Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 18 Jun 2020

BMW F 900 R & F 900 XR Cukup Mengagumkan

BMW Motorrad Malaysia terus cemerlang dalam pasaran dua roda dengan memperkenalkan dua model terkininya iaitu BMW F 900 R dan F 900 XR yang bakal mengukuhkan barisan jentera dalam segmen Roadster dan Adventure.

“Pada tahun 2019, BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan 10 buah jentera baru pelbagai varian yang terdiri daripada segmen Roadster, Touring, Superbike dan skuter. Dengan kejayaan 1,000 unit berjaya dipasarkan, model-model Roadster dan Touring adalah yang paling popular. Oleh kerana prestasi dan aspek tunggangan yang menyeronokkan menjiwai setiap motosikal BMW Motorrad, kami berasa teruja untuk membuka tirai tahun ini dengan dua model serba baru iaitu BMW F 900 R dan BMW F 900 XR yang dibangunkan dengan bijak untuk tunggangan yang unggul,” kata Pengarah Urusan Kumpulan BMW Malaysia, En. Harald Hoelzl.

BMW F 900 R
BMW F 900 R

Ketua BMW Motorrad Malaysia, En. Owen Riley pula menegaskan bahawa kedua-dua model baru ini disempurnakan dengan inovasi terkini yang menggabungkan kecemerlangan prestasi dan kepesatan teknologi. Jentera serba baru ini juga menawarkan hasil kerja yang berkualiti tinggi.

BMW F 900 XR
BMW F 900 XR

BMW F 900 R dan F 900 XR ini dijana dengan enjin 895cc, dua silinder yang menawarkan kuasa maksimum 105hp pada 8,750rpm manakala tork 92Nm pada 6,500rpm. Hadir dengan dua mod tunggangan standard iaitu Rain dan Road serta sistem Automatic Stability Control (ASC) yang boleh dinyaktifkan. Terdapat juga sistem Riding Modes Pro yang menawarkan mod-mod tunggangan tambahan seperti Dynamic dan Dynamic Pro. Antara ciri-ciri tambahan yang lain ialah Dynamic Traction control (DTC), ABS Pro, Dynamic Brake Control (DBC) dan Drag Torque Control (MSR).

BMW F 900 R ditawarkan pada harga RM62,500 dengan dua pilihan warna iaitu San Marino Blue Metallic dan gaya sport Hockenheim Silver metallic/Racing Red. F 900 XR pula hadir dalam gaya eksklusif Galvanic Gold lengkap dengan pelindung tangki tengah dan pelindung radiator berwarna Granite Grey Metallic Matt. Ia dijual pada harga RM69,500. RR

Isu Pada

Jun 2020

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Model Baru

EICMA 2024: Yamaha R3 'Kemas Kini' Lebih Mantap!

Berikutan pelancaran R9 baru tempohari, Yamaha memilihi 'pentas' EICMA untuk memperkenalkan model yang dikemas iaitu R3 untuk pengeluaran tahun 2025.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.

Model Baru

Scrambler Ducati Edisi 10° Anniversario Rizoma

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 jentera Scrambler, Ducati telah berkolaborasi dengan pengeluar aksesori motosikal Rizoma untuk memperkenalkan Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.