Isu Terkini

Julai 2024

Pandu Uji / 4 September 2021

Ascot-Pullin 500 Sports Utility - Dekorasi Seni Avantgarde

Pemergian Peter Williams telah memberikan satu penghormatan sebagai salah seorang jurutera motosikal yang cemerlang – seorang lelaki yang membuktikan kesungguhan dan kreativi untuk menghasilkan rekabentuk inovatif buat pasukan perlumbaan yang akhirnya berjaya memberi saingan para pencabar yang hadir dengan jentera yang lebih konvensional.

Kemenangan lagenda Pee Jay adalah di saingan Isle of Man TT 1973 menerusi jentera Monocoque yang diciptakannya secara peribadi dan melambangkan kemampuannya untuk berjaya berfikir di luar kotak. Kejayaan itu juga telah memberinya peluang berkhidmat di Cosmorth dan Lotus selepas menamatkan kariernya dalam dunia perlumbaan pada tahun 1974 akibat kecederaan.

Kira-kira 60 tahun sebelum itu, tersenarai juga seorang lagi lelaki yang mempunyai keazaman dan pencapaian yang setanding. Dia ialah Cyrill Pullin, anak kelahiran London yang telah meraih kemenangan di perlumbaan Senior TT pada tahun 1914 dengan menunggang Rudge Multi yang diubahsuai oleh tangannya sendiri. Jentera yang menggunakan transmisi talisawat itu memiliki lebih daripada 20 nisbah gear yang ditangani secara unik untuk bersaing dalam cabaran kecerunan dalam perlumbaan TT motosikal di litar pergunungan yang berjarak 37.40 batu atau sekitar 60 kilometer.

Pullin telah mengubahsuai kerangka Rudge dengan merendahkan pelana untuk dapatkan pusat graviti lebih baik agar lebih mudah dikawal lebih-lebih lagi di laluan yang ketika itu tidak begitu baik. Rekaannya itu membolehkannya lebih pantas dan berjaya membuka jarak untuk memimpin perlumbaan pada enam lap terakhir. Pullin berjaya meraih kemenangan dalam perlumbaan tahan lasak empat jam ini dengan menewaskan juara bertahan, Oliver Godfrey (Indian) dan Howard R. Davies (Sunbeam).

Ketika tercetuskan Perang Dunia Kedua, Pullin berkhidmat sebagai juruteknik marin yang kemudiannya memberi tumpuan dalam penghasilan kenderaan harga patut yang telah mendapat permintaan yang sangat tinggi selepas berakhirnya peperangan. Penjualan motosikal ‘meletup’ pada tahun 1920an dan Pullin telah bekerjasama dengan seorang pereka iaitu Stanley Groom untuk membangunkan sebuah motosikal 216cc, dua lejang, silinder mendatar, kotak gear dua kelajuan dengan pacuan akhir jenis rantai. Jentera ini telah dilancarkan kepada pihak media pada Mac 1920.

Untuk mengurangkan kos pengeluaran besar-besaran, mereka telah bekerjasama dengan syarikat pengeluaran pressed-steel untuk memasang dua spar casis pada bahagian kerangka termasuklah sistem saspensi depan dan belakang. Terdapat banyak ciri-ciri terbaru termasuk penggunaan keluli yang banyak dalam pembuatannya.

Pada tahun 1922, Cyril Pullin mencipta rekod baru dengan kelajuan 100bsj dengan jentera Douglas.
Pada tahun 1922, Cyril Pullin mencipta rekod baru dengan kelajuan 100bsj dengan jentera Douglas.

Walaupun dipromosikan dengan risalah mewah, ruang pejabat yang juga mewah di Barat London dan liputan media yang luas, Pullin telah kehabisan modal sebelum meletakkan namanya sebagai pengeluar. Walaupun begitu dia telah menghasilkan 20 rekaan global dengan paten Pullin-Groom. Pada tahun 1923, model tersebut telah direka semula oleh Pullin Motor Cycle Co. yang kini dijalankan oleh W.M. Brooks. Model itu dilengkapkan dengan enjin 310cc dan produksi bermula pada awal tahun 1924. Sayangnya syarikat ini tidak bertahan lama.

Namun, pada waktu yang sama, Cyril Pullin telah memperhebatkan usahanya untuk berlumba di Brooklands. Ia merupakan tempat terbaik untuk membuat rekod dan mendapatkan bonus produk menerusi jentera 998cc Zenith-Anzani V-kembar talaannya sendiri. Hal ini telah menarik perhatian pengurus syarikat Douglas Motorcycles’s Work, Les Bailey.

