Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 18 Januari 2023

Suzuki GSX-R150 - Memang Best... Memang Mantap!

Untuk segmen 150cc, kiranya dah ‘complete’ semuanya kita dah rasa dan kita sudah uji. Selepas Raider 150R dan GSX-S150, kali ini kita tunggang uji model sport iaitu GSX-R150. Ya… dalam keluarga GSX di Malaysia, model ini yang paling kecil. Kalau di beberapa negara lain seperti di Jepun, India, Indonesia atau di Thailand contohnya, terdapat juga model yang lebih kecil iaitu GSX-R125.

Okay, walaupun ia hanya 150cc, rekabentuknya memang cantik dan paling mengejutkan ialah kesesuaian untuk ditunggang oleh sesiapa sahaja. Motor ini memang tak ada masalah untuk penunggang biasa tetapi bila orang yang tinggi turut memuji tahap keselesaannya, ini adalah satu ‘bonus’ buat pasukan jurutera yang menghasilkan model ini.

Bagi salah seorang daripada kami di RR, ‘rider’ ini agak tinggi (178cm) dan dia memang suka dengan posisi tunggangan GSX-R150 ini. Posisi menunggang memang agak menunduk sedikit, dah memang model sport kan tapi posisi bar hendalnya tidak memenatkan.

Di antara ketiga-tiga model 150cc keluaran Suzuki di Malaysia, GSX-R150 didatangkan dengan sistem ‘keyless’ yang jadikannya agak premium. Yes…. harga pun dah jauh beza kalau nak bandingkan dengan Raider 150R kan? Kunci (dalam bentuk remote) ini akan berinteraksi dengan jentera kita pada jarak yang tertentu. Apabila sudah ‘disambungkan’ barulah kita dapat menekan tombol kunci utama yang terletak pada bahagian atas tangki.

Tekan, akan menyala lampu berwarna biru dan barulah kita boleh menekan suis penghidup. Dengan adanya sistem Easy Start, enjin akan berderum hanya dengan sekali tekan. Tak perlu tekan lama-lama suis penghidup tu! Tombol/kunci yang ‘melekat’ pada tangki ini juga sebenarnya boleh ditarik keluar yang kita akan gunakan untuk membuka tangki dan pelana. Untuk menarik keluar kunci ini perlu ada bersama ‘remote’ dan memutarnya pada sudut yang ditetapkan.

Lampu hadapannya cukup menarik – ada ciri-ciri yang lain daripada model-model saingannya. Suluhan daripada lampu utama dan lampu belakang (LED) Suzuki ini memang cukup terang sekali. Fairing sisi dikemaskan dengan ruang laluan udara yang nampak seperti jentera berkuasa tinggi dan rekacoraknya juga ringkas tetapi garang.

Model yang kami uji ini berwarna merah/hitam (Stronger Red/Titan Black) dan terdapat satu lagi pilihan warna iaitu Biru (Metallic Titan Blue) yang mempunyai rekacorak jentera
MotoGP. Ngam betul! Harganya ada sedikit peningkatan berbanding ketika ia dilancarkan dulu. Harga terbaru untuk model ini ialah RM11,618 (harga asas ye!)

Untuk model GSX-R150, ia memiliki spesifikasi yang sama dengan model naked tetapi mungkin agak beza sikit talaannya kerana ia memang lebih padu. Bunyi pun dah berbeza! GSX-R150 disempurnakan dengan enjin 150cc, DOHC, 4 lejang, sistem penyejuk cecair yang memiliki hantaran kuasa setinggi 14.1kW pada 10,500rpm dan tork 14Nm pada 9,000rpm.

Memang lancar sungguh putaran enjin sebaik sahaja ia dihidupkan. Masuk gear satu pun lembut, tak ada pun bunyi ‘klak’ yang kuat. Panel meter jelas, mudah dibaca dan paling mantap, dilengkapkan juga pada model ini ‘Shift Light Indicator’ berwarna putih yang akan menyala apabila putaran RPM berada di tahap maksimum. Apabila lampu ini berkelip-kelip, bermakna enjin telah diperah ke tahap maksimum dan kita perlu menambah gear. Memang jarang sekali kita nak pulas habis dalam satu-satu gear – bukannya nak berlumba kan!

Hantaran tork memang agak bertenaga. Kita mudah memecut khususnya dalam gear-gear pertengahan. Memang padu untuk sebuah motosikal 150cc. Laju maksimum yang dapat kami capai ialah sekitar 146km/j. “Not bad!” Kata orang putih. Pelananya yang setinggi 785mm mungkin agak keras sedikit manakala pelana pembonceng pula kecil. Mungkin tak ada masalah untuk pembonceng yang bersaiz kecil molek.

Sekali lagi, posisi tunggangannya memang sporty tetapi tidaklah begitu memenatkan. Kalau betul-betul anda seorang berjiwa ‘superbike’ mungkin anda akan suka. Tubuh badan ramping, ringan dan mudah dikendali membuatkan GSX-R150 cukup lincah mencelah di dalam kesesakan bandar.

