Isu Terkini

Julai 2024

Pandu Uji / 30 November 2022

Suzuki GSX-S1000 - Perubahan Ketara Yang Mengagumkan

Model Suzuki GSX-S1000 baru sememangnya banyak bezanya kalau kita bandingkan dengan model-model terdahulu baik dari segi spesifikasi enjin mahupun sistem elektronik. Penambahbaikan yang terdapat pada model jalanan ini adalah untuk memberikan suatu 'produk' yang memenuhi citarasa para peminat dua roda dan pada masa yang sama membuktikan kepakaran mereka dalam menghasilkan sesuatu ciptaan yang benar-benar - “Wow!”

Ketika model ini dilancarkan di peringkat global, RodaRoda telah pun berkongsikan info mengenainya dengan detail sekali menerusi ruangan Pandu Uji yang dilaporkan oleh Adam Child. Kawan-kawan boleh dapatkannya di RodaRoda September 2021. Apa pun, apabila pihak Suzuki Malaysia telah membawa masuk model ini ke pasaran negara, kita juga ingin merasakan bagaimana prestasi jentera jalanan 1000cc alaf baru ini.

Lihat sahaja pada rekabentuk model naked ini. Tak perlu menjadi seorang pakar motosikal untuk kita mencari kelainan dan perbezaannya. Dari tahun 2015 hingga 2020, rekabentuk luaran untuk model GSX-S1000 tidak banyak beza tetapi masuk sahaja tahun 2021, keseluruhannya telah dirombak semula dan digantikan dengan bentuk yang lebih segar... lebih sesuai dengan era zaman moden.

Lampu hadapan jenis LED direka dengan bentuk moden jenis berlapis dan bahagian hadapan ini dikemaskan lagi menerusi ciptaan panel meter jenis LCD. Okay, untuk sebuah jentera 1000cc yang bernilai RM76,900, panel meter LCD mungkin sudah agak ketinggalan. Sudah tiba masanya Suzuki menggantikan panel meter untuk jentera-jentera berkuasa tinggi mereka menggunakan panel meter jenis TFT.

Secara peribadi, panel meter GSX-S1000 ini agak berserabut. Antara info yang dipaparkan ialah tahap kelajuan, posisi gear, sistem traction control, putaran rpm, mod tunggangan, suhu, jam, tahap bahan api, quick shifter dan lain-lain. Model ini ditawarkan tanpa memiliki sistem kawalan miringan terkini dan mungkin agak ketinggalan dari segi teknologi moden berbanding model-model saingannya.

Bahagian belakang juga berbeza termasuklah sirip tepi, sistem ekzos (Euro 5), madgad, casis termasuklah bar hendal yang kini lebih lebar. GSX-S1000 baru ini juga hadir dengan badan pendikit baru (40mm) direka untuk memberi tindakbalas mantap di peringkat awal.

GSX-S1000 telah diberi peningkatan kuasa dari 147.8bhp pada 10,000rpm kepada 149.8bhp pada 11,000rpm. Walaupun begitu, kuasa tork model baru adalah lebih rendah iaitu 106Nm pada 9250rpm berbanding 108Nm pada 9500rpm. Namun, dari segi hantaran kuasa model baru ini khususnya di peringkat pertengahan sememangnya lebih mantap berbanding yang asal.

Suzuki GSX-S1000 dilengkapkan dengan tiga mod tunggangan iaitu Active (A), Basic (B) dan 'C' untuk Comfort. Setiap pilihan mod tunggangan ini memiliki karaktor enjin yang berbeza. Ia akan berubah tetapi masih memberikan hantaran kuasa penuh.

Active adalah mod tunggangan paling pantas dan sangat bertenaga – terasa benar kekuatannya ketika mula-mula mengendalikan GSX ini. Kalau pakai mod ini untuk sertai Track Day, kita akan lebih puas dengan menggunakan Mod Active. Kami lebih selesa menggunakan mod Basic (B) yang dirasa cukup sesuai untuk tunggangan di jalanan mahupun di litar.

Mod Comfort atau C pula boleh menjadi pilihan untuk penunggang baru kerana hantaran kuasanya rendah dan mudah dikawal. Saya menghabiskan banyak masa menggunakan mod B.... atau Basic. Bar hendal direka lebih lebar untuk memudahkan kawalan manakala saiz tangkinya yang besar membolehkan kita menunggang lebih jauh.

Dengan adanya sistem Quick Shifter, kami dapat menambah/menurunkan gear dengan cepat dan mudah dan sememangnya Suzuki ini mampu memecut dalam kedudukan gear apa sekali pun. Dalam mod A atau B, sekali pulas sahaja pendikitnya, jentera ini akan meluru ke depan dengan sangat laju – kena benar-benar mahir untuk mengendalikannya. Apa pun... itu yang menyeronokkan!

