Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 10 November 2017

Italjet Buccaneer 250i & CMC Ario 110 Diperkenalkan

En. K.C. Leong.
En. K.C. Leong.
Dari kiri: En. Peter Gan, En. Shean, En. K.C. Leong, En. Wee Hong, Mdm Chear dan Pn Mariam melancarkan Italjet Buccaneer 250i dan CMC Ario 110.
Dari kiri: En. Peter Gan, En. Shean, En. K.C. Leong, En. Wee Hong, Mdm Chear dan Pn Mariam melancarkan Italjet Buccaneer 250i dan CMC Ario 110.

Chear Global Sdn Bhd selaku pengedar sah jentera CMC di Malaysia memperkenalkan dua buah jentera terbaru iaitu moped pertamanya, Ario 110 dan sebuah model Cafe Racer yang cukup menarik iaitu Italjet Buccaneer 250i. Pengenalan kepada kedua-dua model ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Chear Global Sdn Bhd, En. Leong King Choon ditemani oleh Pengerusi Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter, En. Wee Hong.

ITALJET BUCCANEER 250i
ITALJET BUCCANEER 250i

“Kami amat berbangga dengan pengeluaran moped pertama, Ario 110 ini. Ia mempunyai rekabentuk yang baik dan prestasi mengagumkan di dalam kelasnya dan didatangkan pada harga yang berpatutan. Model Cafe Racer pula mempunyai ramai peminatnya dibuktikan dengan semakin banyak pengedar lain menawarkan model yang memiliki rekabentuk yang sama,” kata En. K.C Leong.

CMC ARIO 110
CMC ARIO 110

CMC Ario 110 merupakan sebuah jentera model bersesaran 107cc yang menawarkan kuasa setinggi 4.8kW pada 7,500rpm dan tork maksimum 7.0Nm pada 5,500rpm. Untuk tunggangan lebih mantap, Ario 110 dilengkapkan dengan fork hadapan jenis teleskopik dengan lengan ayun berspring hidraulik di bahagian belakang. Model baru ini juga disempurnakan dengan brek hadapan cakera jenis berpetak yang memastikan jentera ini dapat diperlahankan dengan pantas dan meyakinkan. Ario 110 ditawarkan dalam dua warna iaitu Metallic Red, Metallic Black dengan harga jualan RM3,988 sebelum GST.


Ketika menguji model ini di Speed PLUS Karting Circuit, kelincahan jentera ini meratah setiap selekoh cukup mengujakan. Hantaran kuasa dan sistem transmisi lancar cuma dirasakan kelegaan tanahnya agak rendah, tempat pemijak mudah terkena jalan walaupun sudut miringan tidaklah begitu dalam. Panel meter CMC ini jelas dan amat mudah untuk kita pastikan kedudukan gearnya sebelum memasuki suatu selekoh.

Ruang kaki yang luas dan bar hendal yang selesa membolehkannya dikendalikan dengan mudah oleh penunggang hawa. Tahniah CMC atas usaha ini dan sudah pasti kehadirannya memberi lebih banyak pilihan kepada para penunggang motosikal di Malaysia.


Italjet Buccaneer 250i pula bukan hanya mempunyai bentuk yang anggun tetapi juga prestasi enjinnya yang boleh dibanggakan. Buccaneer mempunyai enjin v-kembar, 4 lejang, sistem suntikan bahan api yang mempunyai kuasa setinggi 13kW pada 8,000rpm dan tork 19Nm pada 6,000rpm. Ketegapan jentera ini memberikan keyakinan sewaktu membrek dengan keras dan membaringkannya ke dalam selekoh.


Untuk memberi keyakinan kepada pemiliknya, Italjet ini diperkemaskan dengan brek hadapan dan belakang jenis cakera berpetak bersaiz 280mm (depan) dan 240mm (belakang). Italjet Buccaneer 250i ditawarkan pada harga RM15,500 (sebelum GST) dengan tiga warna menarik iaitu Metallic Gold, Solid Black dan Matt Black. RR


 

Isu Pada

November 2017

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan semula pengenalan warna White Trico bersama dengan dua pilihan warna yang baru iaitu Matte Blue dan Sliver.

Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.

Model Baru

Scrambler Ducati Edisi 10° Anniversario Rizoma

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 jentera Scrambler, Ducati telah berkolaborasi dengan pengeluar aksesori motosikal Rizoma untuk memperkenalkan Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.