Kami tinggalkan kesibukan kota untuk menikmati keindahan alam di Bukit Jelutong Eco Community Park. Di taman ini, jiwa menjadi tenang dengan kehijauan alam sekeliling dan binatang-binatang ternakan di sana. Terima kasih buat Dato' Megat Fairouz Junaidi bin Tan Sri Megat Junid atas kebenaran krew RR bertugas di sini.

Usai tugasan kami, GSX-R150 dihalakan ke Batu Caves, masuk Ulu Yam untuk menyambung perjalanan ke Genting Highlands. Tenaga jentera ini memang tidak mengecewakan, kami dapat mengambil selekoh-selekoh tajam di sepanjang jalan dengan yakin. Brek enjin yang tidak terlalu kuat/berat menjadikan tunggangan lebih seronok.

GSX-R150 didatangkan dengan tayar-tayar bersaiz 90/80-17M/C (depan) dan 130/70-17M/C (belakang) menggigit permukaan jalan dengan cemerlang sekali. Laluan naik ke Genting ikut Sungai Tua – Batangkali cukup menyeronokkan tetapi kena 'ride' pada hari-hari biasa, bukan di hujung minggu yang sentiasa penuh dengan kenderaan lain.

Sebaik sahaja tiba di Goh Tong Jaya, kabus terlalu tebal sehingga menghadkan penglihatan. Mujurlah Lampu Kecemasan GSX-R ini terang, mudah untuk dilihat oleh kenderaan dari depan mahupun belakang. Kami perlahankan kelajuan, sistem transmisi yang lembut dan lancar memang menyenangkan hati.

Suzuki ini hadir dengan sistem brek jenis cakera di depan dan belakang. Untuk menjadikannya lebih mampu milik, kedua-dua brek model ini tidak dilengkapkan dengan ABS. Namun begitu, prestasinya ketika memperlahankan kelajuan sudah cukup cemerlang.

Kami berbelanja di antara RM17-RM18 untuk memenuhkan tangki Suzuki ini yang bersaiz 11 liter. Dengan satu isian penuh, kami dapat menikmati pelbagai jenis perjalanan sejauh 190 kilometer. Seperti biasalah, kadar jarak perjalanan ini adalah bergantung kepada banyak faktor seperti berat penunggang, corak/gaya tunggangan dan jenis mukabumi tempat yang dituju.

Tepuk dada, tanya selera sendiri! Kalau kena dengan jiwa, jangan tunggu lagi. Kunjungi pengedar-pengedar Suzuki berhampiran dengan anda, lihatlah dari dekat dan terus buat tempahan untuk seunit! RR

Isu Pada

Oktober 2022

Spesifikasi

Enjin4 lejang, DOHC, sistem penyejuk cecair
Isipadu147cc
Kuasa maksimum14.1kW pada 10,500rpm
Tork maksimum14Nm pada 9,000rpm
Tayar90/80-17M/C 46P (depan) & 130/70-17M/C 62P (belakang)
Saspensifork teleskopik (depan) & penyerap hentak tunggal (belakang)
Brekbrek-brek jenis cakera
Tinggi pelana785mm
Isi tangki11 liter
PengeluarSuzuki Malaysia Sdn Bhd

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Suzuki V-Strom 800DE: Sesuai Untuk Perjalanan Jauh & Dekat

Santai Bersama Yamaha: MT-09 Syok Ke Mana Sahaja!

Honda XL750 Transalp: Antara Jentera Kembara 'Middle Weight' Yang Terbaik?

Bajaj Freedom 125 CNG: Bukti Bahan Api 'Gas' Lebih Praktikal

MODENAS Z250 ABS – Senang, Selesa, Sempoi!

Honda NX500: Lebih Padu... Lebih Syok...

Kemunculan Semula Moto Morini Cukup Mantap Dengan Calibro & Calibro Bagger 700

KYMCO AK550: Mewah, Elegan & Praktikal

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

CFMOTO Malaysia telah melancarkan model Adventure Touring iaitu 700MT.

Model Baru

KAMAX CUB X temui peminat offroad tahun ini

KTNS Holdings Sdn Bhd akan menampilkan model terbaru, KAMAX Cub X ke pasaran negara sekitar bulan September 2025 ini.

Pandu Uji

Honda XL750 Transalp: Antara Jentera Kembara 'Middle Weight' Yang Terbaik?

Ketika Boon Siew Honda (BSH) melancarkan 4 model hebat tahun lalu, saya memang terpikat dengan model Transalp ini. Ini kerana beberapa tahun dulu, saya pernah menunggang Transalp model lama. Apabila saya kongsikan beberapa gambar di media sosial, ramai yang 'menyakat' tanya motor itu abad ke berapa? Betul kata mereka, dari segi design, ia tidaklah begitu hebat tetapi dari segi hantaran kuasa dan keselesaannya memang sangat saya suka.

Warta Roda

Lagi kes bengkel terbakar, kali ini melibatkan 22 buah motosikal...

Sebanyak 22 buah motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Laluan Utama Kampung Tekah Baru, di sini hari ini.