Dengan casis yang mantap, tidak terasa sebarang gangguan ketika jentera ini dipecut lebih daripada 200km/j cuma kita kena bersediakan dengan tamparan angin yang kuat disebabkan model ini tidak dilengkapkan dengan cermin pengadang angin. Bar hendalnya yang lebar sekali lagi memberikan tunggangan lebih seronok. Ia membantu pergerakan menjadi lebih pantas dan posisi menunggang yang natural. Kelajuan paling ideal buat kami ialah sekitar 130-140km/j.

Fork hadapan KYB 43mm jenis terbalik memberikan kawalan yang sempurna dan mampu menyerap segala hentakan dengan cemerlang. Turut menyumbang kepada nikmatnya bermotosikal ialah menerusi tahap penyerapan sistem saspensi belakang yang juga cukup cemerlang. Sistem saspensi model ini sama seperti mana yang digunakan pada model terdahulu cuma telah ditambahbaik dari segi talaan agar dapat membawa lebih bebanan dengan selesa dan meyakinkan. Ia memberikan respon dengan pantas dalam apa juga keadaan - superb!

Untuk disesuaikan dengan kemantapan hantaran kuasanya, GSX-S1000 dilengkapkan dengan sistem brek cakera bersaiz 310mm jenis Brembo di depan dan cakera 250mm (belakang) yang bertindak dengan baik sekali. ABS adalah aksesori standard cuma model ini tidak disertakan dengan sistem lean-sensitive.

Dengan adanya sistem elektronik Low RPM Assist, tunggangan di dalam bandar lebih lancar. Putaran enjin akan lebih stabil walaupun pendikit tidak dipulas. Turut dilengkapkan pada model ini ialah sistem Easy Start yang kini sudah menjadi ciri-ciri standard jentera Suzuki baik dari 150cc hingga 1300cc. Dengan sistem ini, kita hanya perlu tekan suis penghidup sekali sahaja dan enjin akan dihidupkan.

Secara keseluruhannya, Suzuki GSX-S1000 memberikan nikmat tunggangan yang lebih bermakna buat para pencinta motosikal yang mahukan sesuatu yang anggun, garang, selesa, pantas dan moden. Tidak dinafikan masih ada beberapa sudut yang perlu dipertingkatkan tetapi secara amnya, GSX-S1000 ini sudah layak untuk berada di kedudukan jentera premium. Harganya juga bukan murah kan?

Dengan tangki sebesar 19 liter, kami dapat menyusuri perjalanan lebih daripada 250 kilometer dan dalam hal ini, tahap penggunaan bahan api bergantung kepada banyak faktor. Mungkin ada yang lebih jimat, dan ada juga yang lebih parah. Tengok gaya tunggangan anda sekalian. RR

Isu Pada

Ogos 2022

Spesifikasi

Enjin4 silinder, sistem penyejuk cecair
Isipadu999cc
Kuasa maksimum50bhp pada 11,000rpm
Tork maksimum106Nm pada 9,250rpm
Transmisi6-kelajuan
Tayar120/70-17 (depan) & 190/55 ZR17 (belakang)
Tinggi pelana810mm
Saspensifork USD KYM 43mm (depan0 & penyerap hentak tunggal (belakang)
Isi tangki19 liter
PengeluarSuzuki Malaysia Sdn Bhd

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

BMW R 1300 GS - Ia Satu Revolusi, Bukan Evolusi

Suzuki GIXXER 250 - Lincah & Padu

CFMOTO 700CL-X Sport: Model Akhir 3 Beradik

Scrambler Ducati Full Throttle - Buatkan Perjalanan Lebih Seronok

Harley-Davidson Vance & Hines KoB Racer - Juara Mutlak 2023

Ducati Hypermotard 950 RVE - Aura Fesyen & Teknologi

Aveta Ranger Max Explorer - Prestasi Luar Jangkaan

Aprilia SR GT 200 Sport - Sensasi, Unik & Gaya Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Bermodalkan RM700, seorang pesara guru mengubah suai motosikalnya sebagai pe­ngangkut sampah dan me­lakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sukarela di Kampung Lanai, di sini.

Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.

Model Baru

Yamaha Europe Perkenalkan Tracer 9, Tracer 9 GT & Tracer 9 GT+ 2025

Yamaha Motor Europe telah memperkenalkan rangkaian Sport Touring mereka bagi tahun 2025 iaitu Yamaha Tracer 9, Tracer 9 GT dan Tracer 9 GT+ Y-AMT.