Naza Prestige Bike Sdn Bhd, telah memperkenalkan model terbaru Harley Davidson Street 750 pada 15 April lalu dan dengan pengenalan ini dijangkakan mampu melonjak jumlah jualan keseluruhan model-model Harley sebanyak 25%. Perasmian model ini telah disempurnakan oleh En. Juan Chow Wee, Timbalan Presiden Bahagian Two Wheel, Kumpulan Naza World dan ditemani oleh En. Azmi Daud Sharman, Ketua Syarikat Naza Prestige Bikes Sdn Bhd.
Pastinya ini berita yang cukup baik buat para pencinta motosikal di seluruh negara. Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd kini menambah lagi koleksi jentera berkuasa tinggi dengan memperkenalkan tiga model terbaru iaitu V-Strom 650ABS, V-Strom 650XT dan Gladius 650 ABS. Untuk membuktikan kehebatan enjin dan pengendalian model-model ini, para wartawan yang hadir pada sessi pelancaran telah diberi peluang untuk menguji ketiga-tiga model ini di Litar City Karting Go-Kart, Shah Alam, 10 Februari lalu.
SYM di Malaysia merupakan jenama motosikal yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Tahniah diucapkan buat Mforce Bike Holding SB selaku pengedar dan Malaysian Formula Bikes SB yang bertanggungjawab sebagai pengimport dan pemasang mesin-mesin SYM atas kejayaan menjadi salah satu jenama paling berpengaruh di Malaysia. Mengimbau kembali sejarahnya, nama jenama ini mulai popular selepas memperkenalkan skuter maksi VTS200 pada tahun 2009.
Semenjak ianya diperkenalkan di negara jiran pada pertengahan tahun lalu, para peminat motosikal di tanahair sudah tidak sabar lagi untuk melihatnya di pasaran negara. Bagi pengguna laman sosial, gambar-gambar model terbaru Yamaha YZF-R25 yang telah dimuat naik oleh rakan-rakan dan pihak media seberang dengan pantas menjadi viral dan tajuk bualan ribuan peminat motosikal. Keupayaan dan prestasi Yamaha YZF-R25 ini diuji sebaik-baiknya di perlumbaan Yamaha Asean Cup awal tahun ini. Hasil daripada ‘ujian’ itu amat memberangsangkan.
Jentera easyrider, cruiser, chopper atau bobber adalah pilihan para pencinta motosikal yang mementingkan gaya, tunggangan santai dan relaks. Mari kita berkenalan dengan Momos Bobber Regal Raptor yang telah diperkenalkan pada Oktober lalu di Litar Antarabangsa Sepang dan sememangnya model ini berjaya menarik minat ramai pencinta motosikal. Bentuknya yang kemas dan anggun adalah faktor utama mengapa begitu cepat kita akan jatuh cinta padanya.
Boon Siew Honda Sdn Bhd ternyata telah melangkah ke tahun baru dengan bergaya sekali apabila memperkenalkan model terbaru PCX yang menawarkan teknologi baru, keselesaan tinggi dan rekabentuk yang ranggi. Sejak diperkenalkan pada tahun 2012, PCX telah menambat hati ribuan para peminat motosikal kerana berjaya memenuhi kehendak para penunggang yang mahukan sebuah mesin yang praktikal, sporty dan jimat petrol.
Setiap kali pameran motosikal berlangsung, ruang pameran BMW Motorrad antara yang paling mendapat perhatian di Intermot, Germany. Ia menggamit para peminat motosikal bukan sahaja kerana rekabentuk ruang pameran yang canggih dan menarik tetapi lebih utama tentulah model-model baru yang bakal berada di pasaran.
Tahniah buat Naza Premira Sdn Bhd selepas mendapat kepercayaan daripada Kumpulan Piaggio kerana menjadi negara pertama di luar Itali yang mendapat pengiktirafan untuk mengeluarkan model pemasangan tempatan (CKD) Aprilia Shiver 750 bermula Januari lalu. Majlis pelancaran model ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Tiada perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan model terbaru Vespa LT150 3V IE selain ia melambangkan keghairahan, fesyen, semangat dan dinamik. Model kesinambungan daripada Primavera ini dikuasakan oleh enjin tiga injap dengan sistem pancitan bahan api elektronik, gerek baru dan aci engkol yang kurang geseran untuk prestasi lebih mantap.
Selepas beberapa lama mengidamkan berada di depan mata, akhirnya tiga model terbaru Kawasaki iaitu H2R, H2 dan Vulcan S telah diperkenalkan di satu majlis yang gilang gemilang. Pelancaran ketiga-tiga model ini telah diadakan bersempena majlis ulang tahun ke-25 yang disempurnakan oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sambil ditemani oleh Raja Dato' Hanipuddin Raja Dato' Nong Chik (Pengerusi Eksekutif Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB).
Ketika mula-mula berada di pasaran motosikal, Benelli hanya mengeluarkan motosikal bersesaran kecil untuk dinikmati. Populariti jenama ini meningkat dengan jayanya disebabkan peminat mesin Benelli hadir daripada pelbagai latar belakang dan gaya hidup. Benelli terkenal sebagai pengeluar motosikal yang pantas, ringan, lincah dan ekonomi. Bertempat di Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA November lalu, Benelli hadir untuk memperkenalkan beberapa siri terbarunya yang ternyata mengagumkan.