Pada tahun 1914, Cyril Pullin telah memenangi Isle of Man Senior TT dengan jentera Rudge Multi.
Pada tahun 1914, Cyril Pullin telah memenangi Isle of Man Senior TT dengan jentera Rudge Multi.

Bailey, seorang warga Australia yang bakal mengahwini adik Pullin - tetapi sebelum itu dia perlu memujuk bakal iparnya untuk menggunakan bakat membuat talaan dan pelarasan pada jentera 500cc Douglas dengan silinder fore-and-aft yang mampu bergerak cukup stabil di laluan Brooklands yang agak berbonggol.

Pada Mac 1922, Pullin menjadi orang pertama di Britain yang memecah rekod 100bsj atau 160km/j di atas jentera yang bersesaran 500cc. Kejayaan itu membolehkan dia membuka tapak di Brookland, di mana Pullin sedang menyediakan dan menguji jentera Douglas 3••• yang boleh dijual berdasarkan sijil yang mengesahkan ia mampu memecut lebih daripada 160km/j. Kini kita tahu dari mana datangnya idea George Brough dalam menghasilkan jentera SS100 Brough Superior yang pantas.

Pullin kemudiannya menyertai Douglas pada bulan Oktober 1923 sebagai Ketua Bahagian Rekaan dan terus mencipta rekod baru, kali ini sebagai orang pertama menunggang motosikal dan sidecars sejauh 1600 kilometer dalam masa 24 jam. Dia juga mengeluarkan model paling laris, barisan ‘keluarga’ EW 350-600cc termasuklah model DT5 Racer yang mengungguli perlumbaan lasak di UK – lebih daripada 1,200 unit jentera lasak dijual pada tahun 1929.

Namun begitu, pada bulan Februari 1928, Cyril Pullin telah beralih arah dengan usaha untuk membangunkan "The New Wonder Motor Cycle" yang diberi nama Ascot-Pullin 500 Sports Utility - dilancarkan di London Olympia Show pada bulan November tahun yang sama. Pengenalan kepada model ini dilakukan selepas Pullin menghidupkan semula sijil paten Pullin-Groom. Melihat kepada hasil tangannya yang berusia hampir satu abad lamanya, ia masih kelihatan menarik dan inovatif.

Bayangkan ketika ia ditampilkan buat pertama kali, Pada masa itu, ia pasti kelihatan benar-benar hebat dan di luar dari jangkaan. Model ini menawarkan tidak kurang dari 52 ciri rekabentuk berbeza yang dinyatakan sebagai rekaan terbaru dan eksklusif untuk model tersebut. Antaranya ialah brek hidraulik - masih nampak cukup bijak hingga ke hari ini.

The Ascot Motor & Manufacturing Co. ditubuhkan di Britain untuk pengeluaran kereta jenis Fejes di bawah lesen kenderaan utiliti. Kenderaan tersebut dihasilkan di Budapest dari tahun 1923 dan seterusnya. Rekabentuknya dari ciptaan jurutera tempatan iaitu Jenő Fejes.

Keseluruhan kereta ini, termasuklah bahagian enjin empat silinder OHV 1,244ccnya direka menggunakan komponen keluli yang dikimpal. Ia telah dibeli oleh Pejabat Pos Hungary, walaupun begitu, pengeluarannya terpaksa dihentikan pada tahun 1932 iaitu ketika era Kemurungan Dunia.

Sekumpulan pelabur yang diketuai oleh Putera Raja Jerman dan duta Hungary telah pergi ke London. László Szapári membayar £25,000 – bersamaan dengan £1.5 juta nilai hari ini untuk mendapatkan paten dan hak produksi dengan harapan untuk mengeluarkan kira-kira 6,000 unit (setahun) jentera kos rendah 1,500cc di UK pada harga £100. Ini memberi saingan buat kereta Austin Sever 747cc yang bernilai £150.

Pada Julai 1927, empat buah kereta pertama Ascot yang dibuat di kilang mereka siap sepenuhnya. Ia adalah bekas kilang kereta Phoenix yang terbengkalai tetapi masih lengkap dengan mesin bertekanan tinggi yang cukup mahal harganya.

Sammy Miller -kanan- & Jim Devereux mengisi bahan api pada jentera.
Sammy Miller -kanan- & Jim Devereux mengisi bahan api pada jentera.

