Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 15 November 2018

Yamaha MT-07 Yang Baru Lebih Ummmph!

Bermula awal Oktober lalu, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) dengan bangganya memperkenalkan edisi terkini model MT-07 dengan tema 'Dark Attraction'. Model baru ini didatangkan dengan rupabentuk menarik, lampu belakang kompak, sistem saspensi yang dimantapkan, sistem ABS untuk brek depan dan belakang serta pelana ergonomik untuk pengalaman menunggang yang selesa.

Model ikonik ini disempurnakan dengan enjin bersesaran 689cc, dua silinder 'crossplane' yang menjanjikan prestasi hebat, linear dan mengujakan. Kuasa pecutan dalam semua gear sentiasa ditagih terutamanya ketika berada di laluan-laluan berselekoh. Walaupun mampu memecut lebih daripada 200km/j dengan pantas, pengendalian yang mantap adalah kunci utama mengapa model MT-07 ini sentiasa mendapat pujian ramai.

MT-07 baru ditawarkan pada harga RM38,288 (termasuk cukai jualan tanpa insurans dan yuran pendaftaran. Terdapat dua pilihan warna iaitu Race Blue dan Matt Grey (boleh didapati bermula Januari 2019). Turut menanti para pembeli MT-07 baru ini ialah kunci disk Yamaha dengan setiap pembelian jentera ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: http://www.yamaha-motor.com.my atau berkunjung ke pusat para pengedar sah Yamaha berhampiran anda. RR

Isu Pada

November 2018

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini telah melancarkan Alltrhike 450 baru di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024

Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Warta Roda

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.

Model Baru

Honda CB1000 Hornet & CB1000 Hornet SP 2025 Dilancarkan Untuk Pasaran Eropah

Honda Eropah kembali dalam segmen Hypernaked dengan melancarkan model terbaru iaitu Honda CB1000 Hornet 2025.