Isu Terkini

Julai 2024

Pandu Uji / 24 Julai 2020

YAMAHA YZF-R25: Tangkas & Mengagumkan

Yamaha R25 memang sangat dikenali buat pencinta dunia dua roda sejak pelancarannya pada tahun 2014.  Tidak kira ke mana kita pergi, mesin ini sering kali kelihatan di jalan raya. Rupabentuk yang menawan dan kemantapan enjinnya menjadi tarikan buat golongan muda. Ia sememangnya sebuah jentera berkuasa tinggi yang menjadi kegilaan anak-anak muda pada masa kini untuk menunggangnya ke mana sahaja.

Pada Oktober lalu di Jakarta Indonesia, Yamaha telah melancarkan jentera R25 yang memaparkan ciri-ciri serba baru. Sejak pelancarannya di negara itu, mesin ini telah menjadi perbualan cukup hangat di Malaysia buat pengguna dua roda. Tahniah buat HLYM kerana turut memperkenalkan jentera R25 pada awal tahun 2019 untuk menggantikan model sebelumnya. Antara penambahbaikkan yang ditampilkan seperti saspensi hadapan lebih bergaya, panel meter baru dan reka bentuk yang lebih aerodinamik.

Dalam siri keluarga 'R', R25 memang layak untuk dipuji. Model ini memang sesuai digelar sebagai mesin sport kelas pertengahan. Selain memiliki kuasa hantaran yang mantap, ternyata jentera ini juga mampu menarik perhatian orang di sekeliling. Tarikan utamanya datang hampir dari semua arah. Pandang sahaja dari jauh, sudah membuatkan kita mudah jatuh cinta dengan penampilannya yang cantik, tegap dan agresif.

Rekabentuk badan R25 2019 telah diilhamkan daripada model yang digunakan pasukan Yamaha dalam perlumbaan MotoGP iaitu YZR-M1. Apabila dilihat dari bahagian hadapan, rekabentuk fairing hadapan sangat mirip dengan model YZF-R1 di mana terdapat ruang pengaliran udara di bahagian tengah yang diinspirasikan daripada model tersebut.

Lampu utamanya juga berinspirasikan model R1 untuk menyerlahkan lagi penampilan R25 ini seiring dengan jentera siri 'R' yang lebih besar. Ia tampak lebih agresif dengan lampu LED yang memberi pencahayaan yang terang dan bentuk badan yang tirus. Manakala lampu belakangnya pula tidak jauh beza dengan MT-07. Selain itu, suis penghidup enjin 3 dalam 1 yang didatangkan pada R25 ini ala jentera Big Bike! Seperti keluaran siri 'R' yang lain, R25 turut dilengkapi dengan lampu kecemasan jika diperlukan.

Pelananya yang empuk memberi keselesaan buat kami apabila memanjatnya. Sebaik sahaja enjin dihidupkan, bunyi deruman yang keluar dari sistem ekzos sangat agresif, ini menarik perhatian kami. Posisi menunggangnya membongkok seperti jentera perlumbaan. Buat penunggang yang baru pasti kurang selesa kerana berat badan akan tertumpu pada bahagian lengan dan membuatkan bahagian tersebut mudah lenguh ketika menunggang jauh. Bagi mereka yang sudah biasa bukan satu masalah untuk mereka berseronok dengan jentera ini.

R25 baru ini didatangkan dengan enjin empat lejang, 2 silinder, 8 injap DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjin yang bersesaran 249cc ini mampu menawarkan kuasa maksimum 26.5kW pada 12,000rpm dan tork 22.6Nm pada 10,000rpm yang menjanjikan prestasi tunggangan mantap. Model ini menggunakan sistem suntikan bahan api yang bukan sahaja memberikan tindak balas sempurna antara pendikit dengan enijn tetapi juga amat baik dari segi penjimatan bahan api.

Proses penukaran kedudukan gear pada jentera bertransmisi 6 kelajuan bekerja dengan lancar sekali. Setiap kali kita menukar gear tidak langsung rasa seperti tersangkut dan terlepas. Ditambah pula penggunaan sistem klac yang lembut terus menjadikan mesin ini cukup sesuai apabila menunggang di kota. Sistem gear pada model ini ternyata dapat berinteraksi dengan cemerlang.

Ya… sesetengah mesin sport sangat sukar dipacu apabila berada di laluan yang terhad. Lain pula dengan jentera R25 ini. Dengan berbekalkan ketinggian pelana 780mm dan berat 166kg, kita dapat menunggang dan mengawal jentera ini begitu mudah di jalan-jalan yang sesak dengan kenderaan. Terutama pada waktu genting iaitu ketika pergi dan pulang dari kerja.

Lebuhraya adalah laluan yang sangat sesuai untuk menguji ketangkasan setiap jentera. Masuk sahaja lebuhraya kami sudah tidak sabar untuk memulas pendikit dengan lebih galak lagi. Kerangka jenis berlian yang bertegaran tinggi memang sangat terbukti ketika memacu R25 pada kelajuan  maksimum.  Kami dapat melarikan jentera ini pada kelajuan yang mencecah 175km/j. Langsung tidak bergoyang, tiada gegaran di bahagian hendal dan di manamana bahagian. Dengan adanya cermin penghadang angin, ia dapat menghalang tamparan angin daripada terkena muka penunggang. Kita dapat memecut dengan selesa sekali.

