Isu Terkini

Julai 2024

Pandu Uji / 23 September 2022

Juara Isle Of Man TT - Abus Norton NRS588

Selepas menjangkau 30 tahun kemudian, keajaiban penciptaan itu masih memberikan semangat - terutamanya dalam ingatan mereka yang menyaksikan kehebatannya secara dekat. Dalam perlumbaan ulung Isle of Man (IoM) Senior TT yang terpantas, mantap, penuh keterujaan itu memberikan kemenangan buat super-Scot Steve Hislop dan Norton Rotary yang selama ini telah lama ditunggu-tunggu.

Jentera Norton Rotary itu dicat putih untuk mencerminkan sokongan penaja peralatan keselamatan peribadi Steve ABUS berbanding kebanyakan jentera lumba yang menggunakan warna hitam sempena syarikat rokok negara asal motosikal Norton iaitu John Player Special (JPS).

Pihak pengurusan JPS pastinya tersentap dan terkejut apabila mendengar kejayaan yang dicapai. Mengapa mereka tidak mencari atau menambah bajet khusus untuk menyokong keunggulan Norton yang telah menewaskan jentera-jentera hebat dari Jepun. Siapa sangka, kemenangan yang tidak pernah dicapai oleh Norton sejak 1961.

Dulu, perlumbaan IoM Senior TT dibuka terhad kepada pelumba GP 500cc, dan seorang pemuda bernama Mike Hailwood bersama jentera satu silinder Manx Nortonnya telah menundukkan para pelumba MV Agusta yang sebelum ini memang hampir mustahil untuk ditewaskan. Beliau dan rakan sepasukannya Mike the Bike telah mencipta rekod kelajuan lebih 160km/j – ini adalah rekod pertama menggunakan mesin silinder tunggal.

Untuk memenangi IoM Senior TT 1992 , Hislop bukan sahaja terpaksa berdepan dengan ancaman pasukan Honda yang diketuai oleh maestro TT iaitu Joey Dunlop dan juga pelumba Honda dari Britain, Phil McCallen tetapi juga harus menerima tentangan hebat daripada seorang lagi graduan Sekolah Bakat Perlumbaan TT sepertinya.... Juara Dunia Superbike empat kali iaitu Carl Fogarty.

Pada tahun yang sama Carl telah merangkul gelaran World Endurance bersama Kawasaki. Dalam perlumbaan IoM 1992, Carl tidak menunggang Honda kali ini, sebaliknya Yamaha OW 01. Tidak ketinggalan juga pelumba yang sentiasa hadir memberi saingan, adik lelaki Joey Dunlop, Robert – yang juga rakan sepasukan Hislop sendiri.

Memang terbukti, kepantasan jentera-jentera dalam saingan ini cukup mengujakan. Fogarty dan Hislop, mempamerkan tunggangan yang bertaraf dunia sepanjang saingan yang diadakan sebanyak enam pusingan yang berjarak 361 kilometer.

Penunggang ABUS Norton kehilangan masa di hentian penambahan minyak keduanya. Penutup tangki petrol yang tidak boleh ditutup – menyebabkannya sudah tiga saat di belakang Yamaha di Glen Helen pada pusingan kedua terakhir.

Tetapi dengan usaha yang luar biasa menyaksikan Hislop mendahului semula dengan kelebihan enam saat ketika masuk ke pusingan terakhir yang sejauh 60.3 kilometer. Fogarty mencipta kepantasan 198km/j 4.4 saat di belakang Norton yang akhirnya memenangi perlumbaan TT Isle of Man yang pertama sejak 1973. Sememangnya, kemenangan TT 1992 Norton telah dicapai menentang segala kemungkinan.

Norton ABUS Hislop tidak memberikan prestasi seperti yang diharapkan dan pengurus pasukan Norton Barry Symmonds tahu pasukannya menghadapi masalah. Untuk perlumbaan Senior, mereka telah memasang 'float chamber' untuk meningkatkan jumlah bekalan bahan api.

Itu menjadikan suhu bertambah 6°C, tetapi mereka juga menurunkan nisbah mampatan sedikit, memasang muncung yang lebih kecil pada sistem ejektor ekzos dengan tujuan untuk menarik lebih banyak udara penyejuk masuk melalui enjin. Beberapa lubang tambahan di fairing dan saluran dalaman memaksimumkan aliran udara penyejuk ke bahagian luar enjin. Mereka juga gunakan tayar hadapan yang lebih lembut bagi meningkatkan fleksibiliti.

Litar perlumbaan Snetterton di England Timur adalah litar gantian yang agak buruk berbanding TT Mountain Course. Namun begitu, ia lebih baik daripada Mallory Park yang berliku-liku sempit. Saya pernah menunggang Norton NRS588 1991 di sana.

Jadi apabila Barry Symmonds menjemput saya menguji jentera 'sample' milik Hislop yang memenangi TT, ia memberi saya peluang untuk mengenal semula Norton Rotary. Model ini lengkap dengan plak terukir untuk membuktikan ia adalah 'The One.'

