Isu Terkini

Julai 2024

Pandu Uji / 26 Mei 2023

Suzuki Katana 1294 P5 Racer

Pandemik Covid yang telah berlaku menyebabkan beberapa acara dan penganjuran yang tersemat di kalender dinding terpaksa dibatalkan dan walaupun kita semua cuba berada di tahap normalisasi, sayangnya masih banyak acara yang tidak akan kembali dianjurkan lagi.

Satu daripadanya ialah January’s Australia Day yang keadaannya masih samar-samar. Ditunda atau batal secara muktamad. Yang pasti, ketiadaan perlumbaan Island Classic ke-28 yang diadakan di Litar GP Phillip Island setiap satu Januari meninggalkan 'lubang besar' dalam kalendar dua roda Australia 2023.

Sepanjang dekad yang lalu, festival ini telah berjaya menganjurkan lebih daripada 50 – ya, lima puluh perlumbaan yang diadakan selama tiga hari di hujung minggu.

Perlumbaan di peringkat antarabangsa (walaupun bukan secara eksklusif) disertai oleh pasukan dari Australia, NZ, UK dan Amerika Syarikat yang akan bersaing motosikal Period 5-Plus yang menghasilkan lebih daripada 180bhp di permukaan Island menggunakan slick tyre yang memberikan sentuhan di tarmac yang agak kecil. Fikirkan kuasa Superbike dihantar kepada tayar untuk jentera Supersport 600cc.

P5-Plus pada asasnya muncul kerana orang Britain mahu berlumba dengan jentera Yamaha FJ1100 yang diperkenalkan pada tahun 1984. Ia adalah setahun selepas tarikh tamat P5 di Australia. Demi mereka, perlumbaan tersebut dibenarkan tetapi hanya dalam Island Classic.

Jentera tersebut ditunggang oleh para pelumba yang berani dan terkenal seperti bekas Juara Dunia Troy Corser, Colin Edwards dan Steve Martin. Tak terkecuali 'Si Dewa' Isle of Man TT iaitu John McGuiness dan pemegang rekod, Peter Hickman, serta Jeremy McWilliams yang memenangi lebih banyak perlumbaan dalam kelas yang lebih berbeza berbanding pelumba lain.

Tidak lupa juga kebanyakan bekas Juara Superbike Kebangsaan seperti Shawn Giles (AUS), Josh Heyes (AS), Jordan Szoke (CAN), Richard Scott (NZ) dan John Reynolds (UK). Superbikes Vintaj dengan penyerap berkembar, sistem sejukan udara ini mungkin kelihatan agak tua di garaj PI, tetapi apabila berada di litar, prestasi jentera-jentera ini benar-benar mengagumkan.

Sebagai peserta tetap di festival nostalgia ini, saya mengakui ada satu kekesalan tentang cara ia berkembang, iaitu menerusi kemasukan Suzuki XR69 yang dirasakan tidak mengikuti spesifikasi yang kehendaki.

GSX1100 Katana diperkenalkan pada tahun 1981, sebuah model yang lengkap dengan fairing, lampu depan berserta tanda dagangannya yang dihiasi dengan skrin deflektor kecil.

Malah, model Katana telah menjadi pencabar tetap saingan Cabaran Antarabangsa sejak di era pembuat enjin terkemuka Trevor Birrell dari Adelaide, dan Dale Gilbert dari Melbourne.

Kedua-dua pencinta motosikal ini bekerjasama buat kali pertama pada tahun 2010 untuk membina jentera di Island Classic. Birrell mula menyertai Perlumbaan Drag pada tahun 1982, memperolehi sembilan kejuaraan Aussie dan 17 rekod kebangsaan dari awal hingga 2011.

"Saya mengenali Trevor sejak saya mula menonton perlumbaan Drags pada tahun 1980-an," kata Dale.

“Ketika itu, Trevor menghabiskan masa untuk meningkatkan prestasi enjin Kawasaki dan Suzuki untuk Saingan P5. Pada tahun 2009, dia berkata kepada saya, “Adakah anda mahu pergi ke Classic Island?” Dan saya balas, "Apa itu! Saya tidak pernah pergi dan tidak tahu apakah ia sebenarnya?” Dia telah pergi dan sebagai orang yang minat dengan pembinaan enjin, saya juga perlu ikut dan tengok dengan mata sendiri.

Ketika tiba di sana, pelumba lagenda Wayne Gardner sedang berlumba. Kami berjalan mengelilingi litar dan pada saat kami hampir ke penghujung saya berkata kepada Trev, "Anda tahu, kita boleh membina salah satu daripada motosikal lumba ini.” Dia membalas, "Nah, siapa yang boleh menunggangnya?" Jawab saya, "Saya tidak tahu, tapi fikirkan dulu nanti, cuma saya betul-betul ingin kalahkan Gardner. Itu perkara utama!”

