Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 15 Ogos 2020

Vespa Malaysia Perkenalkan Vespa Racing Sixties

Didi Resources Sdn Bhd yang selaku pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia telah melancarkan edisi terkini jentera ikonik tersebut iaitu Vespa Racing Sixties yang terdiri daripada Vespa GTS Super 300 dan Sprint 150 ‘Racing Sixties’.

Vespa merupakan sebuah skuter yang sudah tidak asing lagi di Malaysia. Jentera ini melambangkan ekspresi gaya hidup unik dan tersendiri. Kejayaan model ini sering dikaitkan dengan sejarah penuh kegemilangan dan pertumbuhan ikoniknya pada tahun 60an. Vespa muncul dalam pelbagai jenis perlumbaan yang mempertontonkan prestasi serta ketangkasannya adalah seiringan dengan kelas dan keanggunannya.

Vespa GTS Super 300
Vespa GTS Super 300
Vespa Sprint 150
Vespa Sprint 150

Vespa GTS Super 300 dan Vespa Sprint 150 ‘Racing Sixties’ menampilkan gaya sport yang elegan yang berinspirasikan jentera perlumbaan yang cukup disegani suatu ketika dulu. Model GTS Super 300 didatangkan dengan enjin HPE (High Performance Engine) 278cc yang memiliki kuasa hantaran setinggi 17kW pada 8,500rpm dan tork 25.6Nm pada 5,500rpm. Vespa Sprint pula dikuasakan oleh enjin i-Get dengan sistem suntikan bahan api 154.8cc yang berkuasa 9.5kW pada 7,750rpm dan tork 12.8Nm pada 6,500rpm.

Vespa GTS Super 300
Vespa GTS Super 300

Antara ciri-ciri menarik yang ditawarkan untuk siri Racing Sixties ialah sistem ABS, lampu jenis LED, pelana serba baru, , rim berwarna emas dan kemasan terakhir yang cukup mengagumkan. Harga jualan untuk model Sprint ialah RM19,100 manakala model GTS Super 300 pula boleh dimiliki pada harga RM31,400. RR

Isu Pada

Ogos 2020

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.

Model Baru

Yamaha Europe Perkenalkan Tracer 9, Tracer 9 GT & Tracer 9 GT+ 2025

Yamaha Motor Europe telah memperkenalkan rangkaian Sport Touring mereka bagi tahun 2025 iaitu Yamaha Tracer 9, Tracer 9 GT dan Tracer 9 GT+ Y-AMT.