Model ini diperkenalkan pada bulan Mac 2019 yang lalu di litar perlumbaan Mugello bersempena dengan pesta Aprilia All Stars yang disertai lebih daripada 10,000 pencinta motosikal. Model yang cukup mantap ini dibangunkan oleh Aprilia Racing berasaskan model RSV4 1100 dan hanya terdapat 10 unit sahaja di dunia.
Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA telah menempa satu lagi sejarah permotoran apabila dua jenama ikonik British iaitu Aston Martin yang terkenal sebagai pengeluar kereta mewah dan Brough Superior telah bekerjasama buat pertama kalinya untuk menghasilkan sebuah jentera cukup istimewa yang diberi nama AMB 001.
BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan BMW S 1000 XR terbaru dan turut memberi bayangan dengan ketibaan jentera cruiser ‘big boxer’ yang cukup ikonik iaitu BMW R 18 melalui platform tempahan menerusi talian BMW Motorrad Malaysia.
Jentera ini melambangkan ekspresi gaya hidup unik dan tersendiri. Kejayaan model ini sering dikaitkan dengan sejarah penuh kegemilangan dan pertumbuhan ikoniknya pada tahun 60an. Vespa muncul dalam pelbagai jenis perlumbaan yang mempertontonkan prestasi serta ketangkasannya adalah seiringan dengan kelas dan keanggunannya.