Model motosikal jenis naked yang popular, Kawasaki Z900 SE dan Kawasaki Z900 (2023) telah dilancarkan di Malaysia oleh Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS) baru-baru ini. Kedua-kedua model ini merupakan model berkapasiti paling besar yang akan dipasang di Malaysia, dan dengan itu, dapat ditawarkan dengan harga yang berpatutan.