Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 10 September 2017

SCRAMBLER DUCATI : Lancar Dua Varian Baru

Dari kiri: En. Fazli Hisham, Datuk Wira SM Faisal dan En. Zakaria Ismail melancarkan Scrambler Ducati Cafe Racer & Desert Sled.
Dari kiri: En. Fazli Hisham, Datuk Wira SM Faisal dan En. Zakaria Ismail melancarkan Scrambler Ducati Cafe Racer & Desert Sled.

Bersempena acara tahunan Art of Speed kali ke-6 yang berlangsung di MAEPS, Serdang Julai lalu, Next Bike Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Ducati di Malaysia telah mengambil peluang untuk melancarkan dua buah model terbaru dalam keluarga Scrambler Ducati iaitu Scrambler Ducati Cafe Racer dan Scrambler Ducati Desert Sled. Majlis pelancaran kedua-dua model ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza World Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin.

SCRAMBLER DUCATI CAFE RACER
SCRAMBLER DUCATI CAFE RACER


“Jenama Scrambler Ducati merupakan platform terbaik untuk masuk ke dunia pengubahsuaian motosikal yang sedang membesar di sini. Dengan pengenalan kedua-dua model ini, dunia motosikal kustom pastinya akan terus meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Jentera Scrambler ternyata bukanlah sekadar sebuah motosikal, ia merupakan satu jenama yang menggabungkan keseronokan, kreativiti, kebebasan dan hebat!” Kata Datuk Wira.

Datuk Wira SM Faisal mencuba Scrambler Ducati Desert Sled.
Datuk Wira SM Faisal mencuba Scrambler Ducati Desert Sled.


Scrambler Ducati Cafe Racer didatangkan dengan enjin L-kembar 803cc yang mempunyai kuasa maksimum 73hp pada 8,250rpm dan tork 67Nm pada 5,750rpm. Model gaya retro ini merupakan hasil penafsiran jentera-jentera lagenda motosikal yang mewujudkan revolusi dalam dunia motosikal dan ia adalah ekspresi semangat kebebasan dan bergaya. Dengan warna hitam 'Black Coffee', Cafe Racer ini mengembalikan era 60an ke saat ini.


Ia disempurnakan dengan tangki teardrop berserta panel yang boleh ditukar dan digabungkan dengan pelana baru. Turut ditawarkan ialah bar hendal bercermin yang mirip dengan model tahun 1960an. Model ini juga menawarkan bunyi cukup mantap yang datangnya daripada sistem ekzos Termignoni dengan sepasang peredam. Untuk tunggangan lebih me-yakinkan, Scrambler ini menggunakan tayar Pirelli Diablo Rosso II dengan rim aluminium bersaiz 17”. Harga asas untuk model ini ialah RM68,899 termasuk GST.


Scrambler Ducati Desert Sled juga didatangkan dengan enjin yang sama 803cc. Ia adalah sebuah jentera enduro yang diinpirasikan daripada jentera lasak yang pernah mencipta sejarah dalam dunia motosikal. Nama Desert Sled merujuk kepada jentera biasa berkuasa 500CC dan ke atas yang telah diubahsuai oleh para penunggang motosikal untuk kegunaan di padang pasir lengkap dengan tayar-tayar knobby, saspensi yang diperkuatkan, rim berjejari dan pelindung enjin.

SCRAMBLER DUCATI DESERT SLED
SCRAMBLER DUCATI DESERT SLED


Desert Sled menawarkan posisi menunggang baru (hasil daripada ketinggian pelana), kerangka bertegaran tinggi dan saspensi yang boleh dilaraskan. Lebih mengujakan apabila model ini dilengkapkan dengan tayar-tayar jenis Pirelli Scorpion Rally STR yang mencengkam dengan cemerlang di semua jenis permukaan jalan. Scrambler Ducati Desert Sled ditawarkan pada harga RM68,899 (termasuk GST). RR


 

Isu Pada

September 2017

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.