Setelah menunggang setiap versi pelumba Rotary, selama bertahun-tahun, saya dapat melihat dengan jelas perkembangannya. Bermula dari projek kecil juruteknik Norton Brian Crighton, orang pertama memberikan sayap Rotari hinggalah ke jentera perlumbaan yang benar-benar mantap.

Norton meraih kejayaan yang luar biasa. Antaranya ialah juara Superbike British pada tahun 1989 menerusi Steve Spray, sekali lagi takhta yang sama pada tahun berikutnya dengan Trevor Nation. Kejayaan seterusnya ialah dengan menduduki tempat kedua dalam siri Piala Super UK 1991 bersama bintang, Ron Haslam yang menggunakan casis Maxton rekaan Ron Williams.

Tahun itu juga Norton kembali ke perlumbaan GP secara rasmi buat kali pertama dalam empat dekad setelah dibenarkan oleh FIM untuk menggunakan enjin rotari dalam 500GP British di Donington. Tahun 1992 adalah saat kemuncak kejayaan apabila Steve Hislop muncul juara di perlumbaan TT Senior. Kejayaan ini turut dikongsi bersama-sama kemenangan Robert Dunlop dalam GP Ulster. Segala kejayaan ini turut diakui oleh mereka yang memandang rendah pada konsep enjin Rotari selama ini.

Steve Hislop
Steve Hislop

Sedih sekali, sesi ujian saya dengan jentera pemenang TT milik Hislop adalah satu perpisahan. Ini kerana sejurus selepas saya mengujinya, jentera itu terus dibawa ke Muzium Motosikal Negara di Birmingham di mana ia kini berada hingga ke hari ini. Kalaulah Norton boleh mencari sumber untuk meneruskan perlumbaan di litar Isle of Man memang sangat menggembirakan tetapi ia sukar terjadi. Oleh itu, lihatlah foto-foto yang dikongsi ini dan kembalikan diri anda untuk merasakan seperti 30 tahun yang lalu iaitu ketika kami menunggang satu atau dua pusingan di Snetterton.

Berbanding dengan jentera lumba 'short-circuit' milik Ron Haslam, motor yang saya uji pada hari dan tempat yang sama, jentera lumba Hislop tidaklah begitu bezanya. Jentera yang diuji ini telah ditala seperti yang dia gunakan dalan saingan IoM - sangat-sangat berbeza. Seperti motor GP dengan motosikal jalanan.

Norton milik Haslan terasa tegang, padat, dengan sistem saspensi keras dan ketinggian posisi menunggang serta nisbah berat jentera yang dirasa lebih sebelah hadapan – menyebabkan tayar belakang mudah terangkat. “Sejujurnya, kali pertama saya menunggang Norton di TT, saya fikir saya telah melakukan kesilapan yang teruk.,” mendiang Steve Hislop pernah memberitahu saya dengan sedih.

“Cara Ron menyediakan jentera ini sama sekali tidak sesuai untuk perlumbaan di pulau itu. Agak sukar untuk memujuk pasukan bahawa ia perlu diubah dengan sangat drastik dari segi pengendalian untuk mudah ditunggangi pada kelajuan tinggi. Tetapi saya berjaya juga akhirnya,” tambahnya lagi.

Memang betul. Pada asasnya, Steve memerlukan jentera dengan tetapan sistem saspensi yang lebih lembut, posisi tunggangan lebih tinggi di depan dan belakang.

Dengan jarak tapak roda 50mm lebih panjang daripada versi '91 bagi casis Maxton yang sama, ia dapat meratah selekoh dengan lebih stabil. Apabila kita menunggang jentera yang jarak rodanya lebih panjang, kita tidak mudah berwheelie ketika keluar dari selekoh manakala daya tarikan juga lebih baik. Parliament Square, Ramsey Hairpin, Waterworks, the Gooseneck – semuanya laluan mudah buat ABUS Norton dalam mod TT.

Walau bagaimanapun, faktor lain dalam daya tarikan yang lebih baik adalah unit peredam tambahan yang telah Maxton Ron Williams cantumkan pada saspensi belakang jenis Koni yang diubahsuai. Sistem ini memang terbukti berkesan. Saya sendiri dapat merasakannya – tayar belakang berputar dengan lancar dan sangat selesa. Jentera Haslam sekali tidak menyukai ketika di laluan keluar, menggelengkan kepalanya setiap pusingan kerana fork depan yang lebih kaku dan mengecewakan. Berbeza dengan jentera Hislop yang menyerap segala hentakan dengan baik.

Walau bagaimanapun, kedua-dua talaan Norton memang berbeza tetapi hakikatnya mereka mempunyai satu persamaan iaitu enjin jenis twin-rotor yang menawarkan hantaran kuasa dan tenaga yang lancar. Ia pasti salah satu unit kuasa motosikal yang hebat pada eranya. Pasukan Barry Symmons memperhalusi enjin motosikal ini pada musim1992, memasang Keihin 'flatslides' 37mm yang lebih besar yang memberikan tindak balas yang sangat segera tetapi masih boleh dikawal.

Perbezaan terbesar adalah dari segi penghantaran kuasa, kuasa meningkat kepada 147bhp pada 10,000rpm untuk model 1992 yang sememangnya lebih linear dan progresif berbanding jentera '91. Pulas saja pergelangan tangan, guna mana-mana gear, dan Norton akan memberikan tindak balas yang sangat cemerlang.

Saya dapat menikmatinya untuk 6 Lap bersama-sama bekas pelumba (Rob McElnea) yang menunggang Yamaha Loctite Yamaha OW 01. Dari segi prestasi, jentera tunggangan Rob memang hampir sama hebat dengan Carl Forgarty manakala Norton tunggangan saya ini hanya ketinggalan ketika berada tenaga di laluan lurus. Untuk bersaing di selekoh memang bukan memberikan masalah buat Norton.

Anda memang perlu bijak menggunakan sistem gear dengan tepat atau akan berada dalam kedudukan gear neutral dengan mudah. Model ini hampir tidak ada langsung brek enjin (seperti model dua lejang) dan apabila dalam keadaan melahu, putaran enjinnya sangat tinggi. Cara untuk atasi masalah ini adalah dengan memegang tuas klac.

Lapan belas tahun kemudian, saya telah diminta untuk menaiki NRS588 ABUS Norton untuk NMM pada mesyuarat perlumbaan Bersejarah Antarabangsa Donington Park 2010, dalam syarikat bersama Trevor Nation, Terry Rymer dan pelumba Rotary yang lain pada motosikal sebenar yang mereka lumba ketika itu. Saya berbesar hati dapat berdiri untuk Steve Hislop, sayangnya beliau tidak lagi bersama kami selepas nahas helikopter mautnya pada tahun 2003.

Norton Peugeot V2 1907 & NRV588 2007.
Norton Peugeot V2 1907 & NRV588 2007.

Saya tidak dapat mengelak daripada memikirkan kembali tahun sebelum dia meninggal dunia, ketika saya bercakap dengannya mengenai kemenangan TT Senior beliau di Norton, pada ulang tahun kesepuluh kemenangannya.

“Saya bernasib baik kerana mendapat banyak kejayaan di Pulau, tetapi kemenangan ke atas Norton itu adalah perlumbaan terbaik yang pernah saya lakukan. Foggy adalah pesaing yang sangat kental, dan saya tahu dia tidak akan berhenti mencuba sehingga di saat-saat akhir.”

RC588 1989 & RCW588 1994.
RC588 1989 & RCW588 1994.

“Saya tidak pasti untuk berlumba di TT tahun itu sehinggalah tepat pada saat akhir, apabila ABUS datang dengan wang tunai untuk membiayai Norton sambil membawa jentera untuk saya. Kami menduduki tempat kedua dalam Perlumbaan Formula 1 pada awal minggu, dan itu membuktikan Rotary mampu bertahan dalam jarak yang jauh.”

“Sebagai Senior Perlumbaan yang anda benar-benar ingin menang, saya menghadapi masalah menutup penutup pengisi di hentian pit kedua saya. Saya hanya mampu berserah, teruskan berlumba dan berjaya mengetepikan Carl. Saya berhutang budi kepada semua orang di sekeliling mengekalkan saya dalam gambar dengan apa sahaja kenangan yang berlaku tepat pada masanya. RR

Laporan: Alan Cathcart
Kredit Foto: Kyoichi Nakamura

Isu Pada

Mei 2022

Spesifikasi

Enjinsistem penyejuk cecair, twin-rotor rotary
Isipadu588cc (rated as 999.60cc twin by FIM for International racing)
Kuasa maksimum147bhp pada 10,000rpm
NyalaanNorton CDI
Tayar120/70-17 Michelin (depan) & 150/60-17 Michelin (belakang)
SaspensiFork teleskopik USD White Power 41mm (depan) & lengan ayun aluminium (belakang)
Brekcakera 310mm (depan) & cakera 190mm (belakang)
Laju maksimum302km/j (NW 200 1992)
Tahun pembuatan1991 dengan modifikasi 1992
PemilikNational Motorcycle Museum, Birmingham, Great Britian

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

BMW R 1300 GS - Ia Satu Revolusi, Bukan Evolusi

Suzuki GIXXER 250 - Lincah & Padu

CFMOTO 700CL-X Sport: Model Akhir 3 Beradik

Scrambler Ducati Full Throttle - Buatkan Perjalanan Lebih Seronok

Harley-Davidson Vance & Hines KoB Racer - Juara Mutlak 2023

Ducati Hypermotard 950 RVE - Aura Fesyen & Teknologi

Aveta Ranger Max Explorer - Prestasi Luar Jangkaan

Aprilia SR GT 200 Sport - Sensasi, Unik & Gaya Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Model Baru

EICMA 2024: Yamaha R3 'Kemas Kini' Lebih Mantap!

Berikutan pelancaran R9 baru tempohari, Yamaha memilihi 'pentas' EICMA untuk memperkenalkan model yang dikemas iaitu R3 untuk pengeluaran tahun 2025.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.