Isu Terkini

Julai 2024

Pandu Uji / 27 Mei 2023

Norton Commando 961 2023

Norton ialah jenama motosikal paling bersejarah di Britain, dan kini ia dalam proses rombakan semula oleh pasukan pengurusan yang direkrut oleh pemiliknya TVS Motorcycles. Ia adalah pengeluar dari India yang memperoleh pemilikan syarikat tersebut pada April 2020 daripada CEO Stuart Garner yang telah memiliki Norton selama 12 tahun.

Dengan harga belian sebanyak £16j, TVS membuat bayaran termasuk pakej pembuatan - untuk model ikonik Commando yang bersesaran 961cc yang selama ini berada di bawah 'tangan' Garner'. Pengeluaran bagaimanapun tidak begitu memberangsangkan pada dekad seterusnya disebabkan kekurangan modal. Dipercayai hanya sekitar 2,500 Commando, termasuk versi Domiracer, Dominator dan California telah dibina ketika Garner masih berkhidmat.

Setelah menambah pelaburan £40 juta lagi bagi mewujudkan dan melengkapkan kilang baru Norton yang terkini terletak di pinggir Birmingham. Paling penting ialah untuk mengeluarkan kembali model yang asalnya dilahirkan 125 tahun dahulu. Pasukan pengurusan yang dilantik oleh TVS diketuai oleh Dr. Robert Hentschel selaku Ketua Pegawai Eksekutif Norton, kini telah mencipta semula Commando 961 dengan memberi tumpuan pada daya tarikan dan menjadikannya lebih sesuai untuk siri produksi.

Ini membawa kepada 'Program Peningkatan Kualiti' secara lebih serius dan meluas' untuk memperbaiki banyak kesalahan yang dikenal pasti dalam era Garner. Norton kini menghasilkan unit yang menggunakan kandungan baru sebanyak 36% dengan lebih kurang 350 komponen lain yang diubah atau direka bentuk semula.

TVS juga telah memberi kuasa kepada Norton untuk mengeluarkan satu kumpulan model Commando 961 Classic yang akan dihantar tanpa tambahan kos kepada 29 orang pelanggan yang dahulunya telah membuat bayaran kepada syarikat bawah Garner. Model itu lebih istimewa kerana ia belum dilancarkan kepada orang awam tetapi merupakan model pengeluaran pertama untuk siri baru Norton di bawah pemilikan TVS.

Commando 961 yang dilahirkan semula ini boleh didapati dalam dua versi berbeza iaitu SP/Sport dan CR/Café Racer pada berharga di UK masing-masing pada £16,499 dan £16,999, termasuk 20% cukai. Ini setanding dengan harga £16,495 untuk Commando 961 yang saya tunggang pada tahun 2018, dan versi California edisi terhad Garner dengan ‘Western Bars’ tinggi untuk meraikan ulang tahun ke-50 Commando.”

Kedua-dua model TVS baharu dibezakan antara satu sama lain menerusi penggunaan bar hendal aluminium dan hos brek yang sepadan. Model CR didatangkan dengan fork hadapan Ohlins jenis terbalik 43mm boleh laras. Tinggi pelana adalah 810mm, ia cukup rendah untuk kebanyakan penunggang dan memudahkan kita meletakkan kedua-dua kaki di atas tanah semasa berhenti dan tidak akan dirasa terlalu tinggi untuk penunggang wanita.

Kedua-dua model ini boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Matrix Black dan Manx Platinum. Setiap satu dilengkapi dengan rim aloi 17 inci manakala SP dalam Matrix Black sahaja turut ditawarkan dengan rim hitam matt sebagai pilihan (optional). Pada dasarnya tidak ada perbezaan lain antara kedua-dua motosikal ini selain harga mereka.

Peluang untuk meluangkan masa seharian dengan kedua-dua versi di sekitar kawasan luar bandar Warwickshire yang terdapat lorong-lorong desa yang berselang-seli dengan lebuh raya yang penuh dengan selekoh mantap dan laluan berbukit yang mencabar.

Tempat ini juga pernah menjadi lokasi pilihan untuk sesi ujian motosikal dari kilang Norton, Bracebridge St. di Birmingham yang hanya berjarak 10 kilometer dari kilang mereka sekarang ini. Tempat ini juga menjadi pilihan buat rakan penunggang uji dari firma lain seperti BSA, Ariel dan Triumph yang berdekatan.

Sebagai satu-satunya orang yang telah menaiki setiap model Commando 961, iaitu daripada jurutera Amerika, Kenny Prototaip 952cc Dreer kemudiannya dikemas kini yang menjadi asas kepada motosikal Norton hari ini. Saya tidak sabar-sabar untuk melihat sama ada terdapat sebarang peningkatan yang ketara berbanding motosikal terakhir yang saya tunggangi pada tahun 2018.

Kedua-dua model 2023 dikuasakan oleh enjin OHV udara/minyak bersesaran 961cc dengan dua injap setiap silinder. Dimensi berukuran 88 x 79mm, dengan nisbah mampatan 10.1:1, yang memiliki kuasa maksimum setinggi 76.8 bhp pada 7,250 rpm, dengan tork 81Nm pada 6,300 rpm.