Sayangnya, syarikat ini berjuang untuk bertahan dan akhirnya terpaksa dibubarkan sebelum mereka berjaya memulakan pengeluaran berskala besar - satu langkah yang pastinya menggembirakan Herbert Austin, 'orang besar' di Britain dalam dunia pengeluaran kereta. Ada juga khabar angin yang mengaitkan dia dengan pembubaran syarikat-syarikat pesaing.

Cyril Pullin kemudiannya menggunakan segala kemudahan di kilang Letchworth untuk membina motosikalnya sendiri iaitu Ascot-Pullin Sports Utility yang ditawarkan pada harga £73 manakala model istimewa, Utility-de-Luxe jual £2 lebih tinggi. Model itu digelar “Car on Two Wheels” kerana ia direka lengkap dengan pelindung kaki, cermin sisi yang inovatif, cermin pengadang udara yang lengkap dengan wiper lagi. Model ini turut hadir dengan Side-Car yang dijual berasingan.

1925, kereta Fejes dibuat untuk HU-Brown & Boveri Electrical Company.
1925, kereta Fejes dibuat untuk HU-Brown & Boveri Electrical Company.
1920 Pullin-Groom 216cc.
1920 Pullin-Groom 216cc.

Pullin kemudiannya perlu membangunkan jentera 496cc dengan enjin sejukan udara, OHV dan berdimensi 82 x 94mm. Ia menghasilkan kuasa tertinggi 16bhp pada 5,500rpm dan mampu memecut lebih daripada 75bsj atau [120 km/j]. Ia dibuktikan ketika diuji di Brooklands dengan kelajuan purata sekitar 87km/j untuk sembilan jam tanpa henti.

Powerplant yang inovatif ini dipasang dalam rangka monocoque keluli-tekan, kemudian dipasang pula tangki bahan bakar sebesar 20.25 liter dan 1••• tangki pelincir (5.68 liter). Jentera ini juga dilengkapkan dengan brek gelendong SLS bersaiz 203mm (boleh laras) manakala di belakang jenis hidraulik – mungkin ianya adalah rekaaan pertama untuk jentera dua roda.

Kerangka model ini agak berat menjadikan berat mencecah 150 liter dan Pullin juga membuat rekaan untuk sistem tongkat tengah teleskopik (dengan dua posisi parkir & 'wheel removal'). Bar hendalnya melengkung dan dilengkapkan dengan panel meter yang cantik – seperti kereta sport waktu itu.

Ia lengkap dengan lampu pemalap, choke, jam dan penunjuk kelajuan Smiths. Secara keseluruhan rekabentuknya seperti gaya Art Deco yang dianggunkan dengan warna Royal Blue. Ketika dilancarkan di Pameran Olympia, mereka menerima tidak kurang daripada 3,000 tempahan dan pastinya Pullin cukup berpuas hati dengan jumlah jentera yang ditempah itu.

Malangnya. Jentera yang maju ini akhirnya diibaratkan terlalu bagus untuk menjadi kenyataan. Terdapat banyak faktor yang menjadikan segalanya kurang meyakinkan. Antaranya ialah posisi Pullin selaku pencipta jentera ini masih bertugas di Douglas, proses lakaran hingga tarikh pameran dalam masa setahun – nampak terlalu tergesa-gesa untuk memasarkan produk yang tidak dikembangkan dengan betul.

Teringat juga ketika jentera ini ditunggang uji oleh Bradsell yang kemudiannya dinukilkan dalam majalah TCM pada tahun 1983. Motor itulah unit prototaip pertama yang dibina di Bristol - oleh siapa, dia tidak dapat nyatakan! Menurutnya – jentera ini berfungsi dengan baik.

Sammy Miller
Sammy Miller

Saya menunggang uji model yang paling awal itu dan sering kali terpaksa menghubungi pihak syarikat untuk menyediakan unit lain kerana ia bermasalah. Pada saya, model ini terlalu cepat dipasarkan tanpa membuat penelitian dengan betul semasa dalam proses pembinaan dan ujian ketahanan.

Reputasi Ascot-Pullin semakin teruk. Setiap kali kelajuan melebihi 88km/j, ia bergegar dengan teruk sehinggakan penunggang sendiri tidak tahan. Paling menyedihkan tentulah apabila aduan saya itu langsung tidak dihiraukan, sehinggalah Editor Majalah The Motor Cycle” iaitu Arthur Bourne datang untuk merasai sendiri jentera itu.

Arthur terkenal dengan nama pena 'Torrens' Bourne dan merupakan seorang wartawan motosikal otai ketika dunia percetakan adalah 'raja' dan majalah ini juga telah berjaya dicetak sekitar 100,000 naskah dalam seminggu. Beliau memiliki pengaruh yang luar biasa terutamanya untuk model-model unik dan avantgarde seperti Ascot-Pullin. Memang hebat!

