Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 10 Oktober 2021

SYM Jet X 150 - Pencabar Segmen Skuter 150cc

Tidak dinafikan, SYM di bawah naungan MForce Bike Holdings Sdn Bhd merupakan jenama motosikal yang semakin mendapat kepercayaan di kalangan pengguna dua roda di negara ini. Antara model-model yang pernah diperkenalkan adalah Sport Rider 125i, Bonus 110 SR, E-Bonus 110, VF3i 185, MIO 110, Jet14 200, Jet14 125i, CRUiSYM 250i, MAXSYM TL 500 dan yang terkini Jet X 150.

SYM Jet X 150 telah dilancarkan secara umum pada pertengahan bulan Mei 2021. Model ini diperkenalkan dalam dua varian iaitu Standard dan Special Edition. Bagi versi standard ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu kelabu, merah dan kuning. Manakala versi Special Edition adalah biru Chameleon. Untuk pandu uji ini kami diberi versi standard. Menurut pihak MForce, bagi kedua-dua varian tersebut masih menggunakan enjin dan ciri-ciri yang sama. Apa yang membezakan Standard dan SE adalah dari segi warna.

Unit yang diuji ini diambil daripada pengedar sah SYM Malaysia, Chai Ken Motorcycles Sdn Bhd yang telah beroperasi di Taman Perindustrian Puchong sejak tahun 1997. Chai Ken Motorcycle diuruskan oleh Mr. Ang Jun Gui dan Mr. Ang Jun Fu (adik-beradik) turut membantu dalam proses pinjaman untuk jentera yang ditunggang uji kali ini.

Secara jujurnya rupabentuk jentera ini tampak mewah dan kemas serta mampu menambat hati sesiapa yang melihatnya. Boleh dikatakan rekaan skuter 150cc ini kelihatan cukup sesuai untuk penunggang lelaki mahu pun wanita.

MForce SmartShop yang diuruskan oleh Chai Ken Motorcycle di Taman Perindustrian Puchong, Selangor.
MForce SmartShop yang diuruskan oleh Chai Ken Motorcycle di Taman Perindustrian Puchong, Selangor.

Menariknya Jet X 150 ini dilengkapi dengan sistem kunci pintar bersama penggera untuk tujuan keselamatan. Namun, sistem ini berfungsi dengan cara yang berbeza. Untuk menggunakan sistem kunci pintar pada Jet X 150 ini mudah sahaja. Tekan butang ‘Unlock’ yang terdapat pada Remote, kemudian putar sahaja kunci pintar pada jentera ke arah kanan. Paparan meternya akan menyala menandakan skuter ini sudah sedia untuk dihidupkan. Sistem ini akan Lock secara automatik sebaik sahaja enjin dimatikan dan kedudukan kunci pada ‘Off’.

Mesti pembaca tertanya-tanya jika berlakunya kerosakan pada sistem tersebut ataupun kehabisan bateri, bagaimana untuk menghidupkan model ini secara manual? Caranya sangat mudah. Tolak sahaja bahagian berwarna perak ke atas yang ada di kunci pintar pada jentera. Kemudian bukanya dan akan ada satu ruang untuk meletakkan kunci untuk menghidupkan enjin. Kunci boleh didapati di Remote.

Kami mula melabuhkan punggung ke atas pelana yang setinggi 780mm. Tidak yang menawarkan pelbagai jenis motosikal, ruang pameran luas serta menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan pantas. Sehingga kini, syarikat tersebut telah mempunyai sebanyak 17 cawangan. Tidak lupa juga buat MForce Bike Holdings yang begitu tinggi mahupun rendah. Posisi menunggang jentera SYM ini selesa dan natural. Ruang pelana yang lebar beri keselesaan buat penunggang dan pembonceng. Manakala ruang di antara bar hendal dan penunggang yang cukup luas memudahkan penunggang untuk mengubah posisi mengikut keselesaan. Lantai pemijak yang panjang juga antara faktor membuatkan penunggang lebih selesa untuk menunggang ke mana-mana sahaja.