Angka ini memang sedikit menurun berbanding Mark II jentera di era Garner yang berkuasa 80 bhp dan 90 Nm. Model baru ini dikemaskan dengan kotak engkol, silinder, kepala silinder, omboh, aci engkol, dan kotak gear yang kesemuanya serba serbi baru. Rekaan ini adalah untuk mengurangkan NVH atau Noise, Vibration and Harshness.

Norton milik TVS kini mendakwa mempertingkatkan proses penambahbaikan lebih jauh lagi seperti ketahanan enjin, ketegaran aci sesondol manakala penyambung elektrik telah diseragamkan untuk memastikan tiada air masuk ke dalam sistem elektrik. Perubahan juga dilakukan pada sistem 'pernafasan' kotak engkol agar lebih baik.

Penukaran gear yang bermasalah pada semua motosikal era Garner telah direka semula, dengan memberi fokus pada peralihan yang lebih licin melalui rod penukaran gear baharu, dan ketahanan yang lebih baik. Banyak perubahan terperinci telah difikir dan dilakukan yang bertujuan untuk meningkatkan ketahanan komponen dan kualiti keseluruhan.

Dengan serta-merta kita dapat melihat perubahan yang ketara pada dua model Norton terbaru berbanding di era Garner. Platform Commando 2023 mengekalkan rangka chrome-moly tubular steel duplex tetapi kini 'tulang belakang' yang diteguhkan. Ia adalah buatan tangan dalaman di Norton melalui kimpalan TIG dan MIG, dan mengekalkan geometri stereng yang sama seperti sebelumnya pada kedua-dua model.

Fork hadapan Öhlins 43mm USD digabungkan dengan penyerap hentak berkembar Öhlins di belakang yang juga boleh laras sepenuhnya. Pakej brek Brembo yang bersaiz 320mm (depan) dan belakang 240mm hadir dengan sistem ABS Bosch.

Sebaik sahaja dihidupkan, enjin Euro 4 ini 'berdetup detap' dengan lancar dalam keadaan melahu sekitar 1,400rpm. Bunyi yang terhasil menerusi sistem ekzos buatan tangan 2-1-2 memang cukup padu. CCO Norton, Christian Gladwell menyatakan bahawa pematuhan Euro 5 dijamin akan kita nikmati dalam sedikit masa lagi.

Tetapi enjin dalam kedua-dua unit tersebut mempunyai tork hebat yang sama seperti yang selalu dimiliki oleh enjin Commando 961, tetapi dengan pemetaan 2023 yang disemak semula memberikan penyampaian kuasa yang lebih licin dan lebih linear. Terdapat rasa yang sangat halus untuk bahan bakar Norton pada setiap masa, tetapi tiada alat bantu penunggang yang bererti tiadalah Traction control, mod tunggangan dan sistem quickshifter.

Walaupun telah dipasangkan dengan gear-driven counterbalancer, masih terdapat sedikit getaran, terutamanya apabila melebihi 5,000rpm tetapi tidaklah sehingga menjengkelkan. Bagaimanapun – maaf, Norton, dari segi rancangan anda untuk menggunakan elektrik secara besar-besaran mulai 2024 dan seterusnya, saya tidak mahukan motor elektrik yang memberi kuasa kepada perjalanan saya ke 'Jalan Retro'. Saya masih mahukan 'vibe' asli di atas Commando ini.

Tahap putaran enjin ketika kita menurunkan kelajuan memang cukup stabil - sangat baik khususnya ketika merangkak di dalam kesesakan lalu lintas. Terima kasih kepada torknya yang cukup bertenaga yang bermakna kita dapat memecut dengan cukup mantap hampir di semua kedudukan gear. Ia menarik dengan kuat dari kelajuan sifar dan kemudian dirasakan lebih kuat dari 2,200rpm ke atas. Kuasa enjin memuncak pada ketika 7,000 rpm, adalah zon yang menggembirakan.

Dari segi pengendalian, Norton ini cukup ringan dan tangkas tetapi sangat stabil yang memberi keyakinan buat kita untuk membuat pelbagai keputusan tunggangan di pelbagai permukaan. Ini terbukti apabila ia melanggar bonggol dalam kelajuan 96 km/j, di kedudukan gear keempat ketika menuruni bukit. Perlanggaran itu tidak mengganggu model SP sama sekali.

Sesungguhnya, sistem saspensi Öhlins pada kedua-dua model menawarkan kenikmatan, lebih-lebih lagi ketika menyusuri laluan yang tidak begitu sempurna. Pakej brek cakera berkembar jenis Brembo menyediakan kuasa berhenti yang boleh dikawal dengan cukup berkesan untuk semua jenis kelajuan.

