Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 10 Disember 2017

BMW Motorrad : Lebih Kompetitif Dengan Tiga Model Terbaru

Kemeriahan MotoGP turut dikongsi oleh pengeluar motosikal BMW Motorrad dengan melancarkan tiga buah model terbaru iaitu BMW HP4 Race, BMW G 310 GS dan BMW S 1000XR. Majlis pelancaran pada hari itu disempurnakan oleh Ketua BMW Motorrad Malaysia, En. Owen Riley dan CEO Litar Antarabangsa Sepang, Dato' Razlan Razali.

Dari kiri: En. Owen Riley dan Dato’ Razlan Razali bergaya di hadapan model HP4 Race.
Dari kiri: En. Owen Riley dan Dato’ Razlan Razali bergaya di hadapan model HP4 Race.
HP4 RACE
HP4 RACE


“Memandangkan MotoGP merupakan acara perlumbaan motosikal yang paling besar di Malaysia dan sememangnya amat sesuai jika BMW Motorrad Malaysia membuat penampilan yang gah di sini. Pada tahun ini, kami mengenengahkan tiga buah jentera baru yang sememangnya sudah lama ditunggu-tunggu oleh para peminat sejak kemunculannya di Milan tahun lalu,” kata En. Owen.


BMW HP4 RACE merupakan sebuah jentera dibina untuk tujuan perlumbaan sahaja dan tidak dibenarkan bagi tujuan tunggangan jalan raya biasa. Ia adalah sebuah jentera perlumbaan sebenar dan hanya diproduksi sebanyak 75 unit di seluruh dunia. Enjin 999cc miliknya menawarkan kuasa sehebat 158kW (215hp) pada 13,900rpm dan tork 120Nm pada 10,000rpm. Dari segi enjin dan elektronik, model HP4 ini memiliki spesifikasi yang hampir sama dengan jentera perlumbaan keluaran kilang.

G 310 GS
G 310 GS


Namun ia lebih menyerlah menerusi saspensi dengan kerangka gentian karbon dan HP4 Racing ini lebih ringan berbanding mana-mana jentera perlumbaan dalam Kejuaraan Superbike Dunia. Bahagian hadapannya disempurnakan dengan fork Ohlins FGR 300 WSBK jenis terbalik dan lengan ayun aluminium WSBK dengan penyerap hentak Ohlins TTX 36 GP Central Spring Strut. Model ini juga disempurnakan dengan brek hadapan jenis Brembo GP4 PR seperti mana yang digunakan dalam perlumbaan WSBK. Ia juga didatangkan dengan pakej sistem kawalan dan bantuan tunggangan yang moden dan canggih. BMW HP4 Race ditawarkan pada harga RM520,900 (termasuk GST) dengan warna BMW HP Motorsport.

G 310 GS
G 310 GS


G 310 GS
Selepas menambat hati ramai pencinta motosikal di seluruh dunia menerusi model G 310 R, BMW Motorrad maju setapak lagi dengan lahirnya model G 310 GS yang selesa, mantap dan lincah untuk tunggangan seharian mahu pun buat para pencinta pengembaraan. G 310 GS memiliki enjin 313cc, sistem penyejuk cecair yang berkuasa maksimum 34hp pada 9,500rpm dan tork 28Nm pada 7,500rpm manakala kerangka jenis tubular yang dipadankan pada model ini memberikan kawalan yang kemas dan stabil dalam apa jua keadaan.


Pelana model ini setinggi 835mm yang cukup sesuai untuk perjalanan di jalan-jalan biasa mahu pun di kawasan off-road sederhana. Untuk kawalan lebih mantap, G 310 GS ini dilengkapkan dengan brek hadapan jenis cakera bersaiz 300mm dan belakang 240mm berserta sistem ABS. Model ini berharga RM29,900 (termasuk GST) dengan tiga warna menarik iaitu Cosmic Black, Racing Red dan Pearl White. Laporan penuh Pandu Uji model ini boleh dilihat menerusi RodaRoda November 2017 (Bilangan: 373).

S 1000 XR
S 1000 XR


BMW S 1000 XR 2017 didatangkan dengan enjin 999cc, empat silinder serba baru yang bukan sahaja lebih berkuasa malah kini memenuhi piawaian emisi EU4. Kuasa maksimum kini lebih tinggi dengan 165hp pada 11,000rpm (sebelum ini: 160hp pada 11,000rpm). Penambahan sebanyak 10kg pada berat jentera ini dan berat membawa bebanan bukan sahaja menjadikan jentera ini lebih tegap tetapi juga membolehkan kita mengembara dengan lebih muatan.

S 1000XR hadir dengan warna Ocean Blue pada harga RM105,900. RR

Isu Pada

Disember 2017

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

Dari Litar

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

Qabil Irfan menutup musim Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Moto4 dengan podium berganda di pusingan akhir yang berlangsung di Circuito de Jerez, Sepanyol.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Francesco Bagnaia (pecco) membuktikan keupayaannya apabila menjuarai GP Thailand dalam keadaan cuaca dan litar yang sangat sukar.