"Oleh kerana kami berdua mempunyai 20 tahun pengalaman dalam saingan drag dengan Suzuki GSX, kami mempunyai banyak komponen, bahagian, omboh lama dan barangan yang kami letakkan di sekeliling.

“Saya dapat kerangka GSX lama, dan menguatkannya. Kami membina motosikal pertama, Suzuki GSX1100 berwarna biru dan putih. Trevor sangat mesra dengan Peter Kerr mengendalikan Racebike Services di Adelaide dan dia juga orang yang berjaya membina sistem saspensi untuk Steve Martin.”

“Kami pergi ke Island Classic, tidak tahu apa yang diharapkan. Nah, kami mendapat kedudukan 'pole' dan memenangi semua empat perlumbaan dengan sekurang-kurangnya lima saat. Semua orang berfikir, oh ia adalah motor 'Drag', tetapi sebenar tidak! Ia hanya motor biasa yang direka dengan betul.”

Pada masa itu Suzuki Katana telah diluluskan untuk perlumbaan P5 dan Steve Martin telah memenangi tiga daripada empat perlumbaan. Juara tiga kali Australia Superbike, Shawn Giles telah dipujuk keluar menyertai Australia Fun Day. Sayang sekali, penampilan sulungnya di Irving Vincent tidak berjalan mengikut rancangan disebabkan masalah enjin. Oleh sebab itu Birrell dan Gilbert membina Katana kedua untuknya pada tahun 2012 dengan hasil yang agak memuaskan.

Giles memenangi dua perlumbaan pertamanya dengan perbezaan masa yang agak baik di hadapan rakan sepasukannya, Martin. Dalam perlumbaan ketiga, kedua-duanya mengalami nasib malang dan gagal meraih sebarang mata dalam perlumbaan akhir itu.

Dalam kes Giles, bateri ion litium jenteranya gagal berfungsi semasa dia sedang berada di hadapan. Dia menebusnya pada tahun 2013 dengan tiga kemenangan untuk meraih kejuaraan Island Classic secara keseluruhan. Dia juga menetapkan rekod pusingan terbaru ketika memenangi dua daripada tiga perlumbaan sokongan Superbike Dunia sebulan kemudian.

Sejak itu Giles telah berlumba setiap tahun untuk Trevor Birrell Racing / D & D Industries / Pasukan Kejuruteraan Aloi Ringan. Giles telah mencipta lapan kemenangan dengan podium yang terbaharu di tempat kedua pada tahun 2019.

Peluang untuk menunggang uji Katana ini ialah ketika acara Broadford Bike Bonanza Easter yang lalu (lihat https://www.trybooking.com/CEENP) apabila Dale Gilbert dan anak lelakinya Riley membawa balik Katana atau 'Big K' ini dari Melbourne. Tujuannya adalah untuk dipamerkan secara eksklusif pada Jamuan Tahunan pada malam sebelumnya. Pada malam itu juga saya telah menyoalnya di atas pentas tentang kerjaya Superbike cemerlangnya (anda semua tahu tak bahawa dia mula berlumba pada usia empat tahun dengan Honda MR50?!) Memang hebat!

Perasaan ketika menerima kunci Uberbike P5 ini di pengenalan ringkas untuk sesi keesokan harinya agak menakutkan. Laluan esoknya di litar sejauh 2.16 km (1.34b) yang tajam ketat dan berliku. Walaupun menakutkan, tapi itulah hakikatnya dan tidak mungkin saya akan menolak tawaran. Apa yang perlu 'diatasi' ialah masalah tumpahan sedikit minyak yang akhirnya dibersihkan oleh para petugas sukarelawan BBB dengan baik sekali.

Enjin berukuran 75 x 66 mm untuk 1294cc (berbanding enjin asal 1,074cc dengan dimensi 72 x 66 mm) yang menawarkan hantaran kuasa maksimum setinggi 192hp pada 9,500rpm. Model ini juga dilengkapkan dengan sistem Slipper Clutch dari model GSX-R1000 2005.

Dale Gilbert memulakan perlumbaan drag pada tahun 1984, menerusi Motosikal Chassisworks, sebuah syarikat miliknya yang telah memenangi lebih sepuluh gelaran Kebangsaan di Australia. Syarikat ini juga menjual/menghantar kerangka motosikal ke seluruh dunia.

Dia cukup komited dengan jentera Katana untuk ditukar sebagai jentera perlumbaan jalan raya dan telah membina sepuluh jentera dengan pembinaan kerangka menggunakan tiub chrome-moly, yang dijual ke UK, New Zealand, Amerika, dan sudah tentu di Australia. Ciptaannya ini memiliki ketegaran, kekuatan dan geometri yang diubah secara halus agar sesuai dengan citarasa pemilik dan/atau penunggang.

Katana ini memiliki tapak roda yang sepanjang 1,425mm manakala ketangkasan di selekoh datangnya dari sistem saspensi yang terdiri daripada fork hadapan 43mm jenis Ohlins dan lengan ayun 'brace steel' dengan penyerap hentak Ohlins boleh laras. Tempat letak kaki agak tinggi, walaupun untuk saya yang juga agak tinggi.

