Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 10 April 2019

NIU N-Series E-Scooter Kini Masuki Pasaran Negara

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan NIU N-Series E-Scooter pada awal Mac lalu di Plaza Gurney, Georgetown, Penang. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Besar Penang, En. Chow Kon Yeow, Pengurus Besar Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, En. Asri Ahmad dan Pengarah Pemasaran Antarabangsa NIU International Company’s Limited, En. Kasper Zhao.

NIU N-Series dikuasakan oleh enjin elektrik 1.5W dari BOSCH yang menggunakan bateri lithium-ion 60V 29Ah Panasonic (dua tahun waranti). Bateri yang seberat 10kg boleh dikeluarkan dari skuter tersebut untuk dicas di dalam rumah (memerlukan enam jam untuk dicas sepenuhnya). Dengan isian cas penuh, model ini boleh dipacu dalam jarak 50 hingga 80 kilometer, bergantung kepada pengguna.

Walaupun skuter ini mempunyai penampilan yang ringkas, N-Series ditawarkan dengan lampu-lampu jenis LED dan meter LCD untuk menambahkan lagi kecanggihannya. Menariknya, skuter ini boleh disambungkan dengan aplikasi telefon pintar khas untuk mencari stesen mengecas, sistem navigasi, melihat tahap bateri dan dilengkapi dengan alat penggera.

Kelengkapan lain pada skuter ini adalah ruang simpanan 18.9 liter di bawah tempat duduk, terdapat tiga jenis mod tunggangan, pengecas USB, penyangkut barangan di hadapan, rim 12 inci dengan tayar bersaiz 90/90 (hadapan) dan 120/70 (belakang), lengan ayun gabungan titanium/aluminium serta Electric Braking System yang akan mengitar semula kuasa enjin ketika digunakan dan memberikan penambahan puarata 6% kuasa bateri atau empat kilometer perjalanan.

Model ini didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu Putih, Merah, Biru dan Hitam. Ia dijual pada harga RM8,800 (harga atas jalan). Untuk maklumat lanjut sila layari www.niu.com atau boleh berkunjung ke bilik pameran NIU EBIKE Sdn Bhd yang beralamat 170-G-76, Plaza Gurney, Persiaran Gurney, 10250 Georgetown Penang, Malaysia. RR

Isu Pada

April 2019

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Tahun 2024 juga menyaksikan rekod baru jumlah kehadiran penonton sepanjang musim ini mencecah 3,033,255 orang. Ia adalah pencapaian terbaik setakat ini sejak 75 tahun penganjuran MotoGP.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.

Dari Litar

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa buah bandar di Utara Sepanyol yang turut melibatkan komuniti di Valancia, pihak Dorna telah mengumumkan bahawa GP Valencia yang dijadualkan berlangsung pada 15-17 November nanti telah dibatalkan.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.