Vespa Primavera S 150 Edisi Khas dan Sprint S 150 Dilancarkan
Didi Resources Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Vespa di Malaysia telah memperkenalkan dua model terbaru penuh bergaya iaitu Vespa Primavera Edisi Khas (SE) dan Vespa Sprint S 150. Kedua-dua model tersebut adalah rangkaian terbaru untuk model 2020.
Diambil daripada DNA Vespa Sport, model terbaru ini telah dipertingkatkan dalam pelbagai segi dan pastinya cukup sesuai untuk para pencinta motosikal di seluruh negara. Model Primavera S SE 150 disempurnakan dengan enjin mesra alam i-GET, sistem suntikan bahan api dan sistem penyejuk udara yang memastikan penggunaan bahan api yang cukup menjimatkan. Selain itu, model ini cukup terserlah dengan rekabentuknya yang bergaya dan pilihan warna yang garang seperti Orange Tramonto (Kilat) dan Gray Stile (Matte).
Vespa Primavera S SE 150 didatangkan dengan Daytime Running Light dan LED yang menjanjikan suluhan yang terang di setiap masa. Model ini turut dilengkapkan dengan pos pengecas USB dan ditawarkan pada harga RM18,300 dengan waranti kilang selama 2 tahun atau 20,000 kilometer perjalanan (yang mana terdahulu).
Vespa Sprint S 150 pula menawarkan rekabentuk yang lebih sporty – sesuai untuk mereka yang sentiasa positif dan berani. Ia turut dilengkapkan dengan enjin i-Get 150cc yang efisien, lancar dan menjimatkan. Pada harga RM16,900, setiap pemilik Vespa ini akan kelihatan hebat dan berkeyakinan. Model ini hadir dalam warna Yellow Sole, Gray Materia dan Putih. Rangkaian Vespa 2020 ini boleh didapati di semua para pengedar sah Vespa di seluruh negara. RR
Popular