem ABS yang dipadankan pada brek-brek cakera model ini menambah keyakinan. Betul tak XDV ini sebuah skuter mewah dan eksklusif tetapi harganya tidak terlalu tinggi, cukup berbaloi untuk dimiliki. Jangan buang masa, kunjungi wakil pengedar WMoto berhampiran dengan anda untuk lihat XDV ini dengan lebih dekat. RR

Isu Pada

Februari 2023

Spesifikasi

enjin4 lejang, 4 injap, SOHC, sistem penyejuk cecair, EFI, Euro4
Isipadu244cc
Kuasa maksimum24.8hp pada 8,750rpm
Tork maksimum23Nm pada 6,750rpm
Tayar110/70-13 (depan) & 130/70-13 (belakang)
Brekcakera 250mm, ABS (depan) & cakera 220mm, ABS (belakang)
Saspensifork teleskopik USD (depan) & penyerap hentak KYB boleh laras (belakang)
P x L x T1,940mm x 780mm x 1,270mm
Isi Tangki13.5 liter
PengeluarMforce Bike Holdings Sdn Bhd

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Suzuki V-Strom 800DE: Sesuai Untuk Perjalanan Jauh & Dekat

Santai Bersama Yamaha: MT-09 Syok Ke Mana Sahaja!

Honda XL750 Transalp: Antara Jentera Kembara 'Middle Weight' Yang Terbaik?

Bajaj Freedom 125 CNG: Bukti Bahan Api 'Gas' Lebih Praktikal

MODENAS Z250 ABS – Senang, Selesa, Sempoi!

Honda NX500: Lebih Padu... Lebih Syok...

Kemunculan Semula Moto Morini Cukup Mantap Dengan Calibro & Calibro Bagger 700

KYMCO AK550: Mewah, Elegan & Praktikal

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

ejak Marc Marquez meraih kemenangan sulungnya di Litar Buriram tempohari, dunia MotoGP kecoh dengan 'perang' yang berlaku dalam khemah pasukan Ducati Lenovo di antara Marc dan Francesco Bagnaia (Pecco).

Model Baru

VOGE DS800 Rally - Prestasi dan spesifikasi menarik perhatian!

LONCIN Motor Co., Ltd merupakan pengeluar motosikal yang diasaskan pada tahun 1993 dan VOGE merupakan jenama premium mereka. Selain dua roda, Loncin juga mengeluarkan kereta elektrik, generator, mesin rumput, jentera perindustrian dan helikopter drone. VOGE memberi tumpuan dalam penjualan motosikal dan pelbagai jenis komponen motosikal yang berkualiti tinggi.

Model Baru

Zonsen lancarkan 4 model terbaru - Cyclone RX650, RA600, RE600 & RT3E

Zongshen melancarkan 4 model terbaru iaitu CX650, RA600, RE600 & RT3E.

Dari Litar

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Menurut Pengurus Pasukan SIC Racing, "Prestasi dalam sesi Latihan Bebas dan Kelayakan juga kurang memuaskan, namun masih terdapat ruang yang luas untuk penambahbaikan. Peningkatkan persiapan serta memperkukuhkan latihan agar kedua-dua pelumba lebih bersedia dan mampu memberi saingan sengit di Pusingan 2,dijadualkan berlangsung di Qatar pada April ini."