Kedua-dua versi ternyata sangat berbeza dari segi tema retro – paling jelas sekali ialah menerusi kedudukan tunggangan yang berbeza. Set clip-on yang rendah untuk CR membuatkan penunggang terpaksa menjangkau ke hadapan, melepasi tangki bahan api, membongkok dan ini agak memenatkan - tetapi juga berasa menyeronokkan!

Kita kan mendapati betapa perlu menunggangnya dengan lebih intuitif dan dengan tujuan yang lebih besar, mengakibatkan peningkatan kelajuan dengan cukup ketara. Lebih mudah dan cepat kita meningkatkan kelajuan. Tiba-tiba baru sedar, kita sudah mencecah 160 km/j pada 6,200 rpm dalam gear atas tanpa rasa sebarang gangguan.

Versi Sport pula menawarkan posisi menunggang yang lebih tegak, dan saya dapati ia sangat bagus untuk perjalanan di bandar atau di laluan-laluan sempit seperti di lorong desa - ia adalah Roadster yang betul. Bunyi ekzosnya sedikit lemah tetapi CR ini masih memuaskan hati.

Penambahbaikkan terbesar yang saya perhatikan pada kedua-dua motosikal ialah dari segi kelicinan proses pertukaran gear. Dahulunya ia memang suatu perkara yang menghantui pemilik di era Garner tetapi kini telah diperbaiki menjadikannya lebih licin dan tepat. Namun begitu, gear 'Neutral' masih sukar untuk kita masukkan seperti biasalah! Keluhan lain yang dihadapi ialah penunjuk lampu amaran yang terlalu malap, sukar dilihat dengan jelas walaupun pada hari musim luruh yang agak mendung dan membosankan.

Aduan terbesar saya yang tidak pernah diendahkan sejak dari era Garner dan Dreer adalah tempat pemijak kaki jenis flip-up yang cukup menjengkelkan. Saya terkejut apabila pihak pengurusan baru di Norton tidak masukan masalah ini dalam senarai 350+ pembetulan mereka. Tempat pemijak ini menyebabkan kita agak terkial-kial mencari tempat untuk meletakkan kaki dengan selesa sebelum menukar gear atau menggunakan brek belakang.

CR khususnya adalah sesuatu 'pembetulan' yang memuaskan hati dan ya, perjalanan untuk mencapai tahap ini memang sukar - Pastinya para pelanggan Norton akan katakan bahawa produk ini masih diakui agak mahal. Commando kini berada seperti mana yang sepatutnya selama ini. Mudah-mudahan, mereka tidak berdepan dengan masalah seperti di era Garner.

Ketepatan dan keselamatan tinggi yang datang dari pakej sistem brek yang kini berfungsi dengan cemerlang. Tayar cepat panas untuk mencengkam dengan baik walaupun pada hari musim luruh yang cukup sejuk,

Dengan kejuruteraan mereka yang lebih matang, peningkatan dari segi kualiti pembinaan, Norton baharu ini sangat sesuai dengan nama Commando yang ikonik, dan penampilan klasik mereka yang menakjubkan itu pastinya memberi kebanggaan ketara pemilikan produk motosikal bersejarah di Britain ini. RR

Laporan: Alan Cathcart
Kredit Foto: Kel Edge

Isu Pada

Februari 2023

Spesifikasi

Enjinsistem penyejuk , kembar parallel
Isipadu961cc
Gerek x Lejang88 x 79mm
Kuasa naksimum76.8hp pada 7,250rpm
Tork maksimum81Nm pada 6,300rpm
Tayar120/70 x 17 (depan) & 180/55 x 17 (belakang)
Brekcakera 320mm jenis brembo (depan) & cakera 240mm jenis brembo (belakang)
Saspensifork Ohlins USD 43mm (depan) & penyerap hentak tunggal Ohlins boleh laras (belakang)
Isi tangki15 liter
Infowww.nortonmotorcycles.com/range/commando-961/

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

BMW R 1300 GS - Ia Satu Revolusi, Bukan Evolusi

Suzuki GIXXER 250 - Lincah & Padu

CFMOTO 700CL-X Sport: Model Akhir 3 Beradik

Scrambler Ducati Full Throttle - Buatkan Perjalanan Lebih Seronok

Harley-Davidson Vance & Hines KoB Racer - Juara Mutlak 2023

Ducati Hypermotard 950 RVE - Aura Fesyen & Teknologi

Aveta Ranger Max Explorer - Prestasi Luar Jangkaan

Aprilia SR GT 200 Sport - Sensasi, Unik & Gaya Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Mforce Bike Holding selaku pengedar rasmi jenama Moto Morini di Malaysia dengan bangganya melancarkan model ketiga hari ini iaitu Calibro 700.

Dari Litar

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

Qabil Irfan menutup musim Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Moto4 dengan podium berganda di pusingan akhir yang berlangsung di Circuito de Jerez, Sepanyol.

Dari Litar

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa buah bandar di Utara Sepanyol yang turut melibatkan komuniti di Valancia, pihak Dorna telah mengumumkan bahawa GP Valencia yang dijadualkan berlangsung pada 15-17 November nanti telah dibatalkan.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.