Isu Terkini

Julai 2024

Pandu Uji / 10 Mac 2019

SYM VF3i Jentera Moped Berkuasa Tinggi

Sememangnya jentera moped berkapasiti tinggi semakin hari mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua lapisan peminat motosikal di negara ini. Pelbagai ciri-ciri menarik, canggih dan berkuasa tinggi yang menjadikan model moped jadi kegilaan ramai. Tahniah buat SYM Malaysia kerana telah mencipta sebuah moped pertama yang berkapasiti terbesar di dunia. Kejayaan yang dikecapi dengan adanya pasukan dan tenaga kerja yang hebat sentiasa menghasilkan ideaidea menarik untuk mengeluarkan produk berkualiti dan canggih seperti yang diingini para pencinta motosikal di seluruh negara.

Sejak SYM VF3i 185 diperkenalkan pada tahun 2018, SYM Malaysia ternyata berupaya untuk menambat hati para pengguna motosikal tidak kira bangsa dan peringkat umur. Antara sebab penting mengapa model ini diminati ialah rekabentuk tajam dan agresif, sistem enjin dengan penyejuk cecair dan mempunyai hantaran kuasa paling tinggi dalam klasnya.

Secara keseluruhan, SYM VF3i mempunyai rekabentuk luaran yang sangat mantap. Ia mampu menarik minat para pecinta dua roda di negara ini terutama di kalangan golongan muda.

Model ini hanya boleh dihidupkan dengan satu cara sahaja iaitu elektrik. Enjin jentera SYM memang cukup sedap dan tidak berbunyi kasar setelah dihidupkan. Walaupun pendikit dipulas, deruman yang segar dan senyap terhasil daripada enjin  sangat mengasyikkan.

Sebaik sahaja duduk di atasnya, dalam fikiran kami mula memikir apakah kelajuan yang mampu dicapai jentera ini. Kami mula memasuki lebuhraya supaya dapat mencapai kelajuan tertinggi dengan mudah. VF3i dilengkapi dengan enjin sejukan cecair 183cc silinder tunggal SOHC yang mampu menghembuskan kuasa tertinggi 17.7hp/13.2kW pada 8,500rpm dan tork 15.3Nm pada 7,500rpm.

Kuasa hantaran setiap kedudukan gear cukup memuaskan. Kami mula memerah pendikit dengan lebih galak lagi. Tarikannya terasa mengasyikkan setiap kali menukar ke gear yang lebih tinggi. Satu demi satu gear kami gunakan sehinggalah pada kedudukan gear lima, kami hanya dapat mencapai kelajuan 120km/j pada kedudukan rpm 9,000 sahaja. Dengan kehadiran gear enam, ia dapat membantu SYM memecut dengan kelajuan tertinggi sehingga 140km/j dengan sekali percubaan tanpa sebarang halangan.

Dengan kerangka yang tegar, VF3i tidak bergoyang dan bergegar walaupun dipacu laju. Ia terus tegap dan kemas di laluannya tanpa sebarang masalah. Cuma kadangkadang terasa bergoyang ketika dipintas oleh kenderaan berat.

Dengan ketepatan hantaran kuasa, kita dapat memintas kenderaan lain dengan mudah dan selesa untuk menuju ke hadapan. Posisi menunggangnya direka untuk semua jenis penunggang. Walaupun menunggang lebih daripada sejam, kita tidak terasa kebas atau sakit di bahagian pinggang.

Kami cukup kagum dengan kelembutan pendikit dan klac. Kita tidak perlu bersusah payah menggunakan empat atau lima jari untuk mengawal klac, cukup sahaja dengan dua jari. Putaran enjin ke tahap maksimum menghampiri garisan merah (9,000rpm) dan tiada sebarang gegaran pada bahagian bar hendal dirasai.

Dengan memiliki set lampu hadapan dan belakang (LED) yang terang, kita dapat menunggang jentera ini dengan tenang tidak kira ketika menunggang pada waktu hujan dan malam. Pastinya pengguna jalanraya yang lain dapat melihat kehadiran kita.

Membelok ataupun ketika membuat pusingan ‘U’ dengan VF3i juga mudah kerana jarak antara bar hendal dan tempat duduk cukup luas dan selesa. Jentera ini memiliki tayartayar bersaiz 90/80-17 (hadapan) dan 120/70-17 (belakang). Untuk membaringkan VF3i ketika membelok, kita perlu berhati-hati kerana tayar pada model ini tidak memberikan cengkaman yang baik ketika di jalan basah ataupun kering.

SYM Malaysia telah melengkapkan jentera ini dengan sistem brek jenis cakera di depan dan belakang. Kami dapat rasakan kedua-dua brek tersebut dapat berfungsi dengan cukup baik sekali. Penggunaan brek hadapan (250mm) dan belakang (200mm) dengan serentak pada kelajuan 60 atau 70km/j, jentera ini dapat dihentikan dengan pantas tanpa keraguan.