Kami meninggalkan lebuhraya seketika untuk menikmati tunggangan di kawasan perkampungan. Memang sangat menyeronokkan bila dapat menunggang di sini kerana jalan-jalannya tidak terlalu sibuk dengan kenderaan. Ditambah pula pemandangan gunung ganang yang menghijau serta langit yang membiru menambahkan lagi keyakinan untuk kami menunggang bersama R25. Memang sangat menarik perjalanan dari Kampung Kinjang, Chenderiang ke pekan Kampar. Terdapat banyak tempat cantik yang boleh dikunjungi di negara kita ini.

Saspensi hadapan jenis terbalik (USD) menyerap segala hentakan dengan sempurna. Setiap kali membrek secara mengejut, kita tidak akan terasa seperti melambung ke hadapan. Ia juga menyebabkan jentera ini mampu berada di laluannya dengan lebih tegap walaupun ada jalan-jalan yang berlubang atau berbonggol. Saspensi belakangnya jenis monocross pula bekerja dengan baik. Ketika mengambil selekoh, jentera ini tidak terasa seperti membuai.

Menunggang R25 sememangnya satu nikmat. Dengan memiliki spesifikasi seperti 2,090mm (panjang), 720mm (lebar) dan 1,135mm (tinggi), ia memudahkan pengendalian ketika mengambil setiap selekoh tanpa rasa membuang. Kita dapat mengawal jentera ini dengan yakin dan selamat.

Menunggang bersama R25 di jalan-jalan berselekoh memang sangat mengasyikkan. Model ini dipadankan dengan tayar hadapan bersaiz 110/70-17 dan belakang 140/70-17. Tayar-tayar ini mengigit permukaan jalan dengan baik sekali. Untuk berada di laluan yang tepat, sistem breknya antara yang selamat. Satu atau dua jari sahaja cukup untuk merasakan brek cakera berfungsi dengan cemerlang. Tuas brek belakang pula tidak perlu ditekan begitu kuat. Cukup hanya sekadar memberi sedikit tekanan untuk memperlahankan kelajuan. Jika jentera ini ditawarkan dengan sistem ABS, lagi ummph!

R25 hadir dengan panel meter serba baru berskrin LCD penuh. Segala informasi yang diperlukan seperti, tahap kelajuan, putaran rpm, masa, suhu, posisi gear dan trip perjalanan dapat kita lihat dengan mudah ketika menunggang dengan laju. Lampu latar belakangnya yang terang memudahkan kita melihat info-info dengan jelas pada hari siang. Kalau malam, sudah pasti lagilah terang. 

R25 menawarkan kadar penggunan bahan api yang sangat menjimatkan. Dengan tangki sebesar 14.3 liter, jentera ini boleh dipacu sehingga 270 kilometer dengan satu tahap petrol berbaki yang tertera pada panel meter. Kadar penjimatan minyak bergantung kepada cara tunggangan dan lokasi yang dilawati.

Secara jujurnya, Yamaha R25 amat sesuai buat mereka yang mahu mengubah citarasa daripada moped kepada superbike. Apa yang ditawarkan pada jentera ini sudah cukup untuk membuatkan kita terus tersenyum. R25 boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Biru dan Merah dengan harga mampu milik RM19,998. Jadi? Takkan nak tengok sahaja, mari kunjungi ke pusat pengedar Yamaha terdekat dan milikinya satu. RR

Isu Pada

September 2019

Spesifikasi

Enjin4 lejang, 2 silinder, DOHC 8 injap, sistem penyejuk cecair
Isipadu249 cc
Gerek x Lejang60 x 44.1 mm
Nisbah mampatan11.6:1
Kuasa maksimum26.5kW pada 12,000 rpm
Tork maksimum22.6Nm pada 10,000 rpm
Tinggi pelana780 mm
Isi Tangki14.3 liter
Berat166 kg
PengedarHong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

BMW R 1300 GS - Ia Satu Revolusi, Bukan Evolusi

Suzuki GIXXER 250 - Lincah & Padu

CFMOTO 700CL-X Sport: Model Akhir 3 Beradik

Scrambler Ducati Full Throttle - Buatkan Perjalanan Lebih Seronok

Harley-Davidson Vance & Hines KoB Racer - Juara Mutlak 2023

Ducati Hypermotard 950 RVE - Aura Fesyen & Teknologi

Aveta Ranger Max Explorer - Prestasi Luar Jangkaan

Aprilia SR GT 200 Sport - Sensasi, Unik & Gaya Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

RXZ Twin Boss V2 yang menang di AOS2024 dalam pertandingan Art Of Speed Invitational Bike Build Off akan dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.

Model Baru

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA, Fantic Caballero 700 baru telah diiperkenalkan dalam dua edisi khas iaitu Deluxe dan Travel.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Model Baru

Kawasaki ZX-6R 2025 Sudah Boleh Ditempah Bermula 1 Disember Ini. Harga asas RM59,900

MODENAS telah melancarkan kempen pra-tempahan untuk model ZX-6R terbaru bermula pada 1 Disember 2024 di semua bilik pameran Kawasaki All-Star.