Jet X 150 boleh dihidupkan melalui satu cara iaitu menggunakan suis penghidup elektrik. Enjinnya yang bersesaran 149.6cc ini berputar dengan lancar sebaik sahaja dihidupkan. Sistem ekzosnya menawarkan bunyi yang merdu dan senyap.

Dengan enjin silinder tunggal, 4 lejang, dua injap dan sistem penyejuk cecair, Jet X 150 menawarkan satu tunggangan yang cukup menghiburkan. Model ini mempunyai kuasa maksimum 12.3hp pada 8,000rpm dan tork 12.0Nm pada 6,000rpm. Walaupun kuasa hantarannya tidak setinggi model-model skuter 150cc, jentera ini mampu memuaskan hati penggunanya. Purata kelajuan yang kami capai adalah sekitar 115 – 120 km/j. Hanya sekali sahaja kami pernah mencecah kelajuan 125km/j.

Sistem transmisi jenis CVT mampu menggerakkan skuter yang seberat 140kg dengan lancar. Jet X 150 menawarkan pengendalian yang cukup mudah. Rekaan fairing hadapan serta penghadang angin (walaupun rendah) memudahkan laluan udara agar kita terus stabil dan selesa dalam kelajuan tinggi.

Menunggang di dalam bandar memang cukup mencabar kerana kita perlu menempuh jalan-jalan yang sesak dengan kenderaan apabila di waktu puncak. Mujur Jet X 150 tidak memiliki tubuh badan yang begitu gemuk. Dengan mudah kita dapat mencelah di antara kenderaan untuk meneruskan perjalanan. Apabila nampak ruang lebih terbuka pulas sahaja pendikitnya.

Motosikal automatik memang cukup terkenal dengan ruang bawah pelana yang luas. Mengembara bersama SYM Jet X 150 antara satu pilihan yang bijak kerana model ini memiliki ruang simpan bawah pelana berkapasiti 18 liter. Memang cukup luas! Ruang ini mampu memuatkan sebuah topi keledar fullface. Manakala di bahagian hadapan pula terdapat ruangan kecil sebelah kiri yang boleh kita letakkan telefon bimbit, dompet, powerbank bersaiz kecil, sarung tangan, kunci ataupun barangan kecil yang lain.

Lincah sungguh skuter ini meratah laluan-laluan berselekoh. Jet X 150 disempurnakan dengan tayar-tayar bersaiz 100/90-14 (depan) dan 110/80-14 (belakang) yang menggigit permukaan jalan dengan baik sekali. Miringkan sahaja badan, jentera ini akan berada di laluannya dengan tepat. Saspensi hadapannya jenis fork teleskopik bertindak dengan kemas apabila membrek untuk mengambil selekoh. Penyerap hentak berkembar di belakang memberikan keselesaan buat penunggang. Walaupun menunggang bersama pembonceng, skuter ini tidak terasa berbuai ketika mengambil selekoh.

Jet X 150 didatangkan dengan brek cakera 260mm di bahagian hadapan dan 220mm di belakang. Tambah meyakinkan, sistem brek SYM ini menggunakan teknologi Combi Brake System (CBS) di mana brek hadapan dan belakang bertindak serentak. CBS bertindak dengan efisien untuk mengimbangi tekanan brek agar proses memperlahankan jentera dapat dilakukan dengan mudah, pantas dan yang paling penting, selamat!

Apa yang kurang memuaskan adalah kedudukan tongkat sisinya terlalu ke dalam. Kadang-kadang kami terpaksa melihat ke bawah untuk menurunkan tongkat sisi. Kami berharap pihak MForce Bike dapat selesaikan masalah ini pada masa akan datang.

