Isu Terkini

Julai 2024

Pandu Uji / 14 September 2020

SYM CRUiSYM 250i Sesuai Untuk Semua Jenis Penunggang

Sesetengah orang mesti inginkan sebuah motosikal yang jimat, pantas, mudah untuk dikendali dan untuk mengembara. Semakin banyak kenderaan didapati terutama dalam kawasan bandar, pasti jentera automatik antara yang menjadi pilihan buat para pengguna di negara ini selain model moped. Tahniah buat pihak SYM Malaysia yang telah berjaya menghasilkan sebuah jentera yang mampu menepati ciri-ciri di atas iaitu SYM Cruisym 250i.

Untuk setiap jentera automatik, kita perlu menaikkan tongkat sisi dan menarik tuas brek terlebih dahulu untuk dihidupkan. ‘On’ kan suis penghidup, tekan butang penghidup elektrik dan enjin menderum dengan lembut sekali. Enjin yang bersesaran 249.9cc, silinder tunggal SOHC, empat lejang dan penyejuk cecair dapat dihidupkan dengan sekali tekan sahaja.

Mengembara dengan SYM Cruisym? Sudah semestinya ia sebuah jentera pilihan untuk semua jenis penunggang. Bukan sahaja pelananya sudah membuatkan kita tersenyum dengan lebar, tetapi juga ruang simpanan barang bawah pelana jentera ini cukup besar sekali. Ia mampu memuatkan dua buah helmet fullface. Jika ingin menyimpan barang-barang lain seperti baju, beg galas, laptop, ataupun beg tangan wanita tiada masalah. Buat kaum wanita pastinya berasa selamat menyimpan harta mereka di bawah pelana.

Selain ruang  bawah pelana, terdapat juga ruang kecil di sebelah kanan bawah bar hendal untuk menyimpan barang-barang kecil seperti telefon bimbit, sarung tangan ataupun dompet. Selain itu, pihak SYM turut menyediakan soket usb untuk pemiliknya mengecas telefon dengan mudah tanpa menggunakan power bank apabila menunggang jauh.

Kami sangat sukakan jentera ini ketika hendak memecut sebaik sahaja lampu trafik bertukar kepada warna hijau. Gerek bersaiz 71mm dan lejang 63mm menawarkan kuasa tork setinggi 23.5Nm pada 5,500rpm. Pulas sahaja pendikit, SYM dapat meluru ke hadapan dengan tangkas sekali berbanding jentera moped. Tidak perlu menggunakan gear tetapi hanya pulas sahaja pendikit. Mendaki jalan-jalan berbukit juga tidak mengecewakan dengan Cruisym ini.

Kawasan urban adalah tempat yang terbaik untuk kita layarkan badan skuter ini. Dengan kuasa tork yang tinggi sudah cukup untuk kita bergerak dengan lancar di dalam keadaan trafik yang sesak. Walaupun Cruisym mempunyai ukuran panjang (2175mm), lebar (760mm) dan tinggi (1440mm), saiznya masih ideal untuk kegunaan di bandar. Mudah untuk dikawal ketika mencelah di tengah kota. Menunggang mesin ini memang satu nikmat kerana ia cukup senang.

Selepas berpuas hati bermain-main dalam kawasan bandar, kami menukar haluan masuk ke lebuhraya. Inilah masanya untuk menguji kehebatannya. SYM didatangkan dengan kuasa maksimum 15.8kW pada 7,500rpm mampu memecut sehingga 160 km/j. Dalam kelajuan sebegitu, skuter maksi ini terasa bergoyang. Tanpa memikirkan apa-apa, kami terus melepaskan pendikit. Kelajuan yang paling ideal untuk Cruisym adalah sekitar 120-130 km/j. Menunggang dalam kelajuan rendah memberikan keyakinan kepada pemiliknya.

Tamparan angin akan terasa jika kita menjenguk keluar dari kawasan cermin pengadang. Bagi mereka yang mempunyai ketinggian lebih daripada 165cm, kita perlu menundukkan kepala sedikit jika ingin sembunyi di belakang cermin ketika membuat pecutan. Kepada mereka yang rendah tiada masalah. Kedudukan cermin sisinya memudahkan kita melihat kenderaan di belakang. Kita juga boleh melipatkan cermin sisi tersebut jika tidak diguna.

Hari yang semakin gelap, hanya tinggal satu bar sahaja paras penunjuk minyak yang memaksa kami untuk berhenti  mengisi minyak. Untuk memudahkan penunggang, tempat mengisi petrol diletakkan di bahagian hadapan yang hanya boleh dibuka dengan mengguna kunci. Tekan dan pulas sahaja ke sebelah kanan. Penutup terbuka dengan kemas sekali. Jika membuat bayaran menggunakan kad kredit, kita tidak perlu turun dari motosikal tetapi kalau bayar tunai, kena jalan jugalah ke kaunter.

Dengan memiliki set lampu hadapan dan belakang yang terang, penunggang Cruisym 250i dapat menunggang dengan cukup tenang sekali kerana yakin pengguna jalan raya yang lain mudah melihat kehadiran kita.

Kami patut memuji ruang papan pemijaknya yang luas. Kita dapat meletakkan kaki mengikut keselesaan. Bagi mereka yang inginkan tunggangan santai ataupun keselesaan menunggang di lebuhraya hanya perlu mengalihkan posisi kaki ke hadapan. Menggerakkannya ke belakang memberikan kita sedikit kelincahan ketika aksi membelok.