Ketika menunggang Ascot-Pullin, Bourne telah mencuba untuk memecut sekitar 95km/j dan terjadinya tank slapper dan menghumbannya ke atas jalan betul -betul di hadapan Bradsell. Nasib baik tidak ada kecederaan serius berlaku.

Ascot-Pullin Utility-de-Luxe.
Ascot-Pullin Utility-de-Luxe.

Bourne menulis tentang hal ini tetapi tidak nyatakan nama pengeluar motosikal. Seminggu selepas itu, Bradless sedang membuat demo kepada bakal pembeli dan memecut dengan lajunya dan berlaku lagi tank-slapper. Apabila Bradsell sedar, dia sudah pun berada di hospital dengan kaki yang patah dan gegaran otak yang cukup kuat. Selepas insiden itu, pihak pengurusan membuat keputusan untuk tidak membenarkan jentera ini diuji selagi tidak diperbaiki dan akhirnya Ascot-Pullin dapat dipecut dengan kelajuan lebih daripada 100km/j tanpa masalah (tak pegang bar hendal pun boleh).

Selepas itu, Arthur Bourne sekali lagi dijemput bagi menguji jentera tersebut untuk perjalanan sejauh 112 kilometer daripada Letchworth ke Brooklands untuk sesi fotografi dan ujian kecuraman yang berjaya dilalui dengan sempurna. Mereka rehat dan ketika menyambung semula perjalanan, terdapat percikan api ketika enjin ingin dihidupkan – motosikal itu terbakar.

Pada Oktober 1929, Bourne sekali lagi mengujinya untuk kali ketiga dan kali ini melakukan road trip untuk jarak yang lebih jauh iaitu dari Letchworth ke West Country. Malangnya, ketika tiba di tempat dia seharusnya bermalam, ada telegram sudah menanti yang menyatakan Ascot-Pullin telah muflis dan motosikal perlu diserahkan segera mungkin.

Setelah syarikat tersebut tidak lagi beroperasi, sebilangan besar unit yang lengkap telah dihantar ke pusat pengedar di Utara London iaitu Renno's of Islington yang terus mengiklankannya dengan harga istimewa hadiah 45 Guineas (= £47•••) sehingga tahun 1934.

Cyril Pullin juga telah bertukar kerja dengan menjadi tuan punya kelab malam di George & Dragon di Baldock, hanya sekitar 3 kilometer dari kilang Ascot-Pullin yang tidak lagi beroperasi! Di masa lapang dia mereka pula sebuah motor-car ringan yang cukup unik. Ia memiliki roda belakang berkembar yang dipasang berdekatan untuk lebih stabil berbanding roda tiga. Pada tahun 1932, dia bergabung semula dengan Douglas untuk menyempurnakan projek tersebut dan lain-lain.

Paling terkenal ialah model TT 500cc baru yang dihasilkan oleh empat orang yang bijak termasuklah Jack Williams – bapa kepada Peter, seorang ketua jurutera AMV Perang Dunia Kedua dan pereka motosikal Matchless G50. Jentera yang pernah berlumba di TT Senior 1932 tetapi tanpa meraih kejayaan.

Pullin kemudiannya menyertai firma dari Scotland, G & J Wier, syarikat pesawat di Glasgow sebagai ketua pereka. Mereka ingin mengembangkan siri Autogiros sebelum beralih ke helikopter kecil - dia telah mengembangkan pelbagai paten untuk helikopter pada tahun 1920-an.

Cyril Pullin meninggal dunia pada bulan April 1973, berusia 80 tahun. Sepanjang usianya, dia telah menjalani kehidupan yang penuh dengan ciptaan, inovasi dan penemuan. Dia memiliki lebih daripada 200 paten, untuk semua jenis kejuruteraan dari rekabentuk kerangka motosikal, beralih ke dunia autogiro hinggalah kepada penciptaan Powerwheel, enjin rotari yang dipasang dalam hub roda motosikal.

Dia telah menghasilkan di antara 200 hingga 400 motosikal Ascot-Pullin, tetapi hanya enam jenis sahaja yang dipercayai masih ada hingga ke hari ini. Salah satu daripadanya dilelong pada bulan Oktober 2013 dengan harga £29,900, dan hampir pasti model-model lain juga boleh didapati di Sammy Miller Museum (www.sammymiller.co.uk) yang terletak di Pantai Selatan Britain.

