Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 15 Ogos 2020

GPX Demon GR200R Baru Dilancarkan Di Thailand

GPX Thailand telah melancarkan model terbaru mereka dalam segmen sportbike iaitu Demon GR200R (2020) yang menawarkan pakej keseluruhan cukup mantap. Jenama yang lahirnya di Thailand ini telah menambat hati para pencinta motosikal di Malaysia sejak melancarkan beberapa model menarik seperti Demon 150GR, Demon 150GN, Gentleman 200, GPX Legend 150 dan yang terbaru Popz 125.

GPX Demon GR200R mempunyai rupabentuk yang cukup sporty, agresif dan mewah. Ketinggian kualiti pembikinannya dibuktikan melalui kemasan di semua bahagian jentera anggun ini. Lampu-lampu LED yang dipadankan pada GR200R bukan sahaja menyerlahkan lagi kemodenan jentera ini tetapi ia menawarkan suluhan terang demi menjamin keselamatan penunggangnya.

Jentera sport ini menampilkan panel meter jenis TFT berpaparan moden dan cukup jelas dengan info penting seperti tahap kelajuan, tahap rpm, suhu, jarak perjalanan, masa, posisi gear, tahap bahan api dan lain-lain. Rekacorak grafik dan skima warna model baru ini direka sesuai dengan para pencinta motosikal yang berjiwa ceria dan bersemangat tinggi.

Model baru ini didatangkan dengan enjin 4 lejang, 198cc, yang memiliki hantaran kuasa setinggi 19hp dan tork 17.2Nm. GPX Demon GR200R dijangkakan tiba di Malaysia sebelum akhir tahun 2020. Harap bersabar ye.... RR

Isu Pada

Ogos 2020

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini telah melancarkan Alltrhike 450 baru di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024

Dari Litar

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

Gelaran juara keseluruhan CP125 buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Syamil Amsyar semakin cerah.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.