Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 10 Disember 2017

HONDA Wave Alpha : Tampil Dengan Wajah 'Sporty'

Honda Wave Alpha, model terlaris segmen motosikal kapasiti rendah di Malaysia kini tampil dengan gaya lebih segar dan 'sporty'. Kata Timbalan Pengerusi dan Timbalan CEO Boon Siew Honda, Dato’ Seri Datuk Wira Tan Hui Jing ketika pelancaran, “Kami sangat teruja dengan pengenalan warna baharu ini. Corak dan rekaannya berdasarkan perlumbaan yang digunakan oleh pelumba-pelumba muda dalam Cabaran Honda Wave Alpha 2017. Tetapi apa yang lebih penting, wajah ‘sporty’ ini akan menjadi pilihan tambahan kepada model sedia ada di pasaran.”


Wave Alpha baru ini dikemaskan dengan ekzos lebih bergaya, pemegang belakang yang selesa, sistem brek cakera (model rim tetuang) untuk penampilan lebih menarik. Ciri-ciri penawaran yang lain termasuk panel meter lebih jelas dan menarik, kebuk-U yang luas dan pelindung kaki bergaya.


Model ini direka untuk menarik minat golongan muda dan diharap dapat mempertingkatkan penguasaan dalam segmen ini. BSH menyasarkan peningkatan sebanyak 26% penjualan Wave Alpha berbanding sebelum ini. Harga bilik pameran berserta GST ialah RM5,086.94 dengan jaminan pengeluar selama 2 tahun atau 20,000 kilometer perjalanan (yang mana terdahulu). RR

Isu Pada

Disember 2017

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Model Baru

Yamaha Europe Perkenalkan Tracer 9, Tracer 9 GT & Tracer 9 GT+ 2025

Yamaha Motor Europe telah memperkenalkan rangkaian Sport Touring mereka bagi tahun 2025 iaitu Yamaha Tracer 9, Tracer 9 GT dan Tracer 9 GT+ Y-AMT.

Warta Roda

Lebih 100 Buah Motosikal Terbakar Di Depoh Simpanan DBKL

Sebanyak 130 buah motosikal yang diletakkan di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Connaught telah terbakar.

Yamaha R9 - Generasi Terbaru Supersport

Untuk tahun 2025, Yamaha memperkenalkan model Supersport terbaru, R9 yang menawarkan prestasi cukup mantap dan teknologi canggih Siri R. Model ini direka berasaskan jentera perlumbaan sebenar.