Honda Rebel 500 2020 Lebih Segar & Menarik
Honda Rebel 500 mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2017. Model ini merupakan jentera berkonsepkan cruiser yang memaparkan gaya bobber klasik dengan rekabentuk moden. Bersempena dengan perlumbaan Cub Prix Pusingan 3 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan Honda Rebel 500 dengan beberapa ciri serba baru yang cukup menarik.
Rebel 500 diperkemaskan dengan enjin bersesaran 471cc, Dwi-Silinder, DOHC dengan sistem penyejuk cecair menawarkan kuasa maksimum 34kW pada 8,500rpm dan tork 43.3Nm pada 6,000rpm yang mematuhi piawaian Euro 4. Enjin ini juga turut disempurnakan dengan sistem bahan api PGM-FI dan dipadankan transmisi 6 kelajuan.
Cruiser ini menampilkan lampu -lampu LED di bahagian depan dengan diameter 175mm, belakang dan lampu isyarat. Paparan meter LCD berbentuk bulat pula hadir dengan penunjuk gear yang baru dan tahap bahan api. Antara ciri-ciri lain dinaiktaraf adalah saspensi hadapan & belakang dipertingkatkan, pelana yang lebih selesa serta dengan sistem klac jenis Assist & Slipper.
Antara kelengkapan lain ditawarkan seperti kerangka jenis daimond, brek-brek cakera dengan sistem ABS, berat basah 190kg, tangki bahan api 11.2 liter serta tayar bersaiz 130/90 – 16M/C 67H (depan) dan 150/80 -16M/C 71H (belakang).
Bagi mereka yang berminat dengan jentera ini, boleh datang ke bilik pameran Honda Bigwing untuk melihatnya dengan lebih dekat lagi. Honda Rebel 500 didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Matte Jeans Blue Metallic, Matte Armored Silver Metallic dan Graphite Black. Model ini boleh dimiliki pada harga RM32,899 (tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran) dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi bilik pameran Honda BigWing berdekatan dengan anda atau hubungi di talian bebas 1-800-88-3993 ataupun layari laman web sesawang http://www.boonsiewhonda.com.my.RR
Popular