Jentera ini hadir dengan fork hadapan jenis teleskopik 80mm dan saspensi belakang jenis penyerap hentak tunggal 32mm. Proses hentakan kedua-dua saspensi ini agak mengecewakan. Terasa sangat keras ketika menunggangnya di jalan-jalan tidak rata atau melalui garisan kuning. Harap pihak SYM dapat menaik taraf lagi sistem saspensi untuk model VF3i pada masa akan datang.

Panel meter SYM ini memang boleh dipuji! Ia cukup terang, jelas dan lengkap untuk dilihat. Putaran RPM boleh dilihat pada meter analog manakala maklumat lain seperti kelajuan, tahap bahan api, penunjuk gear, masa, jarak perjalanan dan tahap kuasa bateri dipaparkan pada meter LCD .

Kehadiran penunjuk gear memudahkan kita untuk memasuki laluan selekoh dengan selamat. Tanpa penunjuk gear, penunggang boleh melakukan kesilapan tidak kira siapa apabila menurunkan gear dalam kedudukan rpm yang tinggi. Ianya boleh menjejaskan jangka hayat enjin motosikal.

Model moped semestinya tiada ruang simpanan di bahagian bawah pelana. Terdapat cangkuk kecil di bawah tempat duduk untuk mengikat topi keledar. Kita tidak perlu bersusah payah mengusung topi keledar ke hulur dan ke hilir, cangkuk sahaja apabila meninggalkannya pada motosikal dengan selamat.

Jarak kelegaan bumi (150mm) untuk model ini boleh dikatakan agak tinggi sedikit bagi sebuah moped. Agak sukar bagi yang berkaki pendek untuk menunggang jentera ini ketika berhenti di simpang atau lampu isyarat. Mereka perlu menjengketkan kaki untuk mencapai permukaan tanah ketika berhenti.

Ternyata VF3i dapat mengharungi pelbagai jenis perjalanan dan bentuk muka bumi sejauh 170km dengan isian penuh sebanyak 7 liter. Sangat menjimatkan untuk sebuah moped ditambah pula enjin pada jentera ini menggunakan sistem pancitan bahan api elektronik.

Kehadiran VF3i semestinya mampu memberi pilihan  kepada para penunggang motosikal terutama kepada mereka yang lebih gemarkan jentera moped. Model ini adalah sebuah jentera yang serba boleh. Ianya sesuai untuk kegunaan seharian, untuk ke tempat kerja, berkonvoi dan ke mana-mana sahaja yang kita ingin tuju.

Terdapat tiga pilihan warna iaitu Red, Blue dan Matte Black (Edisi Khas). VF3i dijual pada harga RM8,238 untuk versi standard dan RM8,538 bagi edisi khas. Harga yang sangat berpatutan! Tunggu apa lagi, mari pergi ke pusat pengedar sah SYM untuk memilikinya. RR

Isu Pada

Mac 2019

Spesifikasi

Enjin4 lejang, silinder tunggal, SOHC
Isipadu183 cc
Gerek x Lejang63.5 x 57.8mm
Kuasa maksimum13.2kW pada 8,600 rpm
Tork maksimum15.3 Nm pada 7,600 rpm
Nisbah mampatan11.1:1
Transmisi6 kelajuan
Isi Tangki7 liter
Berat124 kg
PengedarMforce Bike Holding Sdn Bhd

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

BMW R 1300 GS - Ia Satu Revolusi, Bukan Evolusi

Suzuki GIXXER 250 - Lincah & Padu

CFMOTO 700CL-X Sport: Model Akhir 3 Beradik

Scrambler Ducati Full Throttle - Buatkan Perjalanan Lebih Seronok

Harley-Davidson Vance & Hines KoB Racer - Juara Mutlak 2023

Ducati Hypermotard 950 RVE - Aura Fesyen & Teknologi

Aveta Ranger Max Explorer - Prestasi Luar Jangkaan

Aprilia SR GT 200 Sport - Sensasi, Unik & Gaya Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

RXZ Twin Boss V2 yang menang di AOS2024 dalam pertandingan Art Of Speed Invitational Bike Build Off akan dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.

Model Baru

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

Voge menggunakan pentas global iaitu EICMA untuk melancarkan model kembara terbarunya iaitu Valico 800DS. Ia adalah sebuah jentera yang memberi cabaran dalam segmen Kembara/Adventure

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.

Warta Roda

Penunggang motosikal berkuasa tinggi terlibat dalam kemalangan maut...

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu warga emas maut selepas kedua-dua kenderaan tersebut bertembung dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Pan Borneo, di sini pada hari Ahad yang lalu.