Cruisym dilengkapi dengan tayar bersaiz 120/70-14SP (hadapan) dan 140/60-13 63SP (belakang) yang menggigit permukaan jalan dengan baik dan kemas ketika ambil selekoh. Kami terpaksa mengharungi trafik yang sesak ketika pulang dari Kuala Lumpur. Jentera seberat 196 kg ini mudah untuk kita arahkan ia ke kiri dan ke kanan. Seperti menunggang jentera bawah 150cc. Tambahan pula dengan brek hadapan cakera 260mm yang dilengkapi sistem ABS dan belakang 240mm. Hanya menggunakan beberapa jari sudah cukup untuk memperlahankan mesin ini dengan selamat.

Memang benar… posisi menunggangnya cukup selesa. Tinggi pelana (760mm) memudahkan kita untuk memanjat di atasnya. Bagi yang berketinggian bawah 150cm mungkin agak sukar sedikit. Walau bagaimananpun, ia jarang dipertikaikan kerana pelananya yang lembut memberi keselesaan untuk menunggang jauh. Buat pembonceng belakang, kita dapat melihat pemandangan di hadapan dengan jelas kerana kedudukan pelana belakang tinggi sedikit berbanding penunggang. Selain itu, kita juga boleh berfungsi sebagai penunjuk arah buat penunggang.

Melayan jalan-jalan berselekoh tidak mengecewakan . Tambahan pula sistem saspensi menyerap hentakan dengan baik sekali. Kemampuan fork teleskopik hadapan membantu kami kekal di dalam laluan walaupun ada masanya Cruisym ini perlu dimiringkan. Jika membrek secara mengejut, kita langsung tidak terasa seperti ingin melontarkan kita ke depan sebaik membrek dengan keras.

Sedikit mengecewakan ketika menunggang berdua, pembonceng belakang akan merasa hentakan kuat pada saspensi belakang apabila ada kalanya kita melanggar lubang. Harap pihak SYM dapat memantau dan memperbetulkan masalah ini.

Kami sangat sukakan meternya. Panel meter LCDnya memang boleh diberi 5 bintang la! Ia cukup jelas untuk dibaca semasa berada di kawasan yang gelap. Dua buah meter analog menunjukkan tahap kelajuan (kiri) dan putaran rpm (kanan). Di bahagian tengah berlatar belakangkan putih memaparkan info-info yang diperlukan penunggang seperti jarak perjalanan, masa, isyarat tongkat dan tahap bahan api.

SYM Cruisym terus berbakti dengan cemerlang! Sistem pancitan bahan api terbukti membantu kita jimat petrol.  Kami dan mesin ini bersama-sama mengharungi perjalanan sejauh 250 kilometer dengan satu tangki penuh 12 liter pada kelajuan sekitar 120 km/j. Sememangnya penggunaan bahan api ini juga bergantung kepada banyak faktor seperti berat badan, gaya tunggangan dan permukaan bumi.

Dari segi keseluruhan, secara jujurnya SYM ini memiliki rupa bentuk hadapan agresif dan mampu memukau pandangan para pengguna yang melihatnya. Cruisym hadir dalam tiga pilihan warna iaitu merah (Std), putih (SE) dan hitam (SE) serta boleh dimiliki dengan harga RM19,188 untuk versi standard manakala SE berharga RM19,488 (harga tidak termasuk insuran dan cukai jalan). Tunggu apa lagi! Mari ke pusat pengedar sah motosikal SYM untuk menikmati prestasinya. RR

Isu Pada

Jun 2019

Spesifikasi

Enjin4 lejang, silinder tunggal, SOHC, sistem penyejuk cecair
Isipadu:249.4cc
Gerek x Lejang71 x 63mm
Kuasa maksimum15.8kW pada 7,500rpm
Tork maksimum23.5Nm pada 5,500rpm
Tayar120/70-14 55SP (depan), 140/60-13 63SP (belakang)
Brekcakera & ABS (depan), cakera (belakang)
Berat196kg
Tinggi pelana760mm
PengeluarMForce Bike Holdings Sdn Bhd

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

BMW R 1300 GS - Ia Satu Revolusi, Bukan Evolusi

Suzuki GIXXER 250 - Lincah & Padu

CFMOTO 700CL-X Sport: Model Akhir 3 Beradik

Scrambler Ducati Full Throttle - Buatkan Perjalanan Lebih Seronok

Harley-Davidson Vance & Hines KoB Racer - Juara Mutlak 2023

Ducati Hypermotard 950 RVE - Aura Fesyen & Teknologi

Aveta Ranger Max Explorer - Prestasi Luar Jangkaan

Aprilia SR GT 200 Sport - Sensasi, Unik & Gaya Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

RXZ Twin Boss V2 yang menang di AOS2024 dalam pertandingan Art Of Speed Invitational Bike Build Off akan dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.

Model Baru

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

Voge menggunakan pentas global iaitu EICMA untuk melancarkan model kembara terbarunya iaitu Valico 800DS. Ia adalah sebuah jentera yang memberi cabaran dalam segmen Kembara/Adventure

Dari Litar

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa buah bandar di Utara Sepanyol yang turut melibatkan komuniti di Valancia, pihak Dorna telah mengumumkan bahawa GP Valencia yang dijadualkan berlangsung pada 15-17 November nanti telah dibatalkan.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.