"Kami membelinya kira-kira 30 tahun yang lalu di Beaulieu Autojumble tidak jauh dari sini tetapi tidak lengkap, sangat lusuh dan kehilangan beberapa bahagian penting yang memerlukan masa kira-kira sepuluh tahun untuk mencari dan memiliki segala alat ganti dan barangan asal yang sangat sukar. Contohnya sistem ekzos,” kata Sammy.

“Saya dan Bob Stanley (seorang mekanik yang sangat handal di Muzium Miller) berjaya menghidupkannya pada musim bunga 2002 dan saya sendiri telah menunggangnya beberapa kali termasuklah di acara Graham Walker Run dan di Montlhéry’s Coupes Moto Legende yang diadakan di Perancis. Motosikal lagenda ini bergerak dengan lancar dan tiada lagi isu tentang pengendaliannya yang teruk. Semuanya cantik dan benar-benar mengagumi rekaannya.”

Saya telah dijemput oleh Sammy untuk merasai Ascot-Pullin selama beberapa pusingan di litar kawasan Muzium untuk menguji dan mengesahkan bahawa pada kelajuan 55bsj/88km/j, tidak terjadinya tank-slapper. Pada pelana yang setinggi 685mm, posisi menunggang anda duduk agak rendah. Dengan kaki yang agak tinggi, mungkin untuk mengelakkan saiz ekzos berkembarnya yang panjang. Saya yang berketinggian 5'10” mendapati jentera ini agak sempit.

Saya agak terkejut dengan kekuatan kuasa tork yang mampu menarik jentera ini dengan mudah dari kelajuan rendah – tanpa sebarang sentapan pada bahagian transmisi. Ia adalah satu pengalaman baru menunggang sebuah jentera yang mempunyai sistem tuas-gear di tangan dan pastinya anda tidak boleh menggunakan brek depan ketika itu. Beberapa kali juga saya tersilap dan ia agak mengganggu – tidak sesuai untuk ditunggang di dalam bandar.

Walaupun kuasa torknya mantap, kuasa maksimumnya hanya 16bhp pada 5,500rpm dan ia tidak begitu bertenaga untuk membuat pecutan jentera seberat 150kg. Secara keseluruhannya, Ascot-Pullin 500 Sports Utility dirasakan seperti sebuah jentera 350cc di eranya tetapi ia mempunyai nilai tinggi kerana rupawajahnya yang unik, kemasan yang inovatif dan moden. Jentera ciptaan Cyril Pullin ini memang menjangkaui masa dan zamannya manakala musuh utamanya ialah 'masa'. Mereka perlu lebih masa untuk jadikan jentera ini lebih sempurna. 'Kehilangan'nya juga disebabkan kemerosoton teruk bursa saham London pada tahun 1929.

Apa pun, Cyril Pullin adalah pencipta motosikal yang berpandangan jauh. Ini dibuktikan begitu banyak ciptaan dan rekaannya dulu menjadi perkara biasa yang dilengkapkan pada sesebuah motosikal sekarang ini. Sayangnya dia tidak dapat menikmati keuntungan daripada segala yang dihasilkannya. RR

Laporan: Alan Cathcart
Kredit Foto: Kel Edge

Isu Pada

Julai 2021

Spesifikasi

Enjindua injap, empat lejang, silinder tunggal OHV, sistem penyejuk udara
Isipadu496cc
Kuasa maksimum16 bhp pada 5,500rpm
Nisbah mampatan6:1
Transmisi3-kelajuan tuas tangan
Tayar3.25 x 19 Avon Speedmaster Mk. II (depan) & 3.50 x 19Avon Speedmaster Mk. II (belakang)
Brekgelendong dengan pedal kaki jenis hidraulik
Saspensifork gelang keluli mampatan (depan)
Tangki bahan api20.25 liter
PemilikMuzium Sammy Miller

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

BMW R 1300 GS - Ia Satu Revolusi, Bukan Evolusi

Suzuki GIXXER 250 - Lincah & Padu

CFMOTO 700CL-X Sport: Model Akhir 3 Beradik

Scrambler Ducati Full Throttle - Buatkan Perjalanan Lebih Seronok

Harley-Davidson Vance & Hines KoB Racer - Juara Mutlak 2023

Ducati Hypermotard 950 RVE - Aura Fesyen & Teknologi

Aveta Ranger Max Explorer - Prestasi Luar Jangkaan

Aprilia SR GT 200 Sport - Sensasi, Unik & Gaya Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Model Baru

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Model baru ini menyasarkan para peminat dua roda muda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Model Baru

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R.