Katana ini memiliki sifat yang lincah tanpa diduga, datang dari ciptaan berusia 40 tahun. Membaringkan jentera ini di chicane Bradford menuju ke selekoh Pit Horseshoe tidak begitu 'sedap' walaupun saya menggunakan lebih tenaga untuk masuk ke dalam selekoh. Apa pun, brek hadapannya yang bersaiz 300mm bekerja dengan sangat baik untuk memperlahankan kelajuan dari pecutan di laluan lurus. Jentera bergoyang sedikit ketika brek belakang digunakan dengan keras tetapi saya rasa Giles dapat mengendalikan jentera ini dengan sebaik-sebaiknya.

Selepas menontonnya beraksi berkali-kali di Island Classic saya menjangkakan corak penghantaran kuasanya yang kuat memerlukan saya mengawal tenaga enjin untuk kekal di atas (rpm), dan mungkin tidak dapat merasakan potensi sebenarnya pada litar yang tidak sempurna. Saya salah! Hantaran kuasa Katana ini dapat ditarik dengan bersih dan agak keras dari 4,000 rpm ke atas.

Panel meter 'bermuka putih' sangat mudah dibaca, Auto Meter Phantom tako itulah satu-satunya instrumen pada motosikal sejukan udara ini. Kita dapat rasakan tenaga enjin Suzuki ini semakin mantap pada kedudukan 6,800rpm dan ke atas. Pecutannya sangat laju! Keluasan banjaran kuasanya juga membolehkan kita memecut dan berwheelie dengan mudah. Walaupun didatangkan dengan sistem powershifter, kita masih perlu menggunakan klac untuk menurunkan kedudukan gearnya.

Sungguh, Katana memberikan nikmat dan kepuasan hati untuk berada di laluan berselekoh yang tajam dan pada masa yang sama, meluncur dengan padu ke laluan lurus Broadford. Pegang erat-erat dan bersedia untuk mula tersenyum semasa kita memilih untuk beraksi dengan jentera ini.

Motosikal seperti ini memang sangat hebat, terlalu mendebarkan dan terlalu menyeronokkan untuk ditunggang mahu pun sekadar melihatnya 'dikurung' di bangsal dan tidak digunakan tahun demi tahun. Mudah-mudahan, Phillip Island boleh dipujuk untuk diadakan semula perlumbaan Island Classic pada tahun 2024 - tetapi jika pihak pengurusan tidak lagi menganggapnya berdaya maju, mungkin penganjuran di bahagian barat boleh difikirkan sebagai satu pilihan.

Adakah litar 'The Bend' yang terletak di luar Adelaide mampu untuk dijadikan pentas perlumbaan bersejarah ini? Adakah litar yang memiliki segala kelengkapan dan kemudahan bertaraf dunia ini dapat menggamit para pelumba, pasukan dan penonton dari dalam dan luar negara? Ya... ayuh kita bincangkan!

Walau apa pun masa depan perlumbaan ini, harus diingatkan bahawa keistimewaan Trevor Birrell dan Dale Gilbert adalah kerana berjaya mencipta Giles Katana. Siapa kata pelumba drag tidak boleh memberi saingan dalam perlumbaan biasa dengan jayanya? RR

Laporan: Alan Cathcart
Kredit Foto: Russ Murray

Isu Pada

Februari 2023

Spesifikasi

Enjinsistem penyejuk udara, DOHC, 4 silinder, 4 lejang
Isipadu1,294cc
Kuasa maksimum192bhp pada 9,500rpm
Transmisi5 kelajuan
Tayar120/70 - 17 (depan) & 200/60-17 (belakang)
Saspensifork hadapan 43mm jenis Ohlins (depan) & lengan ayun 'Brace Steel' dengan penyerap hentak Ohlins boleh laras (belakang)
Brekbrek cakera 300mm dengan angkup Brembo (depan) & cakera tunggal 240mm dengan angkup Brembo (belakang)
Berat194kg
Laju maksimum275 km.j (Litar Philip Island)
PemilikDale Gilbert, Maidstone, Vic.

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

BMW R 1300 GS - Ia Satu Revolusi, Bukan Evolusi

Suzuki GIXXER 250 - Lincah & Padu

CFMOTO 700CL-X Sport: Model Akhir 3 Beradik

Scrambler Ducati Full Throttle - Buatkan Perjalanan Lebih Seronok

Harley-Davidson Vance & Hines KoB Racer - Juara Mutlak 2023

Ducati Hypermotard 950 RVE - Aura Fesyen & Teknologi

Aveta Ranger Max Explorer - Prestasi Luar Jangkaan

Aprilia SR GT 200 Sport - Sensasi, Unik & Gaya Moden

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Warta Roda

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 6, Jalan Kangkar Baru Paloh, Yong Peng, jam pukul 10.15 pagi semalam.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.