Untuk tunggangan malam tidak mengecewakan. Suluhannya lampu utama jenis LEDnya cukup terang sekali. Lampu belakangnya juga adalah jenis LED, manakala di bahagian bar hendal sebelah kanan terdapat suis lampu kecemasan yang boleh kita hidupkan sekiranya berlaku sebarang musibah.

Paparan meter LCD pada Jet X 150 ini boleh kami katakan jelas dan mudah. Pelbagai info penting yang diperlukan setiap penunggang seperti putaran rpm, tahap kelajuan, tahap bahan api, masa dan jarak perjalanan.

Secara keseluruhan, jentera skuter ini amat praktikal untuk kegunaan harian. Kita boleh menunggang ke tempat kerja, tempat belajar, pasar, bersiar-siar dan mengembara. Selain mudah untuk dikendalikan, penggunaan petrol jentera ini memang efisien dan menjimatkan. Dengan isian tangki bahan api 7.5 liter, kami dapat memacu jentera ini sekitar 200 kilometer. Memang cukup jimat untuk sebuah skuter 150cc.

SYM Jet X 150 boleh dimiliki pada harga asas RM8,888 untuk varian Standard. Manakala bagi varian Special Edition (SE) adalah RM9,188. Kesemua harga adalah tanpa pendaftaran dan cukai jalan, pemilik akan menikmati waranti kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). RR

Isu Pada

Oktober 2021

Spesifikasi

Enjinsilinder tunggal, SOHC, 4 lejang, sistem penyejuk cecair
Isipadu149.6cc
Kuasa maksimum12.3hp pada 8,000rpm
Tork maksimum12.0Nm pada 6,000rpm
Tayar100/90 - 14 (depan) & 110/80 - 14 (belakang)
Saspensifork teleskopik (depan) & penyerap hentak berkembar (belakang)
Berat140kg
P x L x T2,000mm x 790mm x 780mm
Isi tangki7.5 liter
PengedarMForce Bike Holdings Sdn Bhd

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Suzuki V-Strom 800DE: Sesuai Untuk Perjalanan Jauh & Dekat

Santai Bersama Yamaha: MT-09 Syok Ke Mana Sahaja!

Honda XL750 Transalp: Antara Jentera Kembara 'Middle Weight' Yang Terbaik?

Bajaj Freedom 125 CNG: Bukti Bahan Api 'Gas' Lebih Praktikal

MODENAS Z250 ABS – Senang, Selesa, Sempoi!

Honda NX500: Lebih Padu... Lebih Syok...

Kemunculan Semula Moto Morini Cukup Mantap Dengan Calibro & Calibro Bagger 700

KYMCO AK550: Mewah, Elegan & Praktikal

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

Marc Marquez sekali lagi mencipta sejarah dengan meriah kemenangan yang ke-64 dan yang ke-4 di litar Termas de Rio Hondo selepas tahun 2024, 2016 dan 2019. Kemenangan ini juga membolehkannya menyamai Legenda MotoGP Angel Nieto.

Warta Roda

Kembara 60,000km ke Eropah Bersama Ducati Multistrada

'The Multistrada 60,000 km European Tour' telah berakhir dengan jayanya. Ia merupakan pengembaraan epik bermula dari Perancis yang menyaksikan jentera Ducati Multistrada Rally V4 ditunggangan secara berganti-ganti (relay) merentasi lapan buah negara di Eropah dan berakhir di Borgo Panigale.

Pandu Uji

Santai Bersama Yamaha: MT-09 Syok Ke Mana Sahaja!

Okay...sekarang masa untuk menikmati MT-09 V4 pula, Saya dan Redz bertukar-tukar motor, nanti boleh borak tentang perbezaan dan persamaan antara kami berdua. Tinggi Redz sekitar 168cm dan saya pula 179cm, mesti lah ada beza kan?

Warta Roda

Nahas Dua Motosikal Dirempuh Kereta, Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia

Seorang lagi mangsa kemalangan tiga buah kenderaan yang melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta