Honda CBR250R Baru Lebih Baik
Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan Honda CBR250R baru bulan lalu dan untuk model 2017 ini, ia menggabungkan semua kualiti jentera 250cc siri CBR seperti prestasi yang tinggi, pengendalian dinamik dan mudah dikawal. Enjin yang ringkas tetapi cukup mantap ini menjanjikan pengurangan kos penyelenggaraan dan ini amat penting demi penjimatan para pemiliknya.
CBR250R dilengkapi dengan enjin satu silinder, DOHC 4 injap yang memberikan kuasa setinggi 20.2kW pada 8,500rpm dan tork 23.3Nm pada 7,500rpm yang memastikan perjalanan lebih cekap dan menjimatkan. Dengan tubuh badan yang kecil, ramping dan ringan, CBR ini cukup mudah dikawal oleh sesiapa sahaja.
CBR250R baru ini dipasarkan dalam tiga warna terbaru iaitu Hitam (RM21,940.94), Merah Millenium dan Kuning Lemon Ice pula berharga RM22,258.94 termasuk GST tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Pembelian ini juga didatangkan dengan waranti kilang selama dua tahun atau 20,000km yang mana